Subuh lagi Zachery sudah memandu menuju ke rumah ibunya. Semalaman dia berasa gelisah dan tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya hanya tertumpu pada Zemia dan bayi mereka. Entah mengapa Zachery merasakan ada sesuatu yang akan terjadi. Namun begitu rasa gelisah itu tidak juga reda.
Separuh perjalanan Zachery merasakan perutnya memulas, rasa sakit yang sukar digambarkan. Dia memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai makan di pinggir jalan lantas meminta izin untuk menggunakan bilik air. Entah berapa kali dia masuk ke dalam bilik air tersebut tetapi rasa sakit itu tidak juga reda.
"Kenapa aku rasa begini?" keluh Zachery sambil memegang perutnya.
"Mungkin aku salah makan," keluhnya lagi.
Zachery mengambil keputusan untuk mengabaikan rasa memulas yang sekejap datang sekejap hilang itu. Dia mengambil keputusan untuk terus memandu agar segera sampai di rumah ibunya.
*****
Di rumah Mama Zetty, Zemia mengerang menahan rasa sakit. Kontraksi yang dialaminya semakin kerap. Beberapa kali dia menjenguk ke arah pintu. Sepatutnya Mama Zetty sudah pulang. Tetapi hingga saat ini, kelibat ibu angkatnya itu belum juga kelihatan.
"Mama, Mia sudah tidak tahan. Cepatlah pulang,ma," Zemia merintih sambil mengusap perutnya.
Dalam keadaannya yang mengerang menahan kesakitan sambil memegang perutnya, pandangan Zemia jatuh pada daun pintu yang terbuka. Tetapi orang yang masuk bukan Mama Zetty melainkan....
" Zemia? " Zachery tergaman, matanya tidak berkelip seketika. Dia tidak menduga kekasih hati yang selama ini dicarinya rupanya berada di rumah ibunya sendiri.
" Zachery? " Zemia juga terlopong, tidak percaya Zachery boleh muncul di rumah Mama Zetty secara tiba-tiba.
"Apa yang terjadi? Ini kebetulan atau apa?" hatinya bertanya.
Mata mereka bertatapan. Sepasang mata memancarkan rasa hairan namun penuh kesyukuran. Sepasang mata lagi memancarkan rasa terkejut, hairan dan penuh ketakutan.
"Jangan sakiti bayiku, Zack. Aku mohon.." suara Zemia sayu. Dia cuba menjauh tetapi badannya terlalu lemah untuk bergerak.
Zachery meluru ke arah Zemia dan memeluknya erat. Perut Zemia diusapnya sambil matanya yang basah bertatapan dengan mata Zemia.
"I missed you, Zemia. Jangan takut, aku tidak akan menyakiti bayi kita. Aku sayangkan kalian. Berbulan aku mencari kalian, Zemia," katanya.
Di muka pintu, Mama Zetty memerhatikan gelagat Zemia dan Zachery.
"Jadi ini lelaki yang telah membuatmu hamil dan mempermainkanmu, Zemia?" tanya Mama Zetty sambil berjalan menghampiri mereka berdua.
"Iya, ma," Zemia menjawab dengan suara lemah.
"Mama tidak menduga anak mama sebegini kejam." Mama Zetty menampar pipi Zachery.
Plak! Plak! Plak! Plak!
Dua tamparan mengena pipi kanannya dan dua tamparan lagi mengena pipi kirinya. Kedua belah pipi Zachery kelihatan merah.
"Anak kurang ajar," katanya marah.
"Maafkan Zacky, ma. Zacky sudah sedar, Zacky menyesal, ma," Zachery kini beralih memeluk kaki ibunya.
"Selama ini mama fikir mama mahu menjodohkan Zemia dengan kamu, Zacky. Tetapi sekarang, mama tidak tahu..."
"Please, ma. Zacky cintakan Zemia."
"Mama!" Zemia berteriak.
Spontan Zachery dan ibunya menoleh ke arah Zemia. Ada darah mengalir di antara kedua kaki Zemia. Air ketuban Zemia sudah pecah.
"Ya, Tuhan! Cepat, Zacky!" Mama Zetty berteriak.
"Bagaimana, ma?" tanya Zachery panik.
"Kamu bakal jadi ayah, Zacky. Cepat angkat Zemia. Kita ke hospital sekarang. Sudah saatnya Zemia melahirkan."
Zachery mengendong Zemia ke keretanya dan mendudukkannya di tempat duduk belakang.
"Biar mama yang pandu. Kamu temani Zemia," arah Mama Zetty.
"Sakit, ma!" Zemia merintih.
"Sabar, sayang. Sayang harus kuat, demi bayi kita," Zachery mengusap dahi Zemia yang sudah dibasahi peluh.
" I love you, Mia," Zachery sempat mengucup bibir Zemia yang terbuka menahan sakit.
"Biarkan kami, Zack. Jangan ganggu kami lagi," pinta Zemia.
"Tidak, Mia. Aku tidak akan membiarkan kamu pergi lagi. Sudah dua kali kita berpisah, Mia. Aku tidak akan membiarkan kita berpisah ketiga kalinya."
"Zacky harus bertanggungjawab, Mia. Dia harus menikahi Mia setelah cucu mama selamat lahir nanti. Kalau tidak, mama tidak akan mengakuinya sebagai anak," kata Mama Zetty menyampuk.
Jauh di lubuk hatinya, Mama Zetty berasa senang hati. Anak Zemia yang bakal lahir sebentar lagi adalah cucunya. Zemia, gadis yang sudah disayanginya seperti anak sendiri, tidak lama lagi akan menjadi menantunya.
*****
Sudah hampir tiga jam Zemia menunggu untuk mengeluarkan bayinya. Namun pintu rahimnya belum juga terbuka. Zemia sudah kehilangan tenaga."Siapa ahli keluarga Zemia Natasha?" tanya seorang doktor yang menangani Zemia.
"Saya, doktor. Saya suami Zemia Natasha." Pantas sahaja Zachery mengaku dirinya sebagai suami Zemia.
"Nampaknya Zemia tidak dapat melahirkan secara normal. Kita mencadangkan Zemia melahirkan dengan kaedah ceaserian," begitu yang dimaklumkan oleh doktor.
"Lakukan apa yang patut, doktor. Asalkan isteri dan anak saya selamat."
Akhirnya Zemia ditolak ke bilik bedah. Matanya sayu memandang Zachery yang juga memandangnya tanpa mampu mengucapkan kata-kata. Zemia sempat memikirkan nasib bayinya nanti jika apa-apa terjadi kepadanya.
Setelah enam jam berlalu, akhirnya Zemia dan bayinya ditolak keluar dari bilik bedah.
"Baby boy," kata jururawat sambil menyerahkannya kepada Zachery.
"Ini anak kita, sayang," kata Zachery sambil mendekatkan bayi mereka kepada Zemia. Zemia cuba menyentuh bayinya, tetapi dia terlalu lemah. Wajahnya kelihatan pucat tiba-tiba.
"Mia.. Kenapa sayang?" tanya Zachery panik. Dia menyerahkan bayinya kepada ibunya.
"Aku.. tak.. tahan,.. Zack.." suara Zemia putus-putus.
Sedetik berlalu, badan Zemia menggigil seperti orang kesejukan. Zachery menjadi semakin panik. Dia takut akan kehilangan Zemia.
YOU ARE READING
Katakan Jika Kamu Cinta Aku ✔️
RomanceIni adalah cerita tentang dua hati. "Aku sebenarnya sangat mencintaimu. Makna hidupku hilang bila kamu pergi. Jauh di sudut hati, aku tidak mahu menyakiti kamu. Kamu adalah mimpi indahku" Zachery Ready "Apa maksud cinta bagimu? Cintakah namanya jika...