Bab 4

1.3K 47 0
                                    

"Ariell?" Zemia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Setahunya Ariell berada di Miri atas urusan kerja.

Cup! Ariell mengecut pipi Zemia.

"Bila kau sampai?" tanya Zemia.

"Aku baru sampai."

"Kenapa pulang tergesa-gesa?" Zemia masih diburu rasa tidak percaya dengan keberadaan Ariell di sampingnya kini.

"Sengaja. Aku tidak mahu meninggalkan sepupuku sendirian lama-lama. Sepupuku ini mesti kesepian tanpaku, " katanya. Kumis tipisnya menyentuh pipi Zemia.

"Sepupumu ini tidak kesepian," Zemia cuba melepaskan tangan Ariell yang masih melingkar erat di perutnya. Zamia merasa geli diperlakukan begini.

"Lepaskan, Arie, " katanya lembut, tetapi penuh meminta.

"Kalau aku tidak mahu melepaskan?" Ariell masih menempelkan pipinya di pipi Zemia.

"Please, Arie. Geli..., " Zemia seakan merengek manja.

Ariell memang kerap memperlakukannya begitu. Terlalu memanjakannya, memenuhi segala yang diperlukannya.

"Lepaskan dia, bro, " satu suara mengejutkan mereka. Serentak Ariell dan Zemia menoleh ke arah suara itu.

Bibir Zemia melengkung. Seandainya Ariell tidak memeluknya, sudah pasti dia akan meluru ke dalam pelukan Zachery saat itu juga.

"Oh, mungkin ini lelaki yang bernama Zachery!" spontan Ariell meneka dalam hati.

Matanya mengamati lelaki tersebut. Tidak dinafikan lelaki tersebut memang tampan. Badannya tinggi, dengan tubuh sasa. Kulitnya cerah, jauh lebih cerah berbanding kulitnya sendiri. Matanya kelihatan menatap Ariell dengan seribu pandangan tidak suka.

" Mia tidak ada kaitan denganmu, bro," Ariell sudah melepaskan pelukannya, tetapi tangannya terus menggenggam erat tangan Zemia.

"Aku kekasihnya, dan kukira kamu hanya sepupu jauh yang pernah diberitahunya kepadaku, " balas Zachery. Culas sekali dirasakan dirinya seandainya dia mahu mengalah dan melepaskan Zemia pada Ariell.

"Kekasih?"
" Mia tidak pernah mengatakan dia sudah punya kekasih. Bagiku Mia masih adik kecil yang harus aku lindungi. Aku bertanggungjawab untuk melindunginya, " Ariell cuba menahan kemarahannya.

Selama ini dia berharap Zachery tidak akan pernah lagi muncul di hadapan Zemia. Ariell yakin, tanpa kehadiran Zachery, mereka akan terus bersama. Walaupun sekarang cuma sebagai sepupu, namun dia berharap masa akan membuka hati Zemia untuk menerimanya lebih daripada sekadar seorang sepupu.

" Hai, bro. Sudah masanya kau memberi peluang kepada lelaki lain untuk menjaga Zemia. Atau kau sendiri mencintai sepupumu ini, " tuduh Zachery sengaja memancing kemarahan Ariell.

"Pernah kau tanyakan padanya Mia, apakah dia mencintaimu? " Zachery menghampiri Zemia. Matanya menatap Zemia. Ada raut marah dan cemburu pada mata itu. Jemarinya menarik Zemia dengan kasar ke arahnya.

"Arie?" Zemia menatapnya Ariell. Benarkah? Benarkah Ariell mempunyai rasa cinta padanya? Kalau benar, bagaimana dia akan berhadapan dengan Ariell setelah ini.

Zemia menyayangi Ariell. Lelaki itu telah menjaganya selama dua tahun ini.

"Kau mencintai aku? Itukah alasan kau tidak pernah mengizinkan aku mendekati lelaki lain?" soal Zemia. Dia begitu berharap Ariell menafikan tuduhan neagtif Zachery sebentar tadi.

Namun Ariell tetap membisu. Wajahnya kelihatan tegang. Apa yang harus dikatakannya saat ini? Kalau dia mengatakan dia memang mencintai Zemia, akankah Zemia membalas cintanya? Atau mungkinkah Zemia akan membencinya lalu pergi dari hidupnya buat selamanya?

Ariell tahu, Zachery telah terlebih dulu mengisi ruang hati Zemia. Malah jauh lebih dulu dari kehadirannya dalam hidup Zemia.

"Jadi benar apa yang dikatakan Zack," suara Zemia sayup, namun cukup jelas didengari Ariell.

" Kalau aku katakan ya, apa yang akan kau lakukan, " duga Ariell.

"Aku kecewa terhadapmu, Arie. Kerana aku menganggapmu sebagai seorang abang. Tidak lebih dari itu. "

"Jadi.. Jawapanku adalah tidak. Aku tidak pernah mencintaimu, Zemia. Aku cuma menyayangimu sebagai sayang seorang abang kepada adik, " akhirnya itu kata-kata yang keluar dari bibirnya.

Pahit dan begitu menyakitkan. Kalimat yang diucapkannya hanyalah dusta semata. Dia mencintai Zemia. Tetapi apa yang mampu dilakukannnya? Dia rela menguburkan perasaan cintanya daripada harus kehilangan gadis itu selamanya.

"Hiduplah bersamanya, Mia. Kalau itu dapat membuat kamu bahagia," lalu Ariell keluar menginggalkan Z&Z Florist.

Zachery tersenyum senang. Ada sejuta keriangan dalam dadanya.

"Thanks, Mia." Zachery mengusap lembut wajah Zemia. Kemenangan mutlak hampir berpihak kepadanya.

Sebentar sahaja lagi, Zemia. Kau akan menjadi milikku.

Katakan Jika Kamu Cinta Aku ✔️Where stories live. Discover now