"What? You berguraukan?"
Khairil menunduk lalu mendongak kembali.
"No I tak bergurau, I serius nak break up dengan you"
"But why? Apa salah I kat you?"
"You takda salah apa cuma I rasa kita dah tak boleh bersama lagi. I rasa cinta I untuk you semakin pudar"
Aku tersenyum sinis.
"So selama ni you main-main kan I je lah? Lepas apa yang I dah bagi apa yang you minta bukan nak ungkit tapi dah banyak I bagi duit kat you. And now you nak kita break up? You kaki kikis ke apa ni?"
"Hey jangan hina I, I tak semurah tu lah"
"You tak guna Khairil! You penipu! You break up sebab dapat perempuan lain lagi baguskan?"
"Yes memang! I nak mengaku depan you yang I memang dah ada girlfriend baru yang lebih cantik dari you, lebih baik. Tak macam you manja 24 jam buat I rimas tau tak! Memang you ada harta segalanya tapi I lelaki biasa mudah rasa bosan"
Pang!
"Jumpa dengan lelaki macam you adalah peristiwa hitam dalam hidup I, I menyesal! Idiot!"
Aku bingkas berdiri meninggalkan dia di taman itu.
Air mata merembes keluar aku seka kasar, dalam kereta aku memangis sepuas-puasnya.
"Tak guna!"
Keretaku meluncur laju meningalkan kawasan taman, destinasi aku sekarang ni cuma satu. Aina!
Ting tong!
"Ya kejap!"
Pintu apartment dibuka dari dalam.
"Ya Allah Risy! Kenapa ni? Mata bengkak ni"
"Aina..."
"Masuk dulu"
Tanganku ditarik masuk ke dalam dan duduk di sofa.
"Okay cerita kat aku apa jadi?"
"Dia tipu aku Aina, selama ini dia tak ikhlas pun sukakan aku. Dia just nak aku untuk kepentingan dia sendiri. Dia mata duitan!"
"Khairil cakap macam tu? Kat kau?"
Aku mengangguk.
"Tadi dia nak break up lepas tu dia mengaku semua tu, dia dah ada girlfreind baru yang lagi baik dari aku. Dia dah bosan dengan aku. Dia tak guna Aina"
"Shit! Jantan tak tahu bersyukur kenapa tak mampus je, menyusahkan. Okay kau tenang ya"
"Aku kecewa selama ni dia tipu aku"
"Risy calm down buat apa kau nak bersedih dengan jantan macam tu? Buang masa cuba kau fikir apa kau dapat kau bazirkan air mata kau ni disebabkan dia"
Bahuku terhinjut-hinjut.
"Bagus tu dia tak tipu kau bertahun-tahun Risy cuba kau bayangkan. Kau baru bercinta dengan dia setahun je tapi kau macam ni seolah-olah kau bertahun cintakan dia. Aku yakin kau belum cintakan dia sepnuh hati kan?"
"Tapi dia cinta pertama aku"
"Tak kisahlah pertama ke kedua ke dia jantan tak guna. Kau kena redha dia bukan jodoh kau lagipun Allah dah awal-awal tunjukkan dia lelaki macam mana. Kau kena bersyukur tu, kau tak kena tipu bertahun-tahun"
Betul juga apa kata Aina. Aku kenal Khairil baru setahun dan jujur aku masih tak cintakan dia sepenuh hati. Tapi dia lelaki yang pernah aku sayang! Argghh! Sudah Risya, move on! Simpan dalam kepala otak kau yang dia musuh kau.
"Tenang erh Risy. Jangan sedih sangat ya aku faham perasaan kau tapi takda guna nak menangis sebab lelaki maca tu"
"Thank you Aina. Aku rasa better berbanding tadi"
"Habis basah dah tudung kau tu"
Aku tunduk melihat shawlku, ya ada tompokan air mata.
"Aina aku rasa aku dah tak mampu untuk bercinta lagi aku takut terkena benda yang sama macam ni"
"Jangan macam tu Risy, fitrah manusia ada perasaan begitu. Itu adalah satu cara kita untuk rasa gembira"
"Takpalah Aina, aku sekarang macam susah nak percayakan lelaki"
"Kau duduklah dulu aku nak buat air"
Aina datang semula dengan dua biji mug. Satu disuahkan kepadaku.
"Thanks"
"Kau jangan sedih dan fikirkan percintaan kau dengan lelaki tak guna tu"
Aku sekadar mengangguk tunduk melihat mug ditangan.
"Aku tahu kau kecewa Risy tapi please jangan ikutkan perasaan kau tu sangat. Jangan buat benda tak baik"
Aku ketawa, jauh sungguh pemikiran kau Aina.
"Ya Aina aku masih waras dan Insyallah iman aku ada lagi ni. Aku takkan buat kerja gila hanya disebabkan break up. Dia baru boyfreind buat apa aku nak sakitkan badan aku sendiri"
"Macam tu lah"
Bahuku ditumbuk perlahan.
"Auch! Sakitlah wey!"
"Hah drama!"
Inilah sahabat aku aka bff aku sejak kecil lagi. Bila aku kecewa dia ada untuk buat aku kembali bersemangat dan tersenyum. Nurul Aina Syafiqa.
*****
"Ibu..."
"Isya what happened? Look at ibu"
Pipiku dipegang lalu aku mendongak memandang ibu.
"Khairil dah tinggalkan Isya, selama ni dia tak ikhlas pun just nak ambil duit Isya je"
"Khairil buat anak ibu macam ni? Kurang ajar budak tu. Takpalah asalkan dia tak apa-apakan anak ibu ni"
Aku mengangguk dalam pelukan ibu.
"Isya jangan sedih ya, tak guna kita sebagai perempuan bersedih disebabkan lelaki tak baik macam tu. Ingat ya nak"
"Ya ibu Isya tak sedih dah, biarlah Khairil tu malas nak fikir dia"
"Macam tu lah anak ibu, happy sikit sayang"
Aku memandang muka ibu lalu senyum lebar.
"Good girl. Dah come kita makan"
Tanganku ditarik untuk masuk ke dapur. Ibu ni sengaja pujuk aku dengan makanan.
"Nenda ada call ibu?"
"Ada tapi minggu lepas. Isya pula?"
"Ada semalam. Nenda kata rindu Isya"
"Takpa nanti kita jenguk nenda tapi tak tahulah bila, butik ibu lately ni busy sikit"
"Same. Kafe pun busy, kesian pula biarkan abang Randi urus sorang-sorang"
"Nanti kita tengok masa yang sesuai, ibu pun dah lama tak ke sana"
"Okay. Ibu, Isya nak caramel pudding tu", pintaku lalu mengigit sudu. Macam budak-budak!
🌼🌼🌼
Hi! Assalam! Annyeong! Welcome back to my wattpad! Selamat mmbaca cerita sya yg baru ❤
YOU ARE READING
BUNGA CINTA DI BEIJING✔
Romance-Mekaran bunga menjadi saksi ketulusan cintamu- Percintaan yang berakhir dengan kelukaan telah menyebabkan seorang gadis yang pernah terluka telah menanamkan satu pendirian untuk tidak percaya dan menerima lelaki yang menabur cinta. Risya juga dalam...