"Aduh Risy! Sakitlah woi!"
Sakit? Aku cekik leher dia perlahan je.
"Arghh jangan nak berdrama, aku tahu tak sakit"
Aina ketawa lalu aku kuatkan sedikit cekikan pada lehernya.
"Aduh!"
"Kau ketawa lagi"
"Okay sorry"
"Apasal hari ni kau kenakan aku? Suka sangat usik aku dengan Faris tu, kau kan tahu aku tak suka"
"Alah apa salahnya aku jodohkan korang"
"Jangan nak memandai Aina"
Aku lepaskan lehernya lalu turun dari atas badannya.
"Sampai bila Risy? Ke kau masih ingatkan Khairil?", kata Aina lalu duduk dibirai katil.
"For what? Dah dua bulan aku dah okay"
"So apa salahnya kau kenal-kenal Faris? Dia okay apa"
"Ya tapi aku tak nak. Kau tahukan aku dah tak percaya sangat dengan lelaki ni tapi aku bukan lesbian"
"Tolonglah Risy buang pendirian kau tu, lelaki tak semuanya sama"
"Aku takut nak bercinta lagi Aina, aku takut aku sedih, kecewa lagi. Beri aku masa"
"Faris tak macam tu"
"Banyaklah kau! Lepas ni kau jangan buat macam tadi erh lagi satu sebabkan kau aku bersalah tau basahkan seluar dia tadi"
"Alah bukannya teruk pun kena teh tadi. Apa salahnya Risy? Aku nampak kau dan Faris sepadan"
"Tu kat mata kau, kita tak tahu perasaan Faris tu macam mana bila kau buat macam tu. Dan aku tak suka!"
"Alah Risy..."
"Kau jangan nak memandai jodohkan orang. Ingat tu Aina"
"Aku doakan kau dan Faris couple"
"Stop it! Lagipun Faris tu macam suka kau"
"Suka aku?"
Aina ketawa berguling-guling atas tilam. Aku pandang dia serius.
"Eh Risy takda maknanya dia nak suka aku"
"Macam mana kau tahu? Kau dan dia selalu together"
"Tak bererti dia suka aku atau aku suka dia"
"Whatever. Ingat Aina jangan kenakan aku lagi dengan dia, if not... I'll kill you Nurul Aina Syafiqa!"
Aku membaling bantal ke arahnya lalu masuk ke dalam biliik air.
"Risya!"
*****
"Ya Allah dah lambat? Mana Aina ni?"
Aku terkocoh-kocoh mandi dan bersiap.
Aku turun ke lobi mencari kelibat Aina dan yang lain. Mana ni?
Aku mendail nombor telefon Aina, belum sempat aku menekan butang hijau namaku diseru.
"Faris? Mana yang lain?"
"Dorang dah jalan, Aina suruh I tunggu you sebab you lambat"
Tak guna punya kawan! Kau tak serik-serik erh semalam. Patutlah tak kejutkan aku awal rupanya ada agenda lain kau ya. Siaplah kau!
"Owh ya?"
"So jom? Dorang dah on the way ke Great Wall"
"Okay"
Dengan rasa marah pada Aina dan segan dengan Faris, aku gagahkan diri mengikuti Faris. Dia menahan teksi lalu kami menuju ke Tembok Besar China. Mujur cuaca hari ni nyaman dan tak panas, senanglah nanti berjalan kat sana.
Kami berdua keluar dari teksi, Faris murah hati hendak membayar tambang untuk aku.
"Dorang dah masuk dalam ke?", soalku.
"Ya jomlah mana tahu terserempak dengan dorang"
Kami melangkah masuk ke Tembok Besar China.
Faris mupa ralit mengambil gambar yang menarik di situ. Aku pula selfie dan ambil video untuk diupdate ke Instagram.
Tembok besar dan terpanjang di dunia ini merupakan benteng pertahanan yang di bina untuk menelakkan kota mereka di cerobohi musuh. Bersedialah untuk memanjat tembok ini dengan menaiki beratus anak tangga.
"Risya hati-hati"
Belum sempat aku menoleh, lenganku ditarik. Hampir saja aku dilanggar oleh pengunjung yang berbasikal.
"Thank you. I tak nampak tadi, ralit sangat tengok phone"
Faris mengangguk. Aku teruskan aktiviti mendaki anak tangga, tunggulah tenaga sampai separuh baru turun balik. Entah berapa minggu kalau nak habiskan untuk mendaki anak tangga ni seluruh sepanjang tembok ni.
"Risya! Faris!", dari jauh Aina dan yang lain mendekati.
"Eh hai Aina, korang dah panjat sampai mana?", soal Faris.
"Baru kat depan tu. So korang berdua okay?"
"Okay, kan Risya?"
Aku hanya mengangguk.
"Risy, adakah pendirian kau tu seteguh Tembok Besar China ni?"
"Apa kau merepek ni Aina?"
"Kau kan dah tak nak bercinta dan tak mudah percayakan lelaki"
"I hope so macam Great Wall ni tapi maybe tak selamanya. Aku perlukan masa untuk apa yang dah berlaku kat aku"
"Aku harap sangat ada lah lelaki yang mampu meruntuhkan pendirian kau tu walaupun dah macam tembok ni kukuhnya"
"Ada-ada je lah kau ni Aina"
"Jom selfie. Aku nak penuhkan Insta aku dengan gambar kat sini, baru followers up. Nak juga hot macam kau"
"Cepatlah"
Kami mengambil gambar beramai-ramai, tapi kali ni Faris berdiri disebelahku.
Macam biasa, Aina akan mengambil gambar aku dan cukup dua kali snap.
Aku sempat mengutip bunga mekar gugur untuk dijadikan kenangan balik Malaysia nanti.
Kami mengambil keputusan untuk turun semula, tenaga sudah separuh.
Aina dan yang sudah dihadapan, amboi cepat betul dorang turun anak tangga. Di belakangku Faris, ralit sungguh mengambil gambar, tak puaskah?
Destinasi seterusnya ialah Masjid Niujie, masjid tertua dan bentuknya seperti istana.
Kami melawat masjid itu sampailah masuk waktu Dzohor, mana yang boleh solat tu kami solat di masjid bersejarah ini.
Masjid ini begitu menarik sambil lihat Islam di China. Sempat juga kami melihat saudara seagama dan berbual dengan mereka.
"Guys you all nak ikut I dengan Risy ke Muslim Supermarket tak.", kata Aina.
"Takpala Aina, korang pergilah. Lagipun takda benda nak kami beli dan kaki pun dah penat ni", kata Fazura dan lain mengangguk.
"Owh okay korang baliklah dulu"
"Okay bye. Take care"
Aku dan Aina masuk ke kedai muslim yang berdekatan dengan masjid.
"Aina bestnya, ingatkan kita tak boleh makan suka hati. Tak sangka ada market halal ni"
"Kan so apa lagi jomlah"
Kami membeli makanan ringan dan minuman boleh kunyah masa kat dalam bilik nanti. Aku sempat membeli ais krim cup, cuaca agak panas sekarang ni.
Ais krim ditangan sempat aku snap gambarnya. Heheh...
🌼🌼🌼
YOU ARE READING
BUNGA CINTA DI BEIJING✔
Romance-Mekaran bunga menjadi saksi ketulusan cintamu- Percintaan yang berakhir dengan kelukaan telah menyebabkan seorang gadis yang pernah terluka telah menanamkan satu pendirian untuk tidak percaya dan menerima lelaki yang menabur cinta. Risya juga dalam...