Kami berpisah di KLIA.
"Bye Aina, Risy. Insyallah kita jumpa lagi", kata Wahda.
Kami berpelukan.
"Bye Risy, Aina", kata Fazura.
Fazura, Rizal dan Wahda naik kereta sama. Kami berdua bersapa dengan tiga jejaka itu.
"Bye Risya, nice to meet you at Beijing"
Aku hanya mengangguk dengan senyuman nipis dengan kata-kata Faris.
"Bye Risya, jumpa lagi", kata Fahmi dan Aidil.
"Ya bye"
Aku dan Aina balik sama menuju ke Myviku yang ku rindui. Nasib baik tak kena culik, hehehe.
Selepas menghantar Aina ke apartmentnya aku terus memandu pulang.
"Assalammuaikum"
"Waalaikumsalam, anak ibu dah balik? Macam mana holiday?"
"Okay je, kenapa ibu ikut cadangan Aina tu? Geramlah Isya"
"Ala sorry bukannya benda tak baik pun Isya ikut holiday tu, mesti seronokkan?"
Aku mengangguk.
"Ibu minta maaf tau"
"Takda apalah ibu, Isya bukannya marah pun"
"Thats my girl! Pergilah naik mesti penatkan?"
"Baik ibu, Isya naik dulu"
Tudung aku tanggalkan dan terus landing atas tilam. Nak tidur kejap.
*****
Kenapalah sejak balik dari Beijing tu aku selalu teringatkan Faris? No Risya jangan masukkan lelaki dalam kepala otak kau tu.
"Woi apa dimenungkan tu?"
"Abang Randi ni buat orang terkejut je lah"
"Dari tadi asyik termenung kat kaunter ni apa kes ni?"
"Takda apalah, boleh tak Risy nak order green tea ice blend?"
"Hmm yelah anything for you"
"Terima kasih ya mas", usikku.
Abang Randi ketawa lalu masuk ke dalam dapur. Aku menuju ke rak roti untuk mendapatkan sebiji roti, di kaunter aku melayan air kegemaranku.
Aku meletak roti dan air di dalam laci seketika lalu senyum kepada pelanggan yang datang membayar.
"Ya encik meja berapa?"
"Meja 5"
"Sebentar ya"
Aku mencari list meja 5, dalam list itu ada menu yang pelanggan order tadi.
"Kek cheese satu slice dan secawan latte, betul ke?"
"Ya"
Menu itu aku potong tanda sudah bayar.
"Semuanya 15 ringgit 20 sen"
Not rm20 dihulurkan lalu aku mencapainya dan dimasukkan ke dalam mesin wang.
"Awak owner kafe ni ke?"
"Ya saya"
"Nice, dah berpunya ke?"
"Err ya dah"
Soalan apalah dia ni? Malas nak layan spesis lelaki macam ni.
Baki aku serahkan dengan ucapan terima kasih.
Aku duduk semula lalu mencapai hidanganku tadi.
"Bos ni list meja 2 tu, bungkus"
"Okay"
YOU ARE READING
BUNGA CINTA DI BEIJING✔
Romansa-Mekaran bunga menjadi saksi ketulusan cintamu- Percintaan yang berakhir dengan kelukaan telah menyebabkan seorang gadis yang pernah terluka telah menanamkan satu pendirian untuk tidak percaya dan menerima lelaki yang menabur cinta. Risya juga dalam...