BAB 3

1.8K 54 0
                                    

Aku menyusuri jalan raya menuju ke bus stop, Myvi kesayangan ku buat hal dan sudah pun dibawa ke bengkel.

Jam sudah menunjukkan jam 8 malam. Aku duduk di tempat yang disediakan sambil menunggu kelibat teksi. Telefon pula dah mati habis power bateri. Malang nasib aku hari ni...

Aku mengerling seorang lelaki yang duduk dihujung sana, nasib ada juga orang. Rasa selamat sikit, aku tak biasa duduk kat bus stop ni lagi-lagi malam-malam macam ni.

Lelaki itu menuju ke arahku, apa ni? Ya Allah selamatkanlah aku. Tiba-tiba dia menarik handbag ku.

"Eh apa ni? Peragut! Tolong"

Adegan tarik menarik antara kami berlaku.

"Lepaslah! Tolong!! Tolong! Help me!"

Aku enggan melepaskan handbag ku walaupun tenaga lelaki itu semakin kuat. Tak semena-mena aku ditolak lalu aku terjatuh duduk. Perit ditanganku, darah!

Tapak tanganku tercucuk paku, darah semakin deras mengalir.

"Cik tak apa-apa ke?"

Muncul seorang lelaki pakai hoodie dan wajahnya agak sukar untuk aku lihat.

"Saya kena ragut tadi"

"Nah ni beg cik, saya sempat kejar peragut tu tadi"

"Terima kasih"

"Err tangan cik semakin berdarah tu"

Aku menahan perit lalu paku tekan itu aku cabut daripada tanganku, darah mengalir itu aku lap dengan tudungku.

"Saya hantar cik ke klinik ya"

"Err takpa"

Aku berdiri dan kebetulan teksi berhenti.

"Terima kasih sebab tolong saya"

Aku mendapatkan teksi terus melangkah masuk.

"Cik, barang cik tertinggal ni"

Pintu teksi aku tutup.

"Pakcik hantar saya ke hospital ya?"

"Baik cik"

Aku mendapatkan rawatan, tangan yang luka sudah berbalut. Bukan setakat luka tercucuk paku tapi lenganku juga sedikit calar geseran kat jalan raya tadi.

Aku mengambil teksi lalu pulang ke rumah. Sampai saja, ibu terperanjat teruk.

"Ya Allah kenapa berdarah ni? Tangan berbalut. Mana kereta Isya?"

"Ibu relax Isya okay tak cedera teruk. Okay macam ni balik dari kafe kereta Isya rosak lepas orang bengkel dah bawa dan Isya tunggu teksi kat bus stop. Kat sana Isya kena ragut tu yang tangan ni luka"

"Ya Allah anak ibu. Syukur tak apa-apa"

"Tudung Isya ni pula untuk lap darah kat tangan ni, nasib baik ada orang yang selamatkan beg Isya tu. Itulah kisah nya..."

"Risau ibu tau. Takpala pergilah naik rehat"

"Ibu jangan risau sangat erh just sleeping. Good night ibu"

"Good night"

Ibu meredahkan rasa terkejutnya di ruang tamu lalu ke dapur untuk minum air. Masih terkejut melihat tompokan darah pada tudungku tadi.

*****

Aku melawat Aina di apartmentnya.

Aina anak yatim piatu, dulu dia tinggal dengan nenek dia kat Melaka masa tu aku pun tinggal kat sana tapi kami pindah ke KL kerana ingin memulakan hidup baru selepas ayah meninggal beberapa bulan.

Tidak lama kemudian, tamat saja SPM, nenek dia dah meninggal, Aina pula berhijrah ke KL. Dulu dia tinggal kat rumah ibu lepas belajar dan sekarang dia dah ada kerja boleh sewa rumah sendiri.

Aina bekerja di sebuah syarikat pelancongan.

"Risy kenapa tangan kau tu?"

"Cedera masa kena ragut semalam", aku menapak masuk ke dapur untuk membancuh air.

Aina mengekori aku.

"Ceritalah kat aku"

"Kereta aku rosak semalam, so aku ke bus stoplah tunggu teksi. Ada mamat ni memang lama kat bus stop rupa-rupanya nak meragut aku"

"Dia berjaya tak?"

Aku meneguk air lalu sambung cerita.

"Aku tak kasi lepas, aku tarik last-last dia tolak. Dan tanagn aku ni cedera sebab paku"

"Handbag kau?"

"Ada seorang hero entah dari mana berhoodie datang serahkan beg aku tu, dia nak bawa aku ke klinik. Tapi aku tak nak lepas say thank you aku dapatkan teksi dannpergi hospital. Tu je..."

"Hero? Hensem tak?"

Aku angkat bahu.

"Entah aku tak nampak plus malas nak ambil tahu"

"Risy-Risy... Kau masih fobia ke?"

"Bukan macam tu, aku tak nak nampak baik kat depan lelaki yang aku tak kenal. Thats it!"

"Parah kau ni! Jangan jadi lesbian dah lah", kata Aina lalu menuju ke ruang tamu.

"Woi! Aku lurus lagilah"

Aku mengejar langkah Aina.

"Risy jom"

"Pergi mana kau ni? Aku baru je sampai"

"Holiday!"

"Really? Kali ni kita nak pergi mana?"

"Nanti kau tahu juga tapi aku ajak sekali kawan-kawan aku kat Sydney dulu"

"Hmmmm tak nak lah aku. Segan"

"Ala apa nak segan? Aku kan ada lagipun dorang orang Malaysia juga"

"Nope, kau pergilah"

"Please Risy..."

"Takda takda kau pergilah dengan dorang. Aku seganlah Aina tu kawan kau"

"Takda apa nak disegankan. Kat sana nanti okaylah"

Aku menggeleng.

"Ala please... Aku baru dapat cuti ni jom erh?"

"Tak nak"

"Risy please..."

"No no ni Nurul Aina Syafiqa"

Aku melangkah ke bilik tetamu yang menjadi bilikku bila aku bermalam di sini.

"Risy kau nak pergi mana tu?"

"Aku nak solat. Kau tak solat ke?"

"Period. Risy jomlah"

"Aku tak nak! Kau pergilah!"

"Risya Sofya!"

"Shut up!"

Aina menghempas bantal ke lantai.

"Owh kau tak nak erh. Okay fine tahulah apa aku nak buat nanti. Makcik Rifa pasti boleh tolong ni"

🌼🌼🌼

BUNGA CINTA DI BEIJING✔Where stories live. Discover now