"Rene... Bangun nanti lambat nak masuk pejabat ! " jeritan yang kuat dari tingkat bawah.
Dengan mata yang mengantuk terus terbuka luas.
" Astagfirullah... Kenapa mama tak kejutkan aku tadi, lambat lah aku. Mesti kena marah lagi dengan papa" omel Irene lalu bergegas ke kamar bandi.
Selepas siap sahaja membersihkan diri, Irene pergi ke kamar persalinan dan menyarungkan kemeja yang berwarna unggu berlengan panjang ke badannya dan seluar jeans berwarna putih.
"Sapu-sapu sikit bedak dan siap. Cantik pon aku" Irene membelek dirinya di hadapan cermin, rambutnya diikat satu.
"Rene, dah siap ke belum? " jeritan mama dari dapur yang tidak pernah berhenti.
"Dah, sekejap! " balas Irene.
Setiba sahaja di ruang makan.
"Hah, budak bertuah ni baru siap. Dah cepat makan nanti tertunggu-tunggu pulak papa kamu tu" marah Datin Aira.
"Yelah, mama ni tak penat ke asyik bising je dari tadi" rungut Irene.
"Macam mana mama tak bising? kalau kamu selalu dengan perangai yang tak pernah nak ubah-ubah. Tak tau lah nanti kalau dah kahwin nanti"
Tak tau lah nanti bagaimana hidup bakal menantu dia. Dapat isteri yang bangun lewat, alamatnya memang pergi kerja dengan perut kosong la.
" Ye la mama. Asyik-asyik kahwin" marah Irene sambil mengambil sekeping roti telur lalu menyalam tangan Datin Aira.
Tanpa menunggu lama, Irene terus ke kereta miliknya.
"Rene pergi kerja dulu, Bye! "Irene bergegas ke kereta kesayangannya. Enjin kereta dipanaskan sebelum dipandu.
- BE CONTINUE
YOU ARE READING
Suami Encik Tengku
Romance꒰ IN EDITING PROCESS ꒱+♡ Irene Nabila. Gadis manja yang dilayan seperti puteri raja oleh ramai orang. Sifatnya yang suka mengular ketika bekerja telah membuatkan dia terikat dengan seorang jejaka. Tengku Zarif. Sombong? Memang sudah menjadi nama gel...