Baju pengantin yang masih melekat dibadan, di kipas.
' Cuaca panas, hati aku pun panas ' marah Irene.
Masa majlis tadi, dengar ramai orang membawang pasal diri dia.
" Eh cuba kau tengok muka pengantin perempuan, masam je muka. Orang kalau kahwin senyum, ni tak. Mesti kes kahwin paksa "
" Tu la,entah-entah sombong senyum pun kedekut "
Sabar je lah aku ,kalau buat onar nanti malu la. Mana mama papa nak letak muka.
Aku menoleh ke belakang untuk ke kamar mandi. Baru je pusing, tubuh seperti hendak terbang ke Afrika ( eh tiber ). Mata kami saling memandang antara satu sama lain, lama.
Tengku Zarif berdeham bagi mengelakkan rasa kekok.
" Sampai bila kau nak pandang aku macam tu, aku tau la aku hensem. Tak payah lah pandang sampai nak terkeluar biji mata " sindir Tengku Zarif sinis.
" Ewah ewah, berangan tu boleh jalan la. Hensem apa nya, muka pun macam jamban tak siap " perli Irene.
" Kutuk suami, berdosa tau. Nak ke jadi isteri derhaka " Tengku Zarif tersenyum senget. Guna kuasa veto nampak.
Bibir dicebik, dimuncungkan, disengetkan dan sebagainya
" Aku kutuk depan-depan, lain la kalau dekat belakang. Baru la berdosa " balas Irene tidak mahu kalau lalu mencapai baju dan meloloskan diri ke kamar mandi.
Senyuman nakal terukir di bibir.
' Siap kau nanti aku kerja kan ' getus hati Tengku Zarif.
Rambut di sikat rapi. Setelah puas dengan penampilannya, baru aku keluar. Mata meliarkan untuk mencari sang suami.
' Tak ada ' bisik hati Irene pelik.
Bagus la tu, kalau ada pun buat semak je.
" Searching for me huh. Rindu ke " suara yang lembut menyapa halwa telinganya.
Nasib tak melatah.
" Buang masa "
" Dah pergi mandi sana, busuk " arah ku lalu memberinya tuala.
Tengku Zarif pandang ku dengan senyuman nakal dibibir, entah apa yang difikirkan.
Kaki melangkah keluar dari bilik, tekak rasa kering. Haus.
" Rene kenapa tak tidur lagi " tanya Datin Aira.
" Tekak haus, nak pergi minum air kejap " jawab Irene.
Dari tadi dia tidak dapat minum segelas air sebab nak layam tetamu.
" Jangan lama-lama, kesian dekat Zarif nanti " pesan Datin Aira lalu beredar ke kamar bilik.
Senyuman saja yang diberi
Air Fresh orange dituang ke dalam cawan lalu diteguk perlahan-lahan. Menikmati kesedapan buah orange.
Tetiba pinggangnya dipeluk dari arah belakang. Tak lain tak bukan mesti Tengku Zarif.
" Lepas la, aku rimas " geram betul, datang tanpa salam, tetiba main peluk orang.
Tengku Zarif tidak menghiraukan dan pelukan makin dieratkan.
" Sebelum aku potong tangan kau buat kari, baik kau lepaskan " ugut Irene.
Tengku Zarif mendengus kasar, nak manja pun tak boleh. Garang betul.
" Sampai matahari tepacak dekat atas kepala ke baru kau nak naik atas tidur " marah Tengku Zarif sambil memeluk tubuh.
" Biarlah, tak ganggu hidup kau pun "
Kaki melangkah ke arah singki.
" Eh ofcuslah kau ganggu, sebab tanpa kau disisi tidur aku takkan lena, tak ke itu bermaksud kau kacau aku tidur. So jum kita naik tidur " ajak Tengku Zarif lalu menarik pergelangan tanganku lembut
Eleh mengada konon, sebelum kahwin ni elok je tidur seorang.
" Cawan ni siapa nak basuh " soal Irene.
" Letak je situ, esok esok boleh basuh " balas Tengku Zarif.
Tau sangat yang Irene sengaja nak melambatkan diri untuk masuk tidur.
Lantak kau lah!
- BE CONTINUE
YOU ARE READING
Suami Encik Tengku
Romance꒰ IN EDITING PROCESS ꒱+♡ Irene Nabila. Gadis manja yang dilayan seperti puteri raja oleh ramai orang. Sifatnya yang suka mengular ketika bekerja telah membuatkan dia terikat dengan seorang jejaka. Tengku Zarif. Sombong? Memang sudah menjadi nama gel...