Semasa dalam perjalanan ke kedai makan, ada satu suara yang menegurnya dari belakang.
"Hai, irene " sapa suara tersebut.
"Hai.. " terkejut Irene bila dia memusingkan badan ke belakang. Rupanya Tengku Aiman, jejaka yang pernah memiliki hatinya.
Mereka memutuskan hubungan kerana Tengku Aiman perlu menyambungkan pelajaran ke luar negara selama 5 tahun.
Sejak itu mereka terus lost contact.
"Dah kenapa tenung saya macam nak telan" Tengku Aiman mengusik gadis didepannya.
Gadis yang membuatkan dia asyik memikirkan tentang gadis itu apabila di Amerika.
Rindu terhadap gadis itu tidak pernah berkurang.
"Haah, memang nak telan pun " selamba saja Irene membalas.
Ya, dia turut rindu dengan Tengku Aiman. 5 tahun sudah cukup lama untuk dia menahan rasa rindu ini.
" Erm, tak nak kenalkan ke siapa lelaki sebelah kau tu " suara Tengku Aiman sudah berubah kendur.
Irene tersedar dari dunianya.
"Oh, ingatkan dah kenal " kata Irene seperti orang bodoh.
"Kalau dah kenal, Aiman takkan suruh Rene kenalkan."
Buah hatinya ni masih lagi tidak berubah. Suka sangat berangan tak kira tempat.
" Aku Tengku Zarif Haiqal. Nice to meet you" dengan ramah nya dia menjawab soalan Tengku Aiman.
"Yes, me to" kata Tengku Aiman perlahan.
Mindanya asyik memikirkan hal negatif. Kekasih baru Irene ke?
"So, apa Aiman buat dekat sini? " tanya Irene ramah.
"Biarlah, macam lah Malaysia ni Rene yang punya " seloroh Tengku Aiman.
" Ele, Rene tegur baik-baik kan" kata Irene tidak puas hati.
"Ye lah sayang ku. " pujuk Tengku Aiman. Suka pula dia tengok Irene merajuk begitu.
Zarif prov
Hish menyampah betul la dengan Mamat ni.
"Irene jum kita dah lambat dah ni nak ke site " ujar ku dengan serius
Irene hanya merenung tajam ke arah aku dengan muka yang penuh dengan tanda tanya.
' Ingat aku takut '
"Ok lah kalau macam tu, Man tak nak kacau korang " pamit Tengku Aiman.
"Tapi kita baru jumpa, lepak la dulu" rengek Irene
Aku berdeham kuat.
End Zarif prov
'Hish, Mr. Bengong ni.. Kalau tak buat hal tak boleh ke' getus Irene dalam diri.
" Ok lah kita orang , gerak dulu " sampuk Tengku Zarif.
Tengku Aiman hanya menangguk.
" Nanti jangan lupa call Rene tau" sempat Irene memberi pesanan.
(๑•̀ㅂ •́)و ✧
Tiba saja di kereta Tengku Zarif, Irene mengunci mulut. Sepatah yang di tanya, sepatah jugak dia akan jawab.
"Awak " sengaja Tengku Zarif meleretkan hujung ayat.
" Apa "
"Marah lagi ke, kat kita " tanya Zarif
Irene hanya membisu. Tidak ada gaya ingin membalas kata Tengku Zarif.
"Kenapa ni " Tengku Zarif masih tidak mahu mengalah.
"Nothing. " jawab Irene.
Kemudian keadaan dalam kereta kembali sunyi. Hanya suara radio saja yang berbunyi.
Noktah yang tidak bertanda
Pertemuan tak diduga dan di sengaja
Membuat diriku..
Menulis semula..Rasa yang tidak bernama..
Mengetuk hati memberi salam kasihnya
Harus kah diriku..
Membenar semula..
Sering kali ku menolak terjatuh hati ku
Padamu yang selalu bersama kuDalam suka..
Dalam duka..
Harukah ku menjauh...Saluran radio ni dengki ke dengan dia? Dah la dia rindukan Tengku Aiman. Boleh pula keluar lagu jiwang.
Air mata yang hampir keluar dikesat.
" Tak payah nak nangis, nanti tak cantik. " pujuk Tengku Zarif lembut.
"A-awak s-sorry kalau kita a-ada buat salah"
Ayat yang diungkapkan tanpa sengaja.
"Nothing lah, sepatutnya saya yang minta maaf dekat awak " kata Tengku Zarif.
"Tapi kenapa kita nak naik kereta, bukan ke tadi awak cakap nak lunch" tegur Irene hairan.
Tengku Zarif mengeluh panjang.
"Sebab saya nampak awak dengan si Aiman tu close sangat. Dia buat saya jeles" tersentak Irene dengan ayat Tengku Zarif.
Kenapa dia nak jeles?
" Tak perlu nak jeles. Dia bekas kekasih saya" kata Irene jujur.
Tengku Zarif mendengar tanpa menyampuk.
" Kami berpisah bukan sebab orang ketiga, tapi sebab dia dapat tawaran sambung belajar dekat Amerika 5 tahun "
" Jadi saya bagi cadangam agar kami putus sementara. Saya tak nak ganggu dia belajar "
Tengku Zarif sudah menarik nafas sedalam yang mungkin.
Sakit pula hati bila dengar penjelasan Irene. Maknanya, dia tiada peluang la untuk merebut hati Irene?
- BE CONTINUE

YOU ARE READING
Suami Encik Tengku
Romantiek꒰ IN EDITING PROCESS ꒱+♡ Irene Nabila. Gadis manja yang dilayan seperti puteri raja oleh ramai orang. Sifatnya yang suka mengular ketika bekerja telah membuatkan dia terikat dengan seorang jejaka. Tengku Zarif. Sombong? Memang sudah menjadi nama gel...