" Hish, macam mana nanti? Habisla aku kena marah dengan papa. Apa pulak alasan yang aku nak bagi nanti, Aduh !" marah Irene.
Aina dan Sara yang terserempak dengan Irene datang mendekati kawannya.
"Hai Irene, kenapa dengan kau? Monyok je aku tengok. " tegur Aina.
"Haah , kenapa ni? Mesti kau takut nak jumpa Dato kan?"
Saja mereka mengusik anak pemilik bangunan yang gah ini.
"Yela, macam mana ni? Aku takut la" rengek Irene.
"Pandai-pandailah kau. Siapa suruh kau datang lambat" marah Sara.
Bukan mereka tidak mahu tolong tapi apa saja yang boleh mereka bantu ?
" Tapi kan tadi aku macam ada nampak lelaki kacak dalam bilik Dato tadi, kan Sara. " beritahu Aina. Sikunya menyenggol tangan Sara.
Sengaja Aina menceritakan apa yang dia lihat sebentar tadi.
" Ya, nasib kau la Rene. Pandai kau nak uruskan sendiri. Have a nice day" balas Sara.
Aina dan Sara yang baru ingin beredar ditahan.
" Nanti kita shopping nak?" ajak Irene.
" Okey, macam biasa"
Terus kaki melangkah menjauhi Irene yang masih termenggu seorang diri disitu.
(๑•̀ㅂ •́)و ✧
Tiba sahaja di depan bilik yang tertampal perkataan ' CEO '. Kaki Irene terkaku di situ dan sekian lama baru dia ketuk pintu.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk " pinta suara dari dalam.
" Keep a deep breath, sabar Rene. Hadap je lah. " Irene memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam dengan jantung yang berdebar debar.
Dapat dia rasakan aura yang semacam.
"Hah, Rene. Kenapa baru sampai? " soal Dato Norman setelah melihat anak bongsunya.
"Maaf pa. Rene terlajak tidur tadi. " mukanya masih lagi menunduk, tidak berani ingin menongkat muka memandang wajah singa Papanya.
Kalau dia kena marah, kena tengking tak apa dia pasrah.
"Macam-macam alasan yang kamu bagi. Sudah duduk " marah Dato Norman.
Boleh dikira dengan jari berapa kali anak dia masuk awal ke pejabat.
Irene terdengar ada suara sinis yang menggelakkannya. Apabila dia mengangkat muka, ada seorang lelaki yang bergitu segak. Huh, segak tapi bengong.
"Papa ni siapa pula ni. " tanya Irene dengan penuh hairan.
"Oh lupa nak kenalkan pada Rene. Ni Zarif anak kepada tuan syarikat Mega Jaya yang kita pernah deal dulu.. Rene lupa ke? " tanya Dato Norman.
Minda Irene ligat memikir manusia yang bernama Zarif ini .
"Ouh, Mega Jaya Holding tu. Ingat cuma tak pernah pula tau nama Encik Zarif " balas Irene sopan sambil memandang lelaki itu atas bawah.
Depan Dato Norman kena la sopan, tak kan nak buat perangai.
"Perkenalkan diri saya. Nama saya Tengku Zarif Haiqal bin Tengku Roslan. " tangannya dihulurkan untuk berjabat.
Tiba-tiba otak Irene mendapat satu idea untuk mengenakan lelaki didepannya ini.
"Saya Irene Nabila binti Norman. " balas Irene lalu menggengam tangan lelaki itu dengan kuat.
Muka Tengku Zarif lihat macam tengah menahan sakit dan muka yang amat merah bagai menahan marah.
Dato Norman pula tidak perasan dengan perubahan riak wajah Tengku Zarif.
"Rene nanti pukul 10 ikut Zarif pergi visit site. " arah Dato Norman.
"Tapi pa, Rene nak pergi shopping with my friends. I already deal with them. " bentak Irene. Dia nak shopping lah nak suruh dia visit site buat apa. Argh geramnya !
"No, Rene tak boleh shopping! " tegas suara Dato Norman.
"But why, Rene pergi shopping sekejap nanti pukul 2 petang, i will went back to ofis. " Irene masih lagi memujuk dengan nada yang tidak putus asa.
Dato Norman memandang Irene tajam.
" Sebab Rene lambat ke ofis so sebagai denda you must go to visit the site " pujuk. Dato Norman kepada anak bongsunya itu yang manja itu.
Namun riak wajah Dato Norman sebagai tidak peduli dengan pujukannya mematahkan hasrat untuk terus memujuk. Buang air liur je.
" Ye la tapi nanti papa kena bank in kan duit lebih ok " kata Irene.
" Nanti baru papa fikirkan. Sekarang kamu boleh balik ke bilik kamu sambung kerja" pujuk Dato Norman dengan lembut.
-BE CONTINUE

ANDA SEDANG MEMBACA
Suami Encik Tengku
Romansa꒰ IN EDITING PROCESS ꒱+♡ Irene Nabila. Gadis manja yang dilayan seperti puteri raja oleh ramai orang. Sifatnya yang suka mengular ketika bekerja telah membuatkan dia terikat dengan seorang jejaka. Tengku Zarif. Sombong? Memang sudah menjadi nama gel...