Sampai saja ditempat yang dijanjikan. Telefon Aqid berbunyi.
" Ha, dah ada dekat depan mall "
" Ok "
5 minit selepas itu , Ash dan Sara tiba. Ash memandang sekeliling, mencari sesuatu yang hilang.
" Rene mana " soal Ash. Tak akan tak habis shopping lagi budak tu.
Aqid mendengus perlahan.
" Dia dah balik dulu "
" Naik apa? "
Setahu dia, Irene tak pernah naik teksi. Tak kira la keadaan tu macam mana sekalipun, Irene tetap akan panggil mereka untuk menjemput dia pergi dan balik.
" Zarif "
" Ouh, so tadi dia shop dengan Zarif la "
(๑•̀ㅂ •́)و ✧
S
ampai sahaja di rumah, Irene mendaki tangga dan menuju ke biliknya.
"Aduh , penatnya ! " jerit Irene. Nasib dia la bilik dekat tingkat 3.
Dia mengambil tuala dan masuk ke dalam bathroom. Badan dah melekit berbau.
Siap sahaja mandi, Irene memakai pakaian yang sesuai. Datin Aira ada pesan supaya memakai baju yang sesuai.
Irene mengambil baju yang telah dibeli tadi. Baju yang dipilih oleh Tengku Zarif.
"Rene, dah siap ke belum? " pintu biliknya diketuk.
"Dah sekejap " tangannya ligat mengambil kasut tumit yang pernah Datin Aira hadiahkan buatnya dulu.
(๑•̀ㅂ •́)و ✧
"Mama, papa jom lah gerak.. Rene dah siap ni " kata Irene kepada orang tuanya.
"Ha ye , cantik anak papa ni " puji Dato Norman. Irene? kembang lah hidung kena puji.
(๑•̀ㅂ •́)و ✧
Sampai sahaja di Daisy Restaurant, mereka sekeluarga keluar dari perut kereta.
"Mana kawan papa tu? " soal Irene sambil mata meliar memandang suasana di Restoran tersebut.
Seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan Dato Norman melambai tangan ke arah mereka.
"Hah, situ mereka " kata Dato Norman sambil menunjuk ke arah 3 orang yang sedang duduk.
"Jom, Rene " ajak Datin Aira.
Aku mengambil nafas, lalu mengikut langkah mama dan papa. Dia berjalan perlahan dibelakang.
"Assalamualaikum " sapa Dato Norman.
"Waalaikumsalam" jawab Tengku Roslan sekeluarga.
"Mana anak kau Norman " tanya Tengku Roslan.
"Ni hah " Dato Norman menunjuk Irene yang berada dibelakang mereka.
Irene hanya tersenyum nipis.
"Anak kau pulak mana " tanya Dato Norman.
Amboi, gaya macam nak main tukar anak saja.
"Dia pergi toilet kejap kata nya " balas Tengku Roslan.
(๑•̀ㅂ •́)و ✧
"Hah tu, panjang umur budak bertuah ni. Tadi disuruh pergi katanya masih boleh tahan, bila kau sekeluarga datang je dah terus dia pergi" bebel Tengku Roslan. Pemuda itu hanya melemparkan senyuman.
Irene menyibukkan diri dengam bermain telefon.
"Sorry uncle, tadi saya pergi tandas " balas pemuda itu.
'Aik, macam kenal itu suara ' bisik hati Irene.
Irene mendongakkan kepala untuk melihat siapa pemuda itu dan WHAT ??
Orang yang berada di depan dia ialah Tengku Zarif Haiqal !
"Rene, okay tak ni. Kenapa pandang Tengku Zarif macam tu " ujar papa sambil tersenyum manis.
"Mana ada papa, it just nothing " jawab Irene perlahan.
(๑•̀ㅂ •́)و ✧
Siap sahaja mereka dua keluarga makan malam bersama, Tengku Zarif bangun dari tempat duduknya.
"Erm... Uncle, boleh tak kalau Zarif nak pinjam anak uncle sekejap " pinta Tengku Zarif.
"Amik je lah, tapi jangan lama sangat tak baik orang pandang " pesan Datk Norman.
"Thank you "
Ah sudah, nak pijam buat apa.
-BE CONTINUE

YOU ARE READING
Suami Encik Tengku
Romance꒰ IN EDITING PROCESS ꒱+♡ Irene Nabila. Gadis manja yang dilayan seperti puteri raja oleh ramai orang. Sifatnya yang suka mengular ketika bekerja telah membuatkan dia terikat dengan seorang jejaka. Tengku Zarif. Sombong? Memang sudah menjadi nama gel...