senyum apa sorang-sorang, dah la taknak vote :) merajuk la macam ni ..
(๑•̀ㅂ •́)و ✧
Jam dipandang sekilas sebelum menoleh ke arah sisinya.
Segera dia bangun dari katil dan masuk ke bathroom untuk mengambil wuduk.
Irene yang masih tidur nyenyak dibuai mimpi didekati.
Lengan Irene yang berada didalam selimut ditepuk. Namun tiada respon.
" Rene, bangun la " lengan Irene digoncang pula.
Dikejut secara lembut tak nak bangun.
Irene yang terganggu dari lenanya menepis tangan Tengku Zarif dari terus mengganggu.
" Bangun la, subuh dah nak lepas " marah Tengku Zarif.
Kali ni Tengku Zarif mengetip dua jari ke hidung Irene. Tak sampai 8 saat, Irene sudah bangun dari baring.
Tercungap-cungap dia mencari oksigen. Laki dia ni nak bunuh dia ke apa.
Tengku Zarif menayangkan riak tidak bersalah apabila ditenung tajam oleh Irene.
Habis batal air wuduk dia sebab ketip hidung Irene.
Selepas Tengku Zarif keluar, giliran Irene pula mengambil wuduk.
Tengku Zarif membentangkan 2 sejadah untuk dia dan Irene.
" Kiri sikit " tegur Irene sambil memakai telekung.
Sejadah yang tadi tegak dibetulkan.
" Kanan sikit " kata Irene yang sudah bersiap bertelekung.
Tengku Zarif memandang tajam isterinya.
" Betul-betul la, waktu dah nak habis tau" marah Tengku Zarif.
Irene sudah bantai gelak dalam hati. Dia segera membetulkan sejadah ke arah yang betul.
Dia kini diimamkan Tengku Zarif.
(๑•̀ㅂ •́)و ✧
Bau aroma yang datang dari arah dapur menarik minat Irene untuk ke situ.
Datin Aira sedang mengaul kuah kari didalam periuk.
" Mama " sapa Irene.
Datin Aira menoleh ke belakang. Rajin anaknya bangun hari ni.
" Alang-alang kamu dah ada dekat sini, tolong mama gaulkan kejap "
Senduk mula berubah tangan. Setakat gaul apa la sangat.
Datin Aira pula ke tandas.
Irene yang sudah kepanasan didapur, ditambah lagi dengan haba yang entah datang dari mana membuatkan dia makin panas.
Satu tangan melingkari pinggangnya. Hembusan ditepi telinga membuatkan Irene berasa geli.
" Nanti mama nampak la " buat malu je kalau Datin Aira perasan.
" Biar la "
Irene hanya membiarkan Tengku Zarif memeluknya. Nanti bila ditanya, jawab je la yang Tengku Zarif mula dulu.
Sudu diambil dan dicedok sedikit kuah kari lalu dihirup perlahan. Panas.
![](https://img.wattpad.com/cover/192285968-288-k518691.jpg)
YOU ARE READING
Suami Encik Tengku
Romantik꒰ IN EDITING PROCESS ꒱+♡ Irene Nabila. Gadis manja yang dilayan seperti puteri raja oleh ramai orang. Sifatnya yang suka mengular ketika bekerja telah membuatkan dia terikat dengan seorang jejaka. Tengku Zarif. Sombong? Memang sudah menjadi nama gel...