Tengku Zarif melepaskan pergelangan Irene apabila mereka sudah jauh dari kawasan ofis.
"Hish, awak dah kenapa. Sakit tau tak " tengking Irene.
"Dah puas belakon " selamba soalan Zarif.
"Tak"
Apa dia kesah, tak takut la dengan Tengku Zarif.
"So what your plan now " tanya Irene lagi sebelum sempat Tengku Zarif menjawab.
"Hm, jum lunch " pelawa Tengku Zarif.
Irene memandang Tengku Zarif pelik. Dia tipu ke tentang visit site?
"Tadi kata nak visit site " soal Irene dengan nada perli.
"Wahai cik adik, kau dah lupa ke dah tua, semalam baru je kita pergi "
Irene memandang Tengku Zarif dengan penuh rasa menyampah. Mahu saja dia ambil batu lesung, nak lenyek-lenyekkan saja muka Tengku Zarif.
"Dah jangan banyak tanya, ikut je aku" arah Tengku Zarif.
Baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam kereta Tengku Zarif. Muncul seorang gadis yang tidak dikenali melangkah ke arah Irene.
'Siapa pula minah ni. Kecoh betul, pakai baju macam tak cukup kain, miskin kut ' getus Irene dalam hati.
"Hey, pompuan. Kau kenapa nak rapat-rapat dengan boyfriend aku ! Patutlah dia selalu je jauhkan diri dari. Rupanya you puncanya! " tengking minah sewel entah mana datang.
"Kenapa you datang sini nak buat kecoh? " tengking Zarif bengis terhadap minah sewel.
Perempuan tadi terdiam bila dimarah Tengku Zarif. Takut dengan Tengku Zarif ke?
"Jawab lah, tadi bukan main lagi bising " jerit Tengku Zarif lebih kuat berbanding tadi.
"I.. I... " gugup perempuan tersebut.
"Izzati Sofiya, I bagi you amaran. Jangan ganggu hidup I dan jangan sesekali buat onar " Tengku Zarif memberi amaran keras buat gadis itu.
Irene yang dari tadi menjadi penonton mula menyampuk.
"Encik Zarif, saya rasa lebih baik Encik Zarif bincang dulu dengan akak ni" cadang Irene dengan tenang.
"No I wo.." ayat Tengku Zarif tergantung apabila Izzati menyampuk.
Ewah, tadi bukan main diam.
"Good, then leave us now " muka Izzati sudah berubah sinis.
Irene pergi tinggalkan Tengku Zarif bersama Izzati untuk menyelesaikan masalah mereka.
"Sayang, jum lunch I hungry " rengek Izzati manja dengan tangannya merangkul lengan Tengku Zarif.
" Shit "
(๑•̀ㅂ •́)و ✧
"Irene, tunggu ! " jerit Tengku Zarif.
Irene memberhentikan langkah lalu menoleh kebelakang.
"Yes, awak nak apa. Ada yang perlu saya bangu ke ? " dengan suara yang agak sebak tapi ianya di tahan agar tidak didengari oleh Tengku Zarif.
Entah kenapa beria sangat air matanya mengalir.
"Awak nangis ke ? " tanya Tengku Zarif.
Macam mana dia tahu?
"Eh tak lah, tadi mata masuk habuk" nafi Irene.
"Jangan nak tipu "
" Ye betul "
Tengku Zarif memberikan pandangan maut.
"Ye, saya nangis tapi bukan sebab awak la " nafi Irene lagi.
Sejak bertemu dengan Tengku Zarif, hatinya makin sensitif. Nak kata dia suka Tengku Zarif tak ada pula. Makin meluat adalah.
"Dah jom lunch! "
-BE CONTINUE
YOU ARE READING
Suami Encik Tengku
Romance꒰ IN EDITING PROCESS ꒱+♡ Irene Nabila. Gadis manja yang dilayan seperti puteri raja oleh ramai orang. Sifatnya yang suka mengular ketika bekerja telah membuatkan dia terikat dengan seorang jejaka. Tengku Zarif. Sombong? Memang sudah menjadi nama gel...