Sampai sahaja di rumah Aina, terus dia diserbu.
" Eh minah ni, dah kenapa, tiba je " soal Irene pelik.
" Sepatutnya, aku yang patut tanya kau soalan tu, kenapa tiba je kau ajak keluar ni " tanya Aina balik.
Irene senyum senget.
" Lantak la , aku just nak release stress " balasnya acuh tak acuh.
Aina memandang kawannta tajam, lalu berkalih ke arah kereta Irene.
" Ngapain kamu lihat mobile gue gitu " tanya Irene dalam loghat Indonesia
Aina mencebik.
" Aku tengok, kut lah kau bawak sekali pujaan aku tu " kata Aina sambil tersenyum kambing.
' Ewah minah sorang ni, siap dengan pujaan lagi. Ni baru sorang, kalau tambah lagi si Sara tu, lagi parah ' omel ku dalam hati.
" Dah, tak payah nak pujaan kau tu, dia tak ikut pun. Jom pergi amik Sara, nanti bebel pula ambik lambat " marah Irene.
Sama je perangai dengan Ash, kuat membebel.
Aina memuncungku mulutnya. Membuat muka duck face.
(๑•̀ㅂ •́)و ✧
Seusai mengambil Sara, kereta terus dipandu ke Pavillion.
" Weyh Rene. " panggil Sara.
Irene menoleh ke arahnya lalu mengangkat sebelah kening ' kau nak apa '
" Cuba kau tengok kat kedai tu, beg dia limited edision beb" kata Sara, mata dia bersinar bila tengok ke arah beg tu.
" Then , kau nak suruh aku buat apa, saman orang tu sebab jual beg tu ke " jawab Irene selamba.
Terus lengannya dipukul. Sakit.
" Ishh, tak ada la sampai nak saman. Ye la, bukan ke kau selalu beli beg yang limited edision " kata Sara.
" Jum lah Rene, kita gi sana " pujuk Aina.
Ya la, budak dua ni memang kalau shopping bukan satu barang yang dia beli, semua lah diorang boros.Asal nampak cantik je beli.
Irene hanya menurut sahaja kawannya yang sudah berjalan di depan. Lagipun, dari tadi mereka tidak membeli apa-apa.
" Rene kau tak nak ke " tanya Sara. Beg tangan tersebut ditunjukkan ke arah Irene.
Irene pandang ke arah beg tu, boleh lah. Warna putih, ada logo gucci.
Eh dah memang kedai jenama Gucci, tak akan nak keluar logo lain.
" Cik nak beli ke, sebab ni limited edision punya handbeg so tinggal satu je " kata pekerja yang entah datang dari mana.
" Berapa ni " tanya Aina kepada pekerja tu
" Ni RM13,500 ,cik " kata pekerja tu
" La, murah je ni Rene, baik kau beli, rugi nanti " Kata Sara.
Baru saja dia ingin berjimat. Tapi punah harapan bila dapat kawan yang jenis tidak henti putus asa menghasut dia untuk beli.
"Ha ,ye la. Adik ni akak nak beli " pasrah je lah hati.
" Baik kak, tolong ke kaunter pembayaran ye " kata pekerja tu dengan sopan.
Habis sahaja bayar, kami ke Restaurant Paiva.
" Weyh Aina, tolong aku order kan ... please " rayu Irene.
Kaki dia sudah lenguh. Malas nak berjalan.
YOU ARE READING
Suami Encik Tengku
Romance꒰ IN EDITING PROCESS ꒱+♡ Irene Nabila. Gadis manja yang dilayan seperti puteri raja oleh ramai orang. Sifatnya yang suka mengular ketika bekerja telah membuatkan dia terikat dengan seorang jejaka. Tengku Zarif. Sombong? Memang sudah menjadi nama gel...