Sara dan Aina sudah memandang Irene minta pertolongan.
Ah, dia pun dah mati kutu.
" Oh hai, buat apa kat sini " sapa Irene, gerun ni.
Zarif menarik kerusi kosong yang berada di sebelah Irene.
" Aku buat apa kat sini, sebab ada orang mention aku , kutuk aku dekat belakang " sinis sahaja jawapan yang diberi.
" Tak order makanan ke Encik Zarif " tanya Aina ramah, mana tak nya baru sebut nama, terus datang tuan badan.
" No thanks, I dah kenyang makan dengan kawan "
' Bila masa dia ada kat sini, tadi datang tak perasan pun '
" Dont worry, I baru je datang. But dapat la juga dengar ada orang panggil I Mr. Bengong " matanya dilirik ke arah Irene yang berada disebelah.
Jam ditangan dipandang sebelum menoleh ke arah Aina dan Sara.
" Weyh, I got to go. Nanti papa aku marah pula " pamitku. Lebih kepada ingin melarikan diri dari pandangan tajam Tengku Zarif.
Tiba sahaja di tepi kereta, ada tangan yang mengepung kanan kiri, berhenti terus tindakan ku
" Apa kau nak " soal Irene gagap, kang tak pasal timbul fitnah.
" Tak sangka bakal isteri aku, panggil aku bengong "
Muka Zarif dirapatkan ke muka ku, jarak kami hanya tinggal dua inci sahaja.
" jan.. jangan dekat " rayu Irene pasrah.
Dah lah tempat parking ni gelap, pastu tinggal berapa buah kereta je dekat sini, seram.
Bukan seram dengan benda hehe, tapi dengan Tengku Zarif.
Deham seseorang membuatkan mereka berdua menoleh ke belakang.
Riak muka Tengku Zarif sudab berubah. Irene apa lagi, mahu saja dia pengsan disitu.
Ah sudah, bala mana pula yang datang.
" Kamu berdua ditangkap khalwat " kata seorang lelaki yang memakai kopiah di kepala dengan tegas.
" What "
" Ye, sebab dalam keadaan encik yang rapat dengan cik ni, jadi kami tiada pilihan, sila ikut kami ke pejabat agama " arah lelaki itu
(๑•̀ㅂ •́)و ✧
Aku duduk di atas kerusi yang disediakan dengan esakan yang tiada penghujung.
" Rene " jerit seseorang.
" Macam mana boleh jadi macam ni, Zarif can you explain " soal Tengku Roslan. Dato Norman turut memandang ke arah Zarif meminta penjelasan.
Zarif pandang ke arah ku sekilas sebelum menceritakan dari mula sampai akhir.
PANG!
" How dare you Zarif " kemarahan Tengku Roslan sudah tahap maksimum.
Bahu Irene dipeluk oleh Datin Aira serta Tengku Zainab.
" Tak apa lah Roslan, bukan salah Zarif pun, benda dah terjadi dah pun. Bukan dapat diubah takdir " tegur Dato Norman tenang, dalam hati hanya tuhan saja tahu.
Aku dan Zarif duduk di bangku, sementara menunggu kedua belah orang tua kami bincang tentang pernikahan kami.
Datin Aira datang ke arah ku
" Kami dah bincang, lagi 3 minggu je majlis akan dibuat jadi korang bersiap lah ye " kata Datin Aira.
Zarif yang berada di sebelah ku hanya menundukkan kepala.
Irene sudah geleng kepala.
" Mama, Rene tak nak kahwin. Help me please " rayunya.
" Tak boleh lah macam tu, kalau tak nak kahwin boleh. But nanti papa kena naik turun mahkamah, tak kesian ke dekat papa. Jatuh maruah papa nanti, Rene " pujuk Datin Aira.
Aku pandang ke arah Zarif dengan pandangan yang menyampah, meluat semua 'me' lah.
" Semua ni kau punya pasal, kalau kau dengar cakap aku. Bende ni tak kan berlaku " marah Irene.
" Ye aku tau salah aku, but kalau kau pun tak mengata aku, bende ni pun tak kan terjadi " marah Tengku Zarif balik.
" Sorry " kata Zarif. Irene hanya memekakkan telinga.
Dia tidak ingim dengar suara Tengku Zarif.
" Aku tetap takkan terima " kata Irene muktamad.
" Rene " tegur Datin Aira meleret.
" Kita buat majlis yang simple je, hanya saudara mara and kawan je " kata Tengku Zainab.
" Asalkan ikut adat " sambung Tengku Zainab.
" Apa-apa pon, saya nak minta maaf dekat Dato dan Datin, sebab kan saya.. benda ni berlaku " pohon Tengku Zarif.
" Tak apa lah, lagipun memang kita nak kahwin kan kamu berdua, cuma cara tu je yang lain " kata Datin Aira.
Mereka terima apa yang berlaku ini dengan pasrah.
" Zarif, dah jangan panggil Dato dan Datin, terus je panggil papa, mama " tegur Dato Norman.
' Papa mama konon, sebuk je ' marah Irene.
(๑•̀ㅂ •́)و ✧
3 minggu kemudian
" Dah nak jadi isteri dah kawan aku ni " usik Sara. Tangannya aku cubit geram.
Dah sakit pon masih nak gelak
" Cantiknya anak mama, ada seri pengantin " usik Datin Aira.
Bibir sudah ku muncungkan, asyik nak gelakkan dia je.
" Asal tu muncung, nak practise ke " gelak Aina , Sara dan Datin Aira turut serta.
" Gelak lagi, Rene lari dari majlis kahwin ni " ugut Irene. Tau pula diam
" Pengantin lelaki dah sampai " laung Tengku Naqid
Badan Irene sudah menggeletar, seram sejuk pun ada.
Sepanjang majlis dijalankan, muka Irene hanya masam mencuka, Datin Aira suruh senyum baru dia senyum.
Lain lah kalau dia ni pujaan hati, baru aku senyum. Apa lah nasib badan.
-BE CONTINUE
YOU ARE READING
Suami Encik Tengku
Romance꒰ IN EDITING PROCESS ꒱+♡ Irene Nabila. Gadis manja yang dilayan seperti puteri raja oleh ramai orang. Sifatnya yang suka mengular ketika bekerja telah membuatkan dia terikat dengan seorang jejaka. Tengku Zarif. Sombong? Memang sudah menjadi nama gel...