SINOPSIS

4.2K 256 30
                                    

THE SILENT BROTHER- S T O R M
By HAYLEY DAWN HARPER Ink

Intro

          Saya berkerja untuk keluarga HARPER secara turun temurun. Ayah dan datuk saya sudah pernah lalui apa yang saya lalui untuk Legacy HARPER. Kami menajamkan katana untuk membunuh musuh keluarga HARPER.

Kami dibesarkan dan dilatih untuk melindungi Legacy HARPER.
Saya lahir dengan pisau dan misi yang sudah ditetapkan.
Saya dilatih untuk menjadi pembunuh dan saya sukakan tugas saya.

Yang paling menarik, membunuh menjadi kerja mudah kerana tiada kuasa yang boleh menyekat pergerakkan saya.

        "Bersiap sedia. Lady Seoul dan suaminya, Martial akan balik ke HARPER point untuk menghadiri majlis perkahwinan Young master Willy."

Saya seperti biasa, melakukan tugas hakiki hari itu. Sebuah kereta Limosin sudah tersedia di hadapan saya. Tugas saya adalah menjadi pemandu Kereta itu dan membawa Lady Seoul dan Suaminya, Martial balik ke HARPER point. Dia akan datang ke HARPER point setelah sekian lama berjaga di south or the silent Brother. Dengar khabar, Anak lelaki mereka, Paris dan anak perempuan mereka, Niagara juga akan ikut bersama.

Saya sudah berkerja sejak dilahirkan dengan keluarga HARPER tapi saya belum berkesempatan untuk melihat anak- anak Lady Seoul dan Martial. Anak lelaki mereka  Paris mungkin pernah saya lihat Dari jauh tapi Lady Seoul dan Martial sangat menjaga anak perempuan mereka, Niagara.

       "Storm, Mereka sudah tiba." Cermin kereta diketuk dan kawan sekerja memberikan amaran. Saya terus membuka lock Pintu kereta.

Kawan sekerja yang lain bertugas untuk mengiringi keluarga Lady Seoul masuk ke dalam Limosin.

Tok. Tok. Tok.

Cermin kereta diketuk lagi. Saya menoleh.

      "She's alone. Lady Seoul dan Martial akan tiba malam nanti bersama Paris." Kata kawan sekerja saya lagi.

Saya menarik nafas dalam- dalam. Kenapa saya rasa nervous sangat. Mungkin juga ini kali pertama saya akan melihat seorang lagi keluarga HARPER yang belum pernah saya lihat.

        "Okay." Saya mengangguk sahaja.

Pintu Limosin dibuka oleh kawan sekerja. Seorang Gadis masuk ke dalam Limosin itu dan saya cuba memerhatikan wajahnya melalui cermin hadapan.

Fuh! Sayang sekali. Dia tutup wajah dengan sarung wajah. Kaca mata hitam yang dipakainya juga menutup wajahnya daripada dilihat oleh sesiapa pun.

        "Selamat datang ke HARPER point Miss HARPER."

Setibanya di hadapan rumah agam HARPER point saya toleh ke arahnya. Dia menanggalkan kaca mata yang dipakainya dan terus menjeling ke arah saya. Jelingan matanya sahaja sudah buat saya gugup semacam.

Hmmm. Memang ahli keluarga HARPER mempunyai baka yang cantik dan unik. Saya tak nafikan.

Niagara is So beautiful. Rambut dia panjang mengurai ke pinggang. Kulit putih macam salji. Dia tanggalkan sarung wajah dan saya terus terkedu. Seulas bibir merah seperti rose. Dia humban sarung wajah itu ke arah saya.

       "Don't You dare to look at me like that. I will kill You! Pervert!" Satu tamparan hinggap di wajah saya.

Dia terus turun daripada Limosin dan memaki hamun sambil menjeling tajam ke arah Bodyguard yang mengiringi dia masuk ke dalam rumah agam. Saya menggeleng.

        "Hmmm. Baka HARPER yang ni memang cantik. Tapi sombong dan berlagak. Ahh. Tak kuasa saya nak jadi Pervert."Saya tinggalkan Limosin itu di situ dan kembali ke tugas asal saya.

Pedang katana dan suit hitam sudah menunggu saya.

Peraturan asal sudah jelas. Kami hanya pelindung keluarga HARPER. Dan hanya itu tugas kami. Mendekati dan bercinta dengan mereka tidak dibenarkan sekali. Bukan kerana darjat dan kedudukan. Tapi itulah persetujuannya...

But this Niagara... Make me Fall So hard. Just like her name... Niagara Fall Martial.

         "You stupid Niagara. I will be a real Storm if You want."- STORM

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

Suka cita saya maklumkan, pengambilan Pre- order untuk buku THE GAMESTER'S BLUES dan THE SILENT BROTHER: S T O R M [ I ],
Sudah dibuka bermula 1/10 sehingga 30/10/2019.

Harga buku:

THE GAMESTER'S BLUES : RM 45 termasuk postage ( 400 MS)

THE SILENT BROTHER: S T O R M [ I ]: RM 38 termasuk postage ( 330 MS)

Harga Combo: RM 80.00 termasuk postage.

Untuk order, sila whatsapp Hayley:

www.wassap.my/60168393817/BLUESTORM

my/60168393817/BLUESTORM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE SILENT BROTHER : S T O R MWhere stories live. Discover now