BAB 2: THE SILENT PARK

1.6K 245 36
                                    

THE SILENT BROTHER: S T O R M By HDH Ink
BAB 2: THE SILENT PARK

THE SILENT BROTHER: S T O R M By HDH InkBAB 2: THE SILENT PARK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-------- BAB 2 -------

STORM P O V

"Actually Miss Harper, Your mother Is looking for You. Saya rasa kau patut masuk ke dalam dan jumpa dengan dia. Wesley, arahkan saya untuk cari kau tadi." Akhirnya saya membuat keputusan untuk menolak ajakan daripada Niagara. Mungkin dia tidak begitu mengenali saya sehingga dia begitu berani mengajak saya masuk ke dalam kereta itu. Tapi harus dia tahu, Saya tidak akan masuk ke dalam kereta Mustang itu.

Riak wajah gembira Niagara Fall terus berubah bila saya menolak permintaannya. Dia jelas kecewa dan melompat turun dari kereta itu lalu menepis bahu saya dengan sisi bahunya. Saya undur sedikit dan mahukan dia ikut saya masuk Ke dalam rumah agam semula.

Dia menjawab permintaan saya dengan jelingan tajam.

"What's Your name?" Soalnya tiba- tiba.

Saya diam sahaja. Perlukah dia tahu nama saya. Tapi bila saya tak menjawap pertanyaannya tadi, dia berhenti berjalan dan menoleh ke arah saya dengan jelingan yang sentiasa buat saya cemas.

"Hey what's Your name?" Dia menyilangkan tangan di dada dan matanya merenung saya atas bawah. Teliti sekali renungannya. Wajah sombongnya sudah kembali kelihatan.

"Storm." Jawab saya perlahan.

Dia tersengih bila mendengar saya menyebut nama saya.

"Hey Storm, boleh tak kau bagitau mak saya yang gaun saya koyak sebab tu saya tak nak jadi flower Girl?" Nada dia bercakap berubah lembut semula.

Saya perhatikan gaun kembang yang dia pakai. Memang pun gaunnya koyak rabak tapi bukannya sebab koyak ajali tapi koyak tu disebabkan dia memanjat pagar rumah agam tadi tanpa segan silu.

"Okay. I wil tell her like that." Balas saya. Dia tersenyum dan teruskan langkahan masuk ke dan rumah agam.

🥃🥃🥃🥃🥃

Seperti yang dijangka, perkahwinan Willy dan Blues sudah berlansung dengan selamat. Ketika kami masuk ke dalam, upacara makan bersama tetamu sedang berlansung. Niagara Fall menjadi perhatian tetamu di laman rumah agam dengan keadaan gaun kembangnya yang koyak rabak.

"Kenapa mereka pandang saya macam tu?" Tanya Niagara Fall kehairanan.

Dalam keadaan seperti itu pun dia masih boleh bertanyakan satu soalan yang dia sudah tahu jawapannya. Siapa akan datang ke majlis perkahwinan dengan gaun yang koyak rabak.

"Follow me Miss HARPER." Saya terpaksa membawa dia ke bilik persiapan sebelum Miss Chuta datang dan memarahi kami berdua.

Niagara Fall tidak melawan dan hanya menurut kehendak saya tapi sampai sahaja di dalam bilik persiapan dia mula bertanyakan soalan.

THE SILENT BROTHER : S T O R MWhere stories live. Discover now