BAB 1: GET IN THE CAR

2K 344 33
                                    

          [ SONG BY: Pia Mia- Bitter Love ]

          [ SONG BY: Pia Mia- Bitter Love ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

THE SILENT BROTHER: S T O R M
By HDH Ink

                    BAB 1 : GET IN THE CAR

——————— 🖤🖤🖤———————-

          Ombak nampak tenang hari ini. Saya terjaga dan terus membuka langsir hitam di dalam bilik tidur saya. Sambil menikmati pemandangan pantai, air kopi panas di dalam muk hitam itu saya teguk perlahan- lahan. Rasa nikmatnya lebih baik daripada hari kebiasaanya.

           Saya lihat halaman kediaman itu, sudah ramai saudara mara yang bersiap sedia. Berita gembira daripada Harper Point, Young master Willy akan melangsungkan perkahwinannya. Kediaman The Silent Brother [ Base Point ], riuh sejak malam tadi lagi. Bukan selalu kami bangkit dan menunjukkan diri kepada semua orang. Bukan semua orang, tapi kepada tamu yang bakal hadir ke perkahwinan itu.

          Dengar kata, semua ahli keluarga HARPER akan menghadiri majlis itu. Saya juga teruja mendengarnya. Willy kawan baik saya, tapi saya melayan dia lebih kepada seorang Bos dan saya sebagai pekerja biasa. Bila semua orang sudah bersiap sedia, saya pun tak nak mengalah. Hari ini pedang katana dan semua senjata yang ada akan disimpan. Saya hanya datang ke HARPER point sebagai tetamu.

         Suit hitam saya sarungkan di badan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Suit hitam saya sarungkan di badan. Rambut yang panjang saya ikat gaya Bun dan sedikit parfum saya semburkan di badan. Sarung tangan hitam yang selalu saya pakai saya sarungkan di kedua belah tangan saya. Perfect! Saya lihat wajah sendiri di hadapan cermin. Ya! Saya sudah bersedia untuk menghadiri perkahwinan Willy HARPER. Hari ini saya harus lupakan tentang musuh- musuh Keluarga Harper, yang paling penting, saya harus meraihkan majlis perkahwinan Willy HARPER dan bergembira bersama tetamu yang hadir.

                          🥃🥃🥃🥃🥃

HARPER POINT

           The Hell!

Tak sangka, ingatkan saya boleh menjadi tetamu dan duduk dengan tenang sambil menyaksikan perkahwinan itu berlansung. Tapi, tiba sahaja di HARPER Point, tangan saya ditarik oleh seorang
'Perempuan Jadian' yang memperkenalkan dirinya sebagai Miss Chuta. Katanya, dia memerlukan khidmat saya untuk menjadi Man Of Honour atau pengapit lelaki bagi majlis perkahwinan itu.

THE SILENT BROTHER : S T O R MWhere stories live. Discover now