BAB 5

1.6K 244 25
                                    

THE SILENT BROTHER: S T O R M
By HDH Ink
BAB 5: WEIRD

THE SILENT BROTHER: S T O R MBy HDH InkBAB 5: WEIRD

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

--------- BAB 5 --------

        "Stop. Do not move!" Saya menjerit daripada anak tangga paling bawah. Niagara Fall berdiri kaku di anak tangga paling atas dan matanya tidak berkedip melihat seekor harimau sedang merenungnya.

Ngrrrrrrr!

Ragnar mengaum dan terus melompat mahu menerkam Niagara Fall. Saya pantas mendaki anak tangga dan menolak Niagara Fall ke belakang saya.

BUKK.

         "Ragnar!" Saya menolak dan memeluk Ragnar dan menenangkannya. Kepala Ragnar saya usap dan tepuk perlahan. Renungan Ragnar yang tadinya fokus kepada Niagara Fall kini beralih kepada Saya yang sedang diterkamnya.

Ngrrrr. Ragnar tundukkan kepalanya. Degupan jantungnya sudah kembali tenang. Matanya berkerdip beberapa kali tanda meminta maaf kerana berlagak kasar.

         "It's okay Ragnar. It's okay."

Setelah menenangkan Ragnar, saya bangun perlahan dan terus membawa Ragnar masuk ke dalam kurungannya. Saya memberikan makanan kepada Ragnar dan mengucup kepalanya.

        "It's okay. Stay here for a while. She's a HARPER. " saya memberitahu siapa Niagara Fall. Pasti Ragnar sangat terkejut melihat orang asing datang ke rumah kediaman saya kerana selama ini hanya saya yang keluar masuk di situ. Kalau ibu bapa saya datang melawat, saya akan pastikan Ragnar berada di dalam kurungannya terlebih dahulu.

Ngrrrrr!

Ragnar mengaum manja dan menikmati kepingan daging yang Saya baru berikan kepadanya. Kurungan besi itu Saya kunci dari luar dan terus berlari pula ke arah tangga. Niagara Fall masih berada di situ. Dia duduk mendiamkan diri dan mungkin masih dalam keadaan terkejut.

          "Niagara? Are You okay?" Saya terkedu melihat Niagara Fall duduk di anak tangga dan dia tidak bergerak lansung.

Saya menuruni anak tangga perlahan- lahan dan mendekati Niagara Fall.

         "Hey... Are You okay?" Tanya Saya lagi bila dia tidak menjawab.

         "Nia..." saya berdiri di hadapanya.

Niagara Fall tidak menjawab pertanyaan Saya. Dia memeluk dirinya dan dia tunduk membisukan diri. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku kepada dirinya. Saya perhatikan seluarnya yang basah dan saya perhatikan pula cecair yang menitis di anak tangga itu.

        "Oh Shit." Saya berpaling sejenak.

Mungkin Niagara Fall terlalu terkejut sangat sampai dia terkencing di situ. Saya cuba tenangkan diri. Dalam keadaan seperti itu, tak ada siapa yang harus dipersalahkan. Saya menoleh semula ke arah Niagara Fall. Dia tidak mahu memandang wajah saya.

THE SILENT BROTHER : S T O R MWhere stories live. Discover now