BAB 16

1.6K 297 51
                                    

THE SILENT BROTHER: S T O R M
By HDH Ink
BAB 16: THE CABIN

THE SILENT BROTHER: S T O R MBy HDH InkBAB 16: THE CABIN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

--------  BAB 16 ------

WEST, Storm P O V

          AKHIRNYA, saya ada masa untuk berdua-duaan dengan Niagara Fall. Selepas membantu dia memakai baju tidur, rambutnya saya keringkan. Dia tidak suka mendengar bunyi pengering rambut tapi dengan kebolehan saya memujuknya, Niagara Fall hanya duduk diam dan menunggu rambutnya kering.

Those beautiful hair. Bersinar seperti perasaan saya untuk Niagara Fall. Andai saja dia tahu, betapa saya sangat sayangkan dia dan sanggup buat apa saja untuk buat dia tersenyum, dia pasti takutkan saya.

I have So much love for her.

Bermain dengan rambutnya membuat Niagara Fall nampak tenang. Dia mengelus erat jemari saya dan jari telunjuknya bermain dengan garisan urat di tangan saya. Dia fokus kepada garisan urat itu sehingga saya memanggil namanya berulang kali pun dia tak sedar.

          "Nia, Saya kena balik ke bilik saya. Dah lewat ni. Why don't You go to sleep."

Niagara Fall memusingkan kepala dan memandang saya tanpa berkedip. Dia duduk di pangkuan saya dan membungkamkan wajah di dada saya. Di situ dia diamkan diri. Tangan saya dia tidak pernah lepaskan.

This is not good. Macam mana kalau Presiden berikan saya tugas lain dan saya akan berjauhan dengan Niagara Fall lagi. Dia akan selamat di West tapi saya tetap risau keadaan dirinya.

         "Nia," Saya tolak pipinya perlahan. Dia sudah nampak mengantuk. Saya angkat dia baring di atas katil dan meletakkan kedua belah kakinya di atas peha saya.

        "Go to sleep. I won't go anywhere." Saya urut kakinya lembut. Niagara Fall lelapkan mata. Dia tak bercakap terlalu banyak, tapi senyumannya sudah mula kembali. Dia akan okay, Nia seorang gadis yang kuat. Dia bukan lemah. Dia boleh hadapi semua ini. Saya yakin degannya.

🥃🥃🥃🥃🥃

        BILIK tidur Niagara Fall sunyi sepi. Hanya bunyi penghawa dingin dan nafas Niagara Fall yang turun naik ketika tidur boleh didengari. Saya perhatikan dia tidur di sebelah saya dengan begitu lelap. Alis matanya saya perhatikan. Setelah berbual dengannya sejenak sambil mengurut kakinya, dia akhirnya terlelap. Niagara Fall pasti sedang rindukan Lady Seoul dan Martial. Semasa dia tidur, adakalanya dia seperti sedang bermimpi. Dia merengus dan menolak- nolak bantal yang dipeluknya.

        Saya cuba tenangkan Niagara Fall, tapi dia tidak suka dipeluk ketika tidur. Dia akan terjaga dan mencari ruang yang luas untuk melelapkan mata. Di atas katil King saiz itu, saya tidur di tepi sekali. Sejentik pun saya tidak berani menyentuh dia kerana Niagara Fall akan membuka mata dan memberikan renungan tajam. Dia sangat istimewa. Deria pendengarannya sangat tajam.

          Saya turun dari katil perlahan- lahan, Niagara Fall membuka mata dan ikut bangun menuruni katil. Tangan saya dia peluk erat dan dia melentokkan kepala di atas bahu saya.

THE SILENT BROTHER : S T O R MWhere stories live. Discover now