BAB 22: IN A RUSH

1.5K 243 37
                                    

THE SILENT BROTHER: S T O R M
By HDH Ink
BAB 22: IN A RUSH

THE SILENT BROTHER: S T O R MBy HDH InkBAB 22: IN A RUSH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-------- BAB 22 --------

SOUTH

           SEMALAMAN berbual dengan Storm melalui Video Call, pagi itu Niagara Fall dan Dr. Beline membawa Nazi bersiar- siar di South Park. Kawasan perumahan itu sudah kembali didiami oleh keluarga The silent Brother di South. Walaupun ada beberapa keluarga yang nekad menjadi pengikut Taugeh, masih ada yang menunjukkan kesetiaan mereka kepada HARPER di South.

         Itu adalah kali pertama Dr. Beline ke tempat itu. Selama ini dia hanya bertugas di Silent Park. Kawasan perumahan South park tidak ada jauh bezanya dengan Silent park. Tapi di Silent Park lebih tersusun pembahagian area perumahannya.

        "Elit 1..." Dr. Beline membaca Signboard di tepi simpang jalan menuju ke kawasan perumahan area elit 1. Dia teringat akan rumah Storm di silent Park.

      "Why? Tempat ni tak jauh beza dengan Silent Park betul tak?" Niagara Fall berjalan sambil memegang tangan Dr. Beline.

       "Yups! Saya dah mula rindukan silent Park. Dah seminggu saya disini... i need to go back."

        "No! Janganlah tinggalkan Nia di sini. I don't have anyone to talk to." Niagara Fall menarik muka masam. Sedih bila Dr. Beline mahu kembali ke silent Park.

Senyuman diukir untuk Niagara Fall. Dr. Beline menepuk bahunya. Niagara Fall memang sangat manja orangnya.

       "Nia ikut lah saya balik. Parents Nia kan ada di HARPER point. Storm akan cari Nia di mana pun Nia berada. Trust me." Pujuk Dr. Beline.

Niagara Fall menggeleng.

      "Tapi Nia dah janji nak jumpa abang Storm di rumah agam South. Storm kata dia akan balik jumpa Nia tak lama lagi..."

Dr. Beline hanya tersengih mendengarnya.

      "Then, saya tak ada pilihan lain. Saya kena balik ke silent Park dan sambung berkerja. Komuniti di sana perlukan saya Nia..."

      "Jadilah Doktor di perumahan ni." Rayu Niagara Fall. Berat hatinya mahu melepaskan Dr. Beline pergi.

      "Tak boleh Nia. Tempat ni Dr. Fahlen yang jaga. Tempat saya bertugas di Silent Park." Tegas Dr. Beline. Niagara Fall hanya diam. Mereka meneruskan perjalanan ke hujung tasik.

Nazi dibiarkan bersiar- siar di kawasan tasik sementara Niagara Fall dan Dr. Beline memerhatikan bunga bunga teratai di dalam tasik itu.

Woof! Woof!

Nazi tiba- tiba menyalak. Dr. Beline dan Nigara Fall menoleh ke belakang dan kemunculan Dr. Fahlen mengejutkan mereka berdua.

         "Hello Ladies? What a surprise Beline... kau ada di South rupanya. Cuti ke?" Dr. Fahlen bertanyakan soalan itu kepada Dr. Beline tapi matanya memandang ke arah Niagara Fall. Dari tadi dia sangka ada gadis baru di South Park, rupanya Niagara Fall. Wow. Dr. Fahlen menatapnya atas ke bawah. Perasan akan renungan Dr. Fahlen terhadap Niagara Fall, Dr. Beline menolak bahunya.

THE SILENT BROTHER : S T O R MWhere stories live. Discover now