TEASER BAB 16

1.1K 238 27
                                    

TEASER,

WEST, Storm P O V

        BILIK tidur Niagara Fall sunyi sepi. Hanya bunyi penghawa dingin dan nafas Niagara Fall yang turun naik ketika tidur boleh didengari. Saya perhatikan dia tidur di sebelah saya dengan begitu lelap. Alis matanya saya perhatikan. Setelah berbual dengannya sejenak sambil mengurut kakinya, dia akhirnya terlelap. Niagara Fall pasti sedang rindukan Lady Seoul dan Martial. Semasa dia tidur, adakalanya dia seperti sedang bermimpi. Dia merengus dan menolak- nolak bantal yang dipeluknya.

        Saya cuba tenangkan Niagara Fall, tapi dia tidak suka dipeluk ketika tidur. Dia akan terjaga dan mencari ruang yang luas untuk melelapkan mata. Di atas katil King saiz itu, saya tidur di tepi sekali. Sejentik pun saya tidak berani menyentuh dia kerana Niagara Fall akan membuka mata dan memberikan renungan tajam. Dia sangat istimewa. Deria pendengarannya sangat tajam.

Saya turun dari katil perlahan- lahan, Niagara Fall membuka mata dan ikut bangun menuruni katil. Tangan saya dia peluk erat dan dia melentokkan kepala di atas bahu saya.

        "Nia, I need to go. The presiden want to see me." Saya akhirnya bagitau dia yang saya perlu pergi. Niagara Fall terus membuka mata. Dia memandang saya dan menolak rambutnya ke belakang bahu. Pipinya dia garu manja dan bibirnya cuba menyatakan sesuatu.

        "B- B-But It's 2 am? It's 2 am... 2 am..."Matanya berkedip- kedip. 

         "Ya. It's 2 am. Dia baru sampai dari North. Mungkin ada benda penting dia nak bagitau."

          "I- I - can go with You. Presiden-Presiden tak akan marah. Lagipun N- Nia... Nia nak bagitau dia pasal Mommy dan Daddy." Niagara pantas turun dari katil.

Saya serba salah.

         "Let's go." Dia menarik tangan saya keluar daripada bilik.

Saya tidak mampu buat apa- apa. Emosi Niagara perlu Saya jaga, oleh itu saya ikut sahaja kehendaknya.

Keluar sahaja kami dari bilik tidur Niagara, saya terkejut melihat Presiden Wallance sedang berdiri di hadapan pintu bilik Niagara Fall. Saya dan Niagara Fall saling berpandangan sejenak. Mata Presiden Wallance mengamati kami berdua. Ada yang tidak kena dengan renungannya.

        Oh Shit.

Ini semua salah saya. Tadi saya cuma nak tengok keadaan Niagara Fall tapi kerana terlalu penat, saya ikut tertidur di dalam biliknya. Masalahnya, Presiden Wallance pandang saya macam dia nak penggal kepala saya.

Tenang Storm. Hadapi dengan senyuman. Saya tak buat apa- apa kesalahan pun. Hmmmm!

       "Apa korang buat berdua di dalam?"Tanya Presiden Wallance. Serius sahaja Nada pertanyaannya.

😁Only on; The silent Brother: S T O R M
BAB 16! 🥃

😁Only on; The silent Brother: S T O R MBAB 16! 🥃

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE SILENT BROTHER : S T O R MWhere stories live. Discover now