RANDOM TEASER

829 176 21
                                    

RANDOM TEASER

RANDOM TEASER

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥃🥃🥃🥃🥃

         "Arghhhhh!" Sergio menjerit semahunya ketika peluru yang menembusi isi daging di perutnya dikeluarkan oleh doktor yang merawatnya.

Mr. Rudo, sedang menunggu operasi rawatan anaknya itu siap dijalankan di balik pintu berkaca yang boleh melihat pembedahan itu dijalankan. Pengikutnya telah membawa dia balik ke kediamannya dengan kesan tembakan di perut. Dia bertuah kerana tembakan peluru itu tidak mengenai organ dalaman yang penting.

          "Dia dah okay Mr. Rudo. Mungkin perlu kan masa untuk sembuh. Saya pergi dulu." Kata doktor yang baru siap merawat Sergio. Mr. Rudo hanya pasrah.

Tap. Tap. Tap

Langkahan tapak kaki itu mendekati bilik rawatan Sergio. Masuk seorang gadis berpakaian uniform jururawat dan memerhatikan Sergio yang sedang lena tidur. Mr. Rudo masih memerhatikan jururawat itu. Apa yang dia inginkan? Apa benda yang dia bawa bersama dengannya saat itu. Dia membawa Sebuah kotak kecil yang dia letak di tepi katil Sergio sedang berbaring.

         "Check on her!" Mr. Rudo memberikan arahan kepada pasukan keselamatan. Menyedari dia sedang diperhatikan, gadis berpakaian jururawat itu membuka kotak itu. Seekor ular Cobra berwarna hitam keluar daripada kotak itu dan terus mengelunsur di atas badan Sergio yang masih belum sedarkan diri.

Mr. Rudo agak terkejut.

        "Keluarkan ular itu. Bunuh perempuan tu!" Jerit Rudo.

Pintu Bilik rawatan Sergio dibuka. Pasukan keselamatan menyergah masuk ke dalam.

BANG!

Gadis yang menyamar menjadi jururawat itu terus mati ditembak saat itu juga. Ular Cobra yang ada di atas badan Sergio dibuang ke atas lantai dan ditembak kepalanya oleh pengikut Rudo. Mereka membuka kotak yang ditinggalkan di atas katil. Sergio yang tersedar daripada bunyi bising di dalam bilik itu mengambil sekeping surat yang ada di dalam kotak itu. Dia membaca nota pesanan itu di dalam hati.

'WELCOME TO HELL, Sergio. I will go there and Make Your life feel like in Heaven soon, just like what You did to me three years ago.'

From Your  Brother,
SERGON, The Ghost.

🙂♟

🙂♟

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE SILENT BROTHER : S T O R MWhere stories live. Discover now