BAB 23: WHO DO YOU LOYAL TOO

1.6K 297 58
                                    

THE SILENT BROTHER: S T O R M
By HDH Ink
BAB 23: WHO DO YOU LOYAL TOO

THE SILENT BROTHER: S T O R MBy HDH InkBAB 23: WHO DO YOU LOYAL TOO

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  ——————— BAB 23 ————————

             KEADAAN Niagara Fall masih membimbangkan Paris. Dia masih tidak sedarkan diri sehingga subuh itu. Dr. Yang datang memeriksa keadaan Niagara Fall hanya membalut luka di dahi dan kakinya sahaja. Niagara Fall tidak alami apa- apa kecederaan yang lain. Tapi bila melihat dia masih tidak sedarkan diri, Paris berjaga sehingga subuh di bilik Niagara Fall. Kerana tidak dapat menahan rasa mengantuk, dia tertidur di sofa.

       "Abang Paris?"

Suara yang memanggil itu mengejutkan Paris daripada lenanya. Dia membuka mata dan menoleh ke arah Niagara Fall yang sudah terjaga. Dia tersenyum dan turun daripada katil. Lagak gaya seperti tiada yang berlaku kepadanya malam tadi, dia terus masuk ke bilik air dan keluar semula beberapa minit kemudian.

        "Nia okay ke? Macam mana dengan kepala dan kaki nia? Masih sakit?" Tanya Paris.

Niagara Fall menggeleng.

       "Why? Nampak macam Nia sedang sakit ke? Nia nak cari Harder. I need to talk to him." Niagara Fall terus berlalu pergi. Paris membuntuti dari belakang. Mereka berdua ke bilik tetamu di mana Harder sedang berada. Ketika masuk ke dalam bilik itu, Harder sedang berbaring di atas katil. Menyedari Niagara Fall dan Paris masuk ke situ dia terus bangun.

       "Abang Harder yakin ke yang Soreal dan Dr. Fahlen tu ada niat jahat dengan abang Storm dan Nia?" Tanya Niagara Fall tanpa berdolak dalih lagi.

Harder hanya mengangguk. Dia tidak mempunyai banyak tenaga untuk bercakap lebih banyak.Niagara Fall mendengus dan meninggalkan bilik itu. Paris ekori adiknya lagi. Niagara Fall berkelakuan ganjil.

       "Nia? Please rest a bit. Nia sakit tu. Malam tadi Nia jatuh ke bawah tangga dari tingkat atas. Nia kena hati- hati."

       "Shut Up, Paris! Abang paris bercakap dengan Nia macam Nia ni budak 10 tahun. Keep nagging around me and talk like a Mom! Excuse me!" Niagara Fall naik ke atas. Paris tergamam. Kali pertama dia mendengar Niagara Fall berkata seperti itu kepadanya. Tiada lagi nada manja dan keanak- anakan yang selalu dia tunjukkan.

       "Young master..."

Nama Paris dipanggil oleh Bodyguard yang berjaga. Dia menoleh ke arah mereka.

      "Kami dapat panggilan dan amaran daripada Coheed. Storm akan ke sini dan dia diberikan tugasan untuk membawa balik Harder ke East. Kami rasa, dia menerima arahan daripada Taugeh."

Paris diam sejenak. Storm akan balik ke South? Bermakna bakal ada 'drama' akan berlaku. Dia mengarahkan semua Bodyguard berkumpul di hadapan rumah agam. Dia mempunyai pesanan yang penting untuk mereka semua.

EAST

STORM sudah bersiap sedia untuk meninggalkan East. Baru pagi tadi dia menerima arahan daripada Taugeh untuk pergi ke South dan membawa Harder balik ke East walau dengan apa cara sekalipun.

THE SILENT BROTHER : S T O R MWhere stories live. Discover now