BAB 3: FIRST BLOOD

1.6K 246 34
                                    

THE SILENT BROTHER: S T O R M
By HDH Ink
BAB 3: FIRST BLOOD

THE SILENT BROTHER: S T O R M By HDH InkBAB 3: FIRST BLOOD

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

--------- BAB 3 -------

TAP!

Pintu bilik saya hempas dan kasut tinggi yang saya pakai terus saya buang di atas sofa. Kaki saya masih terasa sakit sedikit. Renjatan eletrik tadi buat kaki saya lebam kebiruan.

Abang Paris sudah puas memarahi saya sebentar tadi. Dia bagi amaran agar jangan keluar sesuka hati di tempat itu kerana ia tidak sama dengan South. Saya hanya mencebik. Apa yang susah sangat saya nak berjalan- jalan sekejap. Ingatkan bila ke sini, tak ada masalah yang akan terjadi. Tak ada orang yang kenal saya di sini seperti di South, sebab itu lah saya keluar berseronok tadi. Tapi saya lupa, orang jahat ada di mana- mana. Kalau mereka tidak menyerang saya dengan perenjat eletrik itu, mana mungkin saya boleh jadi lemah.

Hmmm! What a lame night.

Ketika cuba melelapkan mata, saya teringat pula dengan renungan tajam Storm ke arah saya tadi. Pasti dia marahkan saya sebab buat dia dimarahi oleh abang Paris. Lagi satu, kenapa pulak dia kena berlutut dan meminta maaf macam tu sekali? Bukannya salah dia pun. Arghhh! Saya terus lelapkan mata. Esok saya akan cari dia dan minta maaf. Selesai!

🥃🥃🥃🥃

STORM P O V

SAYA baru siap bersihkan pedang katana kesayangan saya. Selepas mengantungkannya di tempat asalnya, saya terus kembali ke atas katil. Ragnar hanya membuka mata sejenak dan dia tidur semula. Melihat kerenahnya, saya tersenyum. Perangainya tak ubah seperti manusia. Saya tarik selimut dan selimutkan Ragnar. Dia menolak selimut itu dan turun daripada katil. Dia tidur di atas sofa dan saya menggeleng. Mungkin dia mahu bersendirian. Saya pun menyambung tidur dan berharap sangat saya tidak diganggu lagi.

*****

HARPER POINT

Awal pagi lagi, belum pun sempat mencuci muka dan mengosok gigi, kaki jinjang milik Niagara Fall turun ke tingkat bawah. Dia mengosok mata mencari- cari sesorang di laman hadapan rumah agam yang luas itu. Bodyguard yang berjaga malam tadi sudah berubah wajah. Mungkin sebelah lagi, orang lain pula yang berjaga. Tapi Niagara masih mencari sesorang. Bodyguard yang lalu di hadapannya terus tunduk mengucapkan selamat pagi. Mereka hairan sedikit dengan perangai Cik HARPER yang pelik itu. Dengan rambut tidak terurus dan masih memakai baju tidur nipis dia berjalan di laman rumah seperti kehilangan sesuatu.

"Selamat pagi Cik Niagara? Ada yang boleh kami bantu?" Dua orang Bodyguard mendekati Niagara Fall.

Mata Niagara Fall bulat memandang wajah Bodyguard itu. Dia menyilangkan tangan di dada lalu berkata;

"Mana Storm? Dia ada tak...?" Tanya Niagara Fall kepada mereka.

Bodyguard itu saling berbalas pandangan.

THE SILENT BROTHER : S T O R MWhere stories live. Discover now