BAB 15

1.4K 271 37
                                    

THE SILENT BROTHER: S T O R M
By HDH Ink
BAB 15: HER SMILE

THE SILENT BROTHER: S T O R MBy HDH InkBAB 15: HER SMILE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-------- BAB 15 ---------

         MR.TAUGEH tergamam sejenak melihat Harder yang sudah cedera parah masih berusaha melindungi Niagara Fall. Tembakan daripada pengikut pembelot terhenti selepas Ragnar menjadi benteng pertahanan untuk melindungi Niagara Fall daripada terkena peluru itu. Niagara Fall terus pengsan selepas badan menghempap bumi dan Ragnar masih mengaum kecil sambil memeluk Niagara Fall dengan tubuhnya yang semakin lemah.

Paris dan Harder mendapatkan Niagara Fall. Ragnar sudah tidak bergerak. Ada kesan luka tembakan di seluruh badannya kerana ditembak oleh kumpulan pembelot.

       "Nia...!" Paris cuba mengejutkan Niagara Fall. Perlahan mata Niagara Fall terbuka. Tapi keadaannya nampak sungguh lemah. Dia cuba menggerakkan badan Ragnar. Niagara Fall hanya mampu menangis. Tapi dia seakan kehilangan suaranya. Dia lansung tidak boleh berkata apa- apa. Dia terlalu terkejut dengan keadaan Ragnar yang sudah tidak bernyawa. Paris memeluk Niagara Fall. Kedengaran bunyi Helikopter mendekati kawasan rumah agam. Paris dan Harder mendonggak ke atas udara.

      "Mr. Taugeh, The Mob sudah sampai. Kita kena pergi dari sini. Orang kita dah banyak yang mati." Salah satu pembelot berlari ke arah Mr. Taugeh yang masih memerhatikan keadaan Niagara Fall. Dia nampak selamat tapi raksasa jadian yang melindunginya itu nampaknya sudah kehilangan nyawanya. Mr. Taugeh mendongak ke udara apabila kedengaran bunyi Helikopter mendekati kawasan rumah agam.

       "Hmmm. Cepat juga mereka ni datang. Jom kita pergi dari sini. Hey Paris! Ini belum berakhir. South akan jadi milik saya." Jerit Mr. Taugeh sebelum dia berlari masuk ke dalam kereta dan terus pergi dari situ.

Paris tidak mempedulikan amaran Mr. Taugeh. Harder menolak perlahan- lahan badan Ragnar yang sudah mengeras. Kasihan. Binatang itu mempertaruhkan nyawa untuk Niagara Fall. Semuanya salah ayahnya! Harder merengus marah. Dia berdiri dan terjatuh lagi. Pengikutnya mendapatkan Harder.

        "I'm Sorry Paris." Harder cuba meminta kemaafan daripada Paris tapi sedikitpun Paris tidak menoleh kepadanya. Paris mengangkat Niagara Fall masuk ke dalam rumah agam. Dia mengarahkan Bodyguard membawa bangkai Ragnar masuk ke dalam bersama mereka.

         "I'm Sorry Paris!" Jerit Harder lagi. Paris tidak menoleh. Harder tunduk penuh rasa kecewa. Dia dan pengikutnya keluar daripada rumah agam. Pintu pagar ditutup rapat. Helikopter The Mob telah mendarat di perkarangan rumah agam.

🥃🥃🥃🥃

Motorbike berkuasa tinggi yang dibawa oleh Storm memasuki perkarangan rumah agam South. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Kekecohan baru berlaku di situ nampaknya. Storm terus berlari masuk ke dalam rumah agam. Helikopter milik The Mob ada di perkarangan rumah agam. Bantuan daripada Presiden Wallance dan Hitler telah tiba. Tapi apa yang dah berlaku sewaktu ketiadaannya di situ?

THE SILENT BROTHER : S T O R MWhere stories live. Discover now