BAB 10

1.6K 290 56
                                    

THE SILENT BROTHER: S T O R M
By HDH Ink
BAB 10: LEAVING

THE SILENT BROTHER: S T O R MBy HDH InkBAB 10: LEAVING

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

--------- BAB 10 -------

I said, Wake me up when the season
Is coming to me again
What kind of season am i Talking about
The season when the chaos of this world
Urges me to kill another human
And getting tired before
Someone better than me
Come and kill me

-Catatan Storm-

AFTER 2 YEARS

HARPER Point kini berada di dalam jagaan Sigi. Dua tahun yang lalu, setiba sahaja Storm daripada South, dia telah berjumpa dengan Presiden Wallance dan dia memohon untuk dihantar ke North untuk menjalani latihan yang lebih keras. Presiden pada mulanya tidak mahu membenarkan Storm berpindah ke North tapi Wesley HARPER sendiri yang telah membenarkan dia ke situ dan akhirnya melantik Sigi, menjadi Pembantunya.

Tiada siapa yang tahu, apa penjelasan Storm mengenai hal serangan yang berlaku kepada keluarga Lady Seoul di South. Perbincangan dua muka di antara Presiden Wallance dan Storm berlaku di antara mereka berdua sahaja. Selama dua tahun berlalu, Tiada sebarang masalah berlaku. Hal- hal kecil boleh diuruskan oleh Wesley HARPER sendiri. Adiknya, Willy HARPER juga sudah kembali bertugas membantu abangnya.

          "Selamat pagi, Presiden. Kami baru terima pesanan daripada North. Storm sudah melepasi latihannya dengan cemerlang dan dia akan kembali ke HARPER point tidak lama lagi." Sigi, berjumpa dengan Presiden Wallance pagi itu selepas bersarapan pagi.

Mendengar khabar itu, Presiden Wallance hanya mengangguk. Dia arahkan Sigi pergi dari situ dan tidak menganggunya lagi.

Presiden Wallance memandu keretanya sendiri menuju ke Silent Park petang itu. Sudah agak lama dia tidak berkunjung ke kawasan perumahan itu. Tanpa iringan Bodyguard, dia turun daripada Kereta dan memerhatikan kawasan perumahan yang dibina oleh ayahnya untuk keluarga The silent Brother. Dulu, ia cuma kawasan perumahan yang kecil, tapi ia telah berubah menjadi seakan bandar tersembunyi daripada pandangan dunia.

        "Presiden?"

Drough, ayah kepada Storm terkejut menerima kunjungan daripada Presiden Wallance. Semua pintu rumah di kediaman yang lain dibuka dan penghuninya turun untuk memberikan penghormatan kepada Presiden Wallance. Anak- anak kecil yang masih membesar mungkin tidak tahu dia siapa, tapi kanak- kanak yang sudah besar pasti tahu dia siapa. Mereka juga memberikan tanda penghormatan kepadanya.

      "Long time no see my Brother Drough? Kau sihat? Minta maaf datang ke sini dan buat kacau. Saya cuma datang melawat." Kata Presiden Wallance.

Drough tersenyum. Dia menjemput Wallance masuk ke dalam kediaman dan mengarahkan ahli keluarga yang lain meneruskan tugasan harian mereka.

Tea Hijau dihidangkan di atas meja. Drough menjemput Wallance menikmatinya.

      "Macam tak percaya, Drough yang saya kenal hanya minum Bir. Now what is this? Tea?" Wallance tertawa kecil.

THE SILENT BROTHER : S T O R MWhere stories live. Discover now