BAB 30: THE SILENT NIGHT [ FINAL ]

1.9K 372 103
                                    

THE SILENT BROTHER: S T O R M
By HDH Ink
BAB 30: THE SILENT NIGHT  [ FINAL ]

THE SILENT BROTHER: S T O R MBy HDH InkBAB 30: THE SILENT NIGHT  [ FINAL ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-------- BAB 30 --------

          RUMAH agam yang ditinggalkan tadi semakin jauh ke belakang pandangan. Niagara Fall mengeluh perlahan. Dia rasa bersalah kerana tinggalkan rumah agam tanpa memberitahu Lady Seoul dan Martial. Tapi kerana yakin Harder akan membawanya kepada Storm, dia nekad. Rasa rindu yang mendalam harus segera di rawat sebelum dia hanyut dalam lautan kesedihan berpanjangan.

        Dalam perjalanan, Harder hanya berdiam diri. Dia fokus kepada pemanduan dan transit perjalanan mereka yang memakan masa hampir 17 jam. Niagara Fall sendiri tidak tahu kemana Harder akan membawanya. Tapi dia yakin, dia akan bertemu dengan Storm tidak lama lagi.

        "Eat some of this Nia. Nanti Storm risau pula kalau nampak kau datang ke situ dengan keadaan lapar." Harder hulurkan makanan kepada Niagara Fall. Mereka baru turun daripada kapal terbang dan singgah sebentar di sebuah restoran makanan segera untuk menjamu selera. Harder kelihatan berhati- hati dengan orang sekeliling mereka. Rumah agam South pasti sudah risau mencari Niagara Fall.

         "I'm not hungry. Nia cuma nak jumpa Abang Storm secepatnya. Dah setahun dia menghilang... it's kinda weird sebab kalau dia cuma nak balik ke HARPER Point, he can take me with him but he didn't. Abang Harder tau ke Storm ada di mana dan kenapa dia menghilang?" Soal Niagara Fall kepada Harder.

Mendengar pertanyaan daripada Niagara Fall, Harder hanya tersenyum. Macam mana dengan dirinya pulak? Setahun dia menghilang, dia cuba melupakan apa yang telah berlaku kepada Soreal. Tapi kejadian itu masih menghantui dirinya. Dia cuba melupakan apa yang telah terjadi tapi semuanya bukan mudah. Dia dilanda depresi teruk kerana hal yang berlaku kepada Soreal dan ayah kandungnya, Taugeh.

         "Storm bukan tak nak jumpa dengan Nia, tapi dia ada masalah sikit dengan Lady Seoul. Dia tak nak korang berdua kawin." Harder menabur kebencian untuk Niagara Fall terhadap ibunya.

       "No way. Storm sudah buat perjanjian dengan parents Nia. Mereka perlu tunaikannya. Taugeh dah kahwinkan kami." Niagara Fall menunjukkan parut di telapak tangannya.

       "It's not easy i guess. Lady Seoul hanya gunakan Storm untuk lindungi keluarga Nia... Same with the presiden. Mereka semua hanya gunakan Storm... tapi akhirnya... dia sedar yang dia tak akan dapat apa- apa pun. That's why he left." Balas Harder lagi.

Niagara Fall amat terganggu dengan penjelasan Harder itu. Benarkah itu sebabnya mengapa Storm pergi dan tak mahu kembali? Tapi dia janji akan kembali? Niagara Fall memerhatikan cincin yang Storm tinggalkan untuknya.

         "If it's True then Pity him. Should I just go back then. Mungkin abang Storm dah lupakan Nia. One year bukan masa yang singkat." Niagara Fall mula bersedih.

Harder hanya tersenyum nipis.

      "Abang Harder akan bawa Nia jumpa Storm. Dia pasti gembira bila Nia datang untuk temui dia. Let's go." Harder menghulurkan tangannya untuk Niagara Fall.

THE SILENT BROTHER : S T O R MWhere stories live. Discover now