Bab 1

337 8 0
                                    

Arghhh!!! Tempikan itu bergema buat kedua kalinya di hadapan kolam itu. Kolam ikan di hadapannya tidak lagi mampu menenangkan sekeping hati milik Aireen Aireena. Setelah apa yang dilaluinya bersama lelaki itu hampir 5 tahun,sebegini balasannya?? Ya Allah,hatinya menjerit lagi. Betapa perih hanya Tuhan Maha Mengetahui.
.
"Ya Allah anak mama,kenapa ni",tergesa-gesa Datin Aryana menenangkan anak gadisnya yang di lihat bagai di luar kawalan. Buat julung kalinya Aireen bersikap sedemikian.

Dia tahu Aireena tidak kuat kerana selama dia mengenali anak gadisnya itu,Aireen jarang menangis sebegini.Aireen yang dikenalinya itu kuat orangnya.Berbeza sekali dengan Aireen yang ada di hadapannya sekarang. Punggung dilabuh di tepi Aireena. Tangannya naik mengusap perlahan bahu Aireena. Air mata yang masih berlinang diseka perlahan oleh Datin Aryana.

"Tabah sayang,cuba cerita dengan mama what's happen",ucap Datin Aryana. Seraya itu,dia memeluk anak gadisnya itu. Sebagai ibu,dia dapat merasakan kesedihan anaknya. Air matanya sendiri hampir menitis melihat keadaan Aireen.

"Risy... Risy.. diaa".... Risy yang dimaksudkan itu ialah adiknya sendiri Arisya. Serentak itu,air matanya jatuh lagi. Lalu diceritakan satu persatu kejadian itu pada Datin Aryana,bermula di pusat beli belah sampai la episod duka yang terpaksa didengarnya sendiri.

Tengahari itu

"Hisyy,mana Hafiy ni", monolog gadis itu sendirian. Kepala ditoleh kekiri kekanan mencari pemilik nama yang dimaksudkannya itu.

Badannya yang agak tembam itu menyukarkan langkahnya untuk melangkah lebih laju. Pad dail didail sekali lagi untuk menelefon tunang kesayangannya,Hafiy. Tetap sama jawapannya,mailbox.  Punggungnya dilabuhkan di salah sebuah kerusi di kafe itu. Sudah berpuluh kali didail,namun tetap sama sahaja jawapannya.

Dia menggamit seorang pelayan untuk memesan minuman. Kering tekaknya hari itu. Usai air yang dipesannya itu sampai, dia sekali lagi mencuba untuk menelefon Hafiy. Air yang dipesan tadi sudah pun diteguk sampai separuh.
Ting! Dia meraba handbag di sisinya lalu dikeluarkan IPhone 6s miliknya.
"Hm kenapa la tak cakap awal awal busy, sampai sini baru nak cakap, haih nasib sayang". Rupanya chat dari Hafiy memaklumkan dia tidak dapat datang pula kerana sibuk. Hajatnya mahu berjumpa Hafiy untuk membincangkan beberapa hal perkahwinan mereka yang akan mengambil tempat lagi beberapa hari.
"Takpela, aku call jela senang, kena cakap jugak dengan dia hrini. Haih Hafiy ni busy je manjang", monolog gadis itu sendirian. Nombor tunang nya itu didail sekali lagi.

Tiba tiba,telinganya menangkap ringtone seakan seakan milik Hafiy. Dia mengagak itu mesti Hafiy. Tertanya tanya adakah Hafiy mahu membuat kejutan padanya? Tersenyum senyum sorang gadis itu dibuatnya. Dipusing perlahan menghadap bunyi yang dimaksudkan itu tadi. Benar! Dilihat Hafiy melabuhkan punggung di bangku tidak jauh dari kafe ini.
"Aik, dia tak nmpak aku ke?" Fikiran nya menerawang jauh.
"Tadi bukan ke kata dia dekat office, tapi kenapa dia dekat sini?".

Lalu langkahnya mula dibuka menuju ke arah bangku yang diduduki Hafiy. Selang beberapa langakahnnya, fikirannya mula membayangkan akad yang akan dilafazkan oleh Hafiy. Janji Hafiy untuk sehidup semati dan usaha membahagiakannya sehabis baik diputar kembali di kotak memorinya. Akhirnya selepas 5 tahun menyulam cinta, dia akan bersatu dengan buah hatinya itu. Rindu! Hafiy tidak tahu kehadirannya di situ. Dan apabila semakin hampir,dilihat adik nya terlebih dahulu tiba dan memaut lembut pinggang Hafiy.

Lalu lelaki itu membalas dan merangkul semula pinggang ramping Airisya. Lantas cepat cepat Aireena mengambil tempat dan disorokkan dirinya di belakang dinding yang terdapat di situ. Benarkah semua ini? Atau ini hanya ilusinya semata mata?Lalu diintai sekali lagi pasangan itu. Benar! Itu Tengku Hafiy Arman. Lelaki yang menjanjikan segalanya untuk dia. Dan seorang lagi adik kandungnya sendiri yang ditatang bagai minyak yang penuh. Tapi tidak diberikan peluang sedikitpun untuk Aireena berbaik baik dan apa salah silapnya pun dia tidak tahu sehingga gadis itu tegar terus terusan membencinya sejak dahulu lagi.

Tersentak hatinya,terasa pecah pembuluh darahnya ketika ini. Pecah tangisan Aireena di sebalik dinding itu. Dilihat  mesra sahaja Hafiy dan Airisya. Bayangan dia dan Hafiy berada di atas pelamin, janji Hafiy untuk setia kini bagai ranap seranap nya.

"Ya Allah,apa maksud semua ni",getus Aireen perlahan. Melorot jatuh di sebalik dinding setelah menyaksikan semua drama yang disajikan di hadapannya itu. Gugur jua air mata wanitanya. Kalau orang lain bersama dengan Hafiy ketika itu,dia tidak kisah,tapi itu adalah adiknya sendiri! Aireen Airisya!!

Sesempurnanya Akad ItuWhere stories live. Discover now