Bab 4

158 6 0
                                    

"Mama,papa.. Aireen dah decide untuk terima tawaran papa to handle one of his company in Dubai. Aireen rasa ni keputusan terbaik buat masa sekarang,besides Aireen nak tenangkan diri sendiri".tenang Aireen bersuara.

"Aireen dah fikir masak masak ke sayang? Mama tak nak Aireen buat keputusan dengan terburu buru macam ni",sanggah Datin Aryana.
Anggukan kecil daripada Aireen mematikan niatnya untuk terus bertanya.Biarlah! Biar dia pergi tenangkan diri sendiri.Dia tidak akan menghalang anaknya daripada pergi.

"Aireen pasti dengan keputusan yang Aireen buat ni?",tanya Dato' Karl yang sedari tadi menjadi pendengar setia di meja makan itu.

"Yes,Aireen pasti,I needs to start new life and new surrounding,right?,Aireen nak lupakan dia pa,you know it would not easy if Aireen stay kat sini lagi. Besides,Abang Rifae kan ada kat sana?",ucapnya sambil tersenyum nipis.

Tengah hari itu..

"Yana,Karl, kami sebagai parents Hafiy mintak maaf sangat,kami tak tau perkara ni akan jadi macam ni". Setitik air mata Datin Dhiya menitik jua. Tidak disangka panggilan
yang diterima semalam akan mengubah segalanya.

"Kamu pasti nak putuskan pertunangan ni,Aireen?",tanya Datin Dhiya sekilas melirik pada Aireen. Tenang sahaja wajah itu. Tidak terkesan sebarang kekeruhan di wajah suci itu.

"Aireen pasti auntie,dah Hafiy pun dah ada pilihan dia sendiri. Aireen rasa dah takde apa yang perlu dipertahankan lagi auntie. Dia dah pilih Risy untuk diri dia. Aireen tak boleh salahkan dia sepenuhnya",ujar Aireen yakin dengan keputusannya itu.

Kotak memorinya diputar mengingat kembali saat dia memutuskan sendiri untuk menelefon Hafiy semalam.

"Hello",ujar Aireen setelah panggilannya disambungkan kepada pemilik suara yang amat dicintainya separuh mati itu. Tapi itu dulu. Bukan nya sekarang.

"Hello sayang",balas Hafiy. Masih tidak mengetahui keadaan sekarang.

"Sekarang,saya nak awak jujur dengan saya! Kenapa awak buat macam ni kat saya? Ape salah saya Hafiy? Sanggup awak duakan saya dengan adik saya Hafiy. Itu adik saya Hafiy!!",tempik Aireen lagi. Air mata yang sedari tadi ditahan terhambur jua.

Terkedu Hafiy Arman. Masih tiada balasan. Tidak menyangka secepat ini Aireen mengetahui tentang Airisya dan dirinya. Tapi di jauh sudut hatinya,hatinya mengatakan masih ada lagi sayangnya pada Aireen.

"Saya mintak maaf,Aireen",seolah olah baru tersedar daripada kesilapannya sendiri. Muka diraup selajunya. Menyesal!! Itu yang dirasakan sekarang.

"Takkan jadi semudah tu untuk aku maafkan kau Hafiy Arman!!, dah terlambat sebuah kemaafan untuk kau!!",suara Aireen yang jelas menangis itu terdengar amat sayu di corong handphone nya.

"Ya Allah,apa yang aku dah buat ni? Awak hukumlah saya macam mana sekali pun Aireen,saya akan terima. Satu yang saya mintak,jangan pernah tinggalkan saya,Aireen",rayu Hafiy bagai tidak menyedari kata hinaan yang pernah keluar daripada mulutnya telah menjadi racun dalam hati Aireen.

"Too late,Tengku Hafiy Arman bin Tengku Dato' Hisyam,aku benci kau! Aku dah bincang dengan parents aku. Kita putus!!",tegang suara Aireen di hujung talian. Panggilan dimatikan.

"Reen,Reen,sayang,sayang",suara Hafiy yang mula kedengaran menangis itu kedengaran. Jelas timbul penyesalan di hati Hafiy kerana telah menduakan wanita sebaik Aireen.

Langkah segera dilajukan. Dia harus memujuk Aireen. Itu tekadnya. Sesampainya di anak tangga terakhir,memetir suara Dato' Hisyam.

"Hafiy,what's have you done??,explain to me now. Baba nak dengar sendiri daripada mulut kamu",tengking Dato' Hisyam. Jelas mukanya yang merah menahan marah setelah menerima panggilan daripada bakal besannya.

Riak senyap Hafiy Arman menjawab segalanya. Jelas dia telah menduakan anak kawan baiknya itu.

"Apa lagi yang kamu nak Hafiy,Baba dengan umi dah bagi kamu segalanya. Sanggup kamu malukan kami macam ni",marah Dato' Hisyam lagi.

"Kamu dilarang keluar Hafiy!!,Baba haramkan kamu keluar jumpa Aireen,cukuplah kamu sakitkan hati dia,curang dengan adik dia sendiri,enough Hafiy",putus Dato' Hisyam mematikan langkah Hafiy yang baru sahaja ingin menapak ke luar rumah.

Terduduk Hafiy di sofa,umi nya yang tadi sekadar menjadi pendengar mula menapak ke arah biliknya. Jelas riak kecewa di muka kedua-duanya.

"What have you done Hafiy?",monolognya sendirian.Muka diraup kasar berulang kali.Menyesal!

Sementara itu

Setelah menghamburkan segala marahnya pada Hafiy,lantas Aireen mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat tahajjud. Ingin mengabdikan diri pada Sang Pencipta. Terasa tenang dan lapang dadanya setelah menunaikan solat.
Dia yakin dengan keputusan yang dibuat.

"Ini yang terbaik untuk semua orang",desisnya sendiri.

Kelibat Airisya juga tidak kelihatan Mungkin sudah keluar agaknya. Biarlah,biarlah dia mengalah demi kebahagiaan adik kandungnya sendiri. Dia rela melepaskan lelaki yang pernah dicintainya dulu di kala majlis nikahnya hampir mengambil tepat beberapa hari sahaja lagi. Itupun untuk adiknya sendiri.

"Semoga kau bahagia Risy,kakak akan sentiasa doakan kau berubah untuk jadi manusia yang lebih baik",panjang doa dipanjatkan untuk keluarganya itu.Ameen.

Telefon yang terus berbunyi dipandang sepi. Sedari tadi, Hafiy cuba menelefonnya. Sudah naik 60 missed call daripada lelaki itu. Kelibat kereta Hafiy yang sedari tadi di hadapan rumahnya dipandang sekilas melalui cermin tingkapnya. Tidak henti henti menjerit memanggil namanya. Hujan renyai renyai semakin lebat. Lelaki itu tidak dipeduli lagi. Terus dia memanjat katil untuk meneruskan niatnya untuk tidur. Biarlah lelaki itu berbasah sekalipun dia tidak akan kisah. Cukuplah setakat ini dia dipermainkan,itu tak akan terjadi lagi,tekad hatinya!!.

Sesempurnanya Akad ItuWhere stories live. Discover now