Bab 8

142 6 0
                                    

"Aryan, pergi la naik rehat dulu.. Kau penat kan?? Rehatkan minda kau tu dulu.. Abang tau kau ada masalah, kau saja je tak nak cakap ngan abang kan? Cehh, berahsia betol ko ni, macam dulu je, buat derkk je orang cakap ni",tegur Arfan.

Aryan hanya mengangguk kecil sebelum kakinya dibawa ke tingkat atas kondominium mewah milik abangnya itu. Pintu bilik yang memang sudah menjadi biliknya itu dibuka. Usai sampai di katil bersaiz king itu, badan dihempas perlahan. Tangan dibawa ke bawah kepala. Fikirannya sudah melayang jauh terfikirkan tentang wanita itu lagi.
Mengapa?? Mengapa setelah 3 tahun perasaan sebegitu sudah lama dihapuskannya, namun ia kini kembali menguasai hati dan fikirannya. Air mata lelakinya  menitis untuk kesekian kalinya, namun cepat diseka kasar.
'Bodohh, kenapa kau terpikirkan dia lagi, dia tinggalkan kau untuk somoene better dari kau, kau kene ingat tuu Aryann!!, Kau kena ingat perempuan semuanya sama!!',tempik hatinya sendiri.
Hatinya tak kuat untuk berdepan semua ini. Perlahan-lahan matanya terkatup.
Sungguh letih setelah berhadapan semua ini dalam hanya sehari. Hatinya masih lagi tidak pasti!.

Aireen POV
Usai membersihkan dirinya sendiri, Aireen menunaikan solat Isya'. Lama dia sujud memohon keampunan buat dirinya serta semua ahli keluarganya.
Air mata mengalir lagi. Kali ini dia sendiri yang menyeka air matanya.
'Reen janji Reen akan terus kuat ma, Reen akan bangkit daripada kisah silam Reen, Reen akan ubah semua ma.. Reen akan bawak balik Abang Rifae suatu hari nanti ma. Itu tekad Reen ma!!'. Tekad hatinya dia akan melupakan semua kenangan di masa silamnya terutama sekali kenangan yang pernah dicipta bersama Tengku Hafiy Arman B. Tengku Dato' Hisyam.

Langkah dibawa menuju ke balkoni biliknya itu. Sweater ditarik rapat ke tubuhnya. Dilihat bintang berteraburan cantik di ruang angkasa milik Sang Pencipta yang hakiki itu.
'Subhanallah, cantik'..  Itu sahaja yang mampu terukir di bibir munggilnya.

Tok.. Tokk..

Ketukan di pintu biliknya menyentakkannya daripada lamunan panjang sebentar tadi.
'Boleh abang masuk?',terjegul kepala Rifae melalui pintu yang terkuak sedikit.
'Laa abang, masuk laa, Reen oky je la',terang Aireen.
Langkah kaki Rifae laju dihalakan ke arah balkoni lalu mengambil tempat di sebelah Aireen. Seperti Aireen, kepalanya didongak ke arah langit. Angin sepoi sepoi bahasa menerpa  muka mereka.
'Cantik kan bintang bintang tu semua??', tegur Rifae mematikan lamunan Aireen.
'Cantik, cantik sangat... Reen suka sangat tengok berkelip kelip macam tu",nyata Aireen jujur. Bibirnya mengukir senyum nipis.
"Macam tu jugak cantik kalau Reen senyum",usik Rifae. Ketawa kecil terlepas juga di bibir munggil milik Aireen.
"Dalam hidup ni,Allah dah janjikan pelbagai ujian dan cubaan untuk terus jadikan kita kuat dan terus berjuang dalam hidup, juga banyak hikmah di sebalik ujian tu semua.. Kita sebagai manusia harus terima apa yang Allah dah takdirkan untuk kita, Reen faham kan maksud abang?",terang Rifae panjang lebar.
Aireen hanya mengangguk kecil.
"Come on Reen, Reen adik abang.. Kita membesar pun sama-sama. Abang tau Reen kuat dalam nak hadap semua bende ni". Serentak itu, tangannya dibawa ke bahu Aireen. Ingin menyalur sedikit kekuatan kepada adiknya itu. 
"Thanks abang".
"Eah japp, kenapa abang rasa abang macam peluk teddy bear ni ha?? Kenapa macam dah bukan Reen ni?"usik Rifae. Sebelah kening diangkat angkat, saje nak kenakan Aireen. Tepat jangkaanyaa..

"Abanggggg!!!, mana adee laaa!!!,eeeeiiii". Kakinya dihentak hentak ke lantai.

"Runtuh nanti rumah abang, jangan la macam ni Reen, abang nak simpan kat bakal bini abang nanti ni macam mana kalau dah runtuh". Tak habis mengusik.  Laju kakinya mengejar Rifae yang sudah mengekek-ngekek lari. Boleh pulak tangannya diangkat separa mulut dan lidah dijelir. Saja mengejek.

"Hodoh punyee hantuuu!!", kaki Aireen terus mengejar Rifae. Terletus tawa besar Rifae dan Aireen. Seronok berkejaran sangat sampai semput Aireen dibuatnya.  Ahaaa!!! Idea syaiton nirajim  dah datang!!. Aireen sudah ketawa jahat dalam hati. Ampunkan Aireen yer abang. One.. Two.. Three.. Actionn...

"Ab... Ab.. Reenn,Reen..Abanggg, Reenn.. tak... takk. bolehhh.. nafasss... " sengaja dia pura pura terduduk kat atas lantai tepi sofa itu. Tangan pula sengaja diletakkan di atas dada. Rifae yang tadi ketawa mula mematikan tawanya. Reaksi cemas mula kelihatan di mukanya. Sedaya upaya Aireen tahan tawa melihat muka abangnya. Semakin dekat Rifae dengannya, nafas dibuat buat semput macam tak boleh bernafas. Yuhuu, plan jalan boekk, desis hatinya. Seronok dapat kenakan Rifae.
" Ya Allah Reen, jangan macam ni Reen, dah jom bangun kita pergi hospital",cemas Rifae ketika ini. Kepala Aireen sudah berada di atas ribanya.  Sedang dia berkira kira untuk call ambulans...
Dengan tiba-tiba...
Terasa telinganya ditarik laju.
"Ape ke jadah main tarik tarik telinga orang nii, masa adik aku sakit ni la, buat perangai"omel Rifae tidak menyedari hal itu kerana terlalu cemas. Selepas seketika baru lah...

"Reennnnnn, ape niii???".
Letusan tawa besar kedengaran, pastinya Aireen yang gelak. Tangan Aireen masih di telinganya.
"Sape suruh usik Reen sangat, kan dah kene!!", ujar Aireen lagi.
"Ya Allah, jangan la gurau macam ni lagi Reen, nak tercabut jantung jiwa raga abang Reen buat macam ni", mukanya diraup syukur. Mujur lah guraun semata. Aireen pula yang terasa bersalah melihat Rifae berada dalam keadaan gitu. Tangannya dilepaskan daripada telinga Rifae. Muka mula ditundukkan. Salah satu taktik pujuk Rifae.
"Dah dah, lain kali jangan buat macam tu dah, Reen tau kan abang sayang Reen sangat-sangat, nak jawab ape nanti ngan mama kalau dia tanya kenapa anak dia ni pengsan, tak ke nanti jadi macam penyu abang yang nak menjawab ni?",terang Rifae.
"Oky oky, Reen tak buat dah, janji", tangannya dinaikkan sebelah.
" Tapi kan abang, abang lawak ngat tadi, Reen dah bantai gelak dalam hati tadi". Terlepas juga tawa Rifae dan Aireen pada malam itu. Terasa ringan kepala Aireen tanpa memikirkan masalah masalah yang membelenggunya. Betul la apa yang dikatakan orang.. 'Being with your siblings can shine the day'..

Aryan POV
"Dengan Nama Allah Yang Maha Suci lagi Maha Berkuasa, abang cintakan sayang sangat-sangat.. Tiada siapa pun yang dapat gantikan tempat sayang di sini, di hati abang", ucapnya kepada seseorang. Matanya sayu merenung wanita itu.

Tapi dengan perlahan-lahan dilihat wanita berjubah putih dan berpurdah itu mengorak langkah dan berpaling ke arahnya untuk seketika. Matanya bertemu pandang dengan mata wanita itu. Ya!!  hanya mata hazel bundar itu masih lagi setia memandangnya dengan separuh mukanya tertutup dengan purdah.

"Biarlah masa yang menentukan segalanya, sesungguhnya Allah adalah sebaik baik perancang ke atas kita. Assalamualaikum ya abbi", sayu pandangan mata diberikan oleh wanita itu. Semakin lama dilihat wanita itu semakin kabur dan perlahan-lahan hilang daripada pandangan matanya. Sekuat itu juga lah air mata lelakinya keluar menitis laju. Dan dia terjelopok jatuh ke atas pasir pantai yang memutih itu.

Aryan laju terbangun daripada lenanya itu. Mimpi itu!! Mengapa wanita itu harus berada dalam mimpinya.. Dia meraup kasar mukanya. Dilihat uniform pilot masih lagi lengkap di tubuhnya. Terlalu banyak di fikiran nya ketika ini sampaikan dia sendiri tidak sedar terlelap malam semalam. Disebabkan wanita itu!! Disebabkan wanita itu lah, fikirannya bercelaru, malamnya terganggu dengan mimpi yang entah apa-apa. Lantas Aryan bangun dan mencapai tuala yang tersidai itu dan menuju ke bilik air. Dia mahu menenangkan fikirannya daripada semua benda yang tidak masuk akal baginya.

















Apakah yang bakal menanti mereka?? Kenapa Aryan mimpikan wanita itu??? Siapa eah wanita tu? Korang rase sape en😜 Keep read and vote guys..❤.. I love u guyss much ii.. Thanks to all readers yang support Asya selama ni.. Asya appreciate sngt ii❤



Sesempurnanya Akad ItuWhere stories live. Discover now