Bab 14

154 2 0
                                    

Tengahari itu, laju kereta Aysen membelah jalan yang agak sibuk untuk menghantar Aireen pulang. Kedua duanya diam tidak berkutik.

Aireen sendiri masih malu menghadap Aysen kerana kejadian tadi. Aysen pula hanya diam fokus pada jalan di hadapan.

"Ermm Aysen, whoever you are, thanks a lot for saving me from those evil's. I don't know how to repay you in future. Without you, I don't know what will happen to me, again thanks a lot", ujar Aireen perlahan.  Seatbelt nya digenggam kemas, masih fobia pabila teringat kejadian yang menimpa nya semalam.

"Takde ape la, beside tu kewajipan aku as a real men, don't mention it, kalau bukan aku yang selamatkan kau, siapa lagi kan", jawab lelaki itu tenang. Setenang wajahnya. Namun tiada siapa tahu hatinya yang ketika ini berdegup laju mendengar keindahan suara itu.

Entah mengapa hati lelakinya terusik apabila melihat Aireen hampir dirogol oleh malaun malaun mabuk itu. Entah kenapa hatinya buat hal apabila berada di sebelah wanita ini. Wanita yang berjaya mengetuk pintu hatinya setelah sekian lama tertutup. Terasa tidak puas menatap senyumnya, anak mata hazelnya yang cantik. Serasa tidak mahu melepaskannya. Mengapa? Mengapa ada rasa macam ni? Aysen terus berperang dengan perasaannya sendiri.

Aireen pula hanya tersenyum tawar.

"Here we are". Brek keretanya ditarik perlahan setelah sampai di hadapan kondominium tersergam mewah itu.

Aireen mula menapak keluar dari kereta itu, niatnya hanya satu, iaitu ingin mencari abangnya dan meluah segala tangis di bahu itu.

Secara kebetulan, Rifae baru sahaja sampai di perkarangan kondo nya itu dan terlihat Aireen bersama lelaki yang amat dikenalinya bersama.

Laju kakinya menuju ke arah Aireen, usai sampai di situ, terus dia memeluk sekujur tubuh milik adiknya itu. Keluar air mata jantannya setelah menjumpai adik nya itu. Aireen pula sudah tersedu- sedan di bahu itu. Dicerita segalanya tanpa ada sebutir pun tertinggal kepada Rifae.

Aysen yang menjadi saksi drama itu hanya mampu menahan rasa dalam hati. Siapa dia? Kenapa dia sesuka je peluk Aireen? Hatinya berdetak cemburu.

"Abang, ni la orang yang selamatkan Reen",ujar Aireen setelah perasan 'drama'nya itu menjadi tatapan setiap orang yang lalu di sekitar situ.

"Hello Mr Syed Aysen Altair, nice to meet you, I heard you have saved my lil sister, thank you a lot, hanya Allah dapat balas jasa cik". Lalu tangan dihulur.

Aireen hanya terpaku. Abangnya kenal Aysen? But how? Since when?

Tangan dijabat Aysen perlahan. Dilihat wajah lelaki itu kedua dua nya tersenyum.

"It's nothing if it's become to her, her pride is more important, right?". Aysen menyandarkan badannya pada kereta, tangan dimasukkan ke dalam poket. Rifae hanya tersenyum tawar.

"Reen,meet him,  Syed Aysen Altair Bin Syed Atarish Khan, the most succesfull billionaire and has a wide connection to all his empire's all over the world. He was the owner to all of SAA's hotels",panjang lebar penerangan Rifae membuat Aireen hampir jatuh gerahang pipinya. Hampir sahaja mulutnya ternganga. Patutla rumah lelaki itu sebijik macam istana. Dengan pembantu yang agak ramai dan rumah yang memang mewah.

Ternyata betul tekaannya tentang lelaki itu, memang seorang yang berkarisma dan hebat dengan mempunyai rangkaian hotel hotel di serata dunia. Liur diteguk perlahan. Malu apabila dua wajah lelaki itu ketawa kecil memandangnya. Apaaa? Aku ternganga sampai masuk lalat ke apa? Sambil itu, kedua nya terus berborak tentang business mereka. Aireen di hadapan mereka sudah seperti tunggul kayu sahaja. Men will always be men, rungut Aireen dalam hati. Kadang- kadang, dua lelaki itu bercakap sambil memandangnya dan tergelak. Aysen hanya mampu mengukir senyum.

"So oky guys, I've got to go first, ada banyak benda saya kena buat". Mendatar suara lelaki itu membuat Aireen memandangnya.

Sekeping kad dihulur kepada Rifae. Wajah teruja dipamer Rifae.

"Pleased to meet you Mr Rifae, I hope we will be great with this collaboration".

"I hope that too Mr Aysen, once again thanks for saved my lil princess, I don't know what will happen if you didn't meet her yesterday".

"Don't mention it, aku ikhlas buat semua tu, Rifae, can I ask for your number? I think it's not wrong for me to have it, senang nak bincang kat mana mana nanti?".

"Opss lupa, handphone aku dah habis bateri tadi, lupa nak charge semalam, Aireen hand him your phone number first, then you can give it to me later",ujar Rifae sepintas lalu membuatkan Aireen pantas berpaling. Amboi baru tadi jumpa dah ber-aku kau? Cliche lelaki macam ni la

"What's are you waiting for? Cepatla bagi Aysen your number". Muka abangnya dipandang sekilas.

"Kenapa nombor Reen jugak, kenapa tak bagi je nombor abang kan senang?", nyata Aireen.

"Alahhh, abang lupa la, serius ni". Rifae buat muka. Tangannya disatukan rapat dengan tangan lagi satu. Mata dikerdipkan.

"I need to go to toilet first, korang borak la kejap ea". Selaju itu juga kelibat Rifae laju berlari anak ke tandas.

"Okey finee".

Kakinya melangkah maju setapak ke hadapan membuatnya betul- betul berada di bawah dagu Aysen.

"Ni manusia normal ke zirafah", tanya nya sendiri.

"Bak la sini phone tu, nak bagi number ni". Seraya itu tangan nya dihulur. Aysen pula hanya tercengang, lalu menghulur Ip6 plus miliknya. Dari jarak dekat begini, dia dapat menghidu bau rambut gadis itu,  perasaannya tidak menentu. Perasaan yang tidak mampu diungkap dengan kata, perasaan yang membuat dia takut kehilangan gadis itu, dan perasaan ingin melindungi gadis itu.

Dengan tidak semena- mena, seorang budak yang sedang bermain dengan kadar laju melanggar Aireen sehingga tepat memeluk Aysen.

Dupppp!!! Jantung Aysen kembali berdetak hebat, dengan kedudukan yang rapat seperti ini amat membuatkan dia seperti ingin memeluk kembali gadis yang sudah berada kemas di dadanya ini.

Serta merta juga Aireen kembali memperbetul kedudukan mereka seperti tadi. Cuma bezanya Aireen berdiri agak jauh dari Aysen.

"I.. I'vvee ggo..ggot ttt..too... gggooo first, num, numberr dah ada dalam ni kan?", gugup Aysen seketika.

Aireen juga sebentar ke kiri, sebentar ke kanan, tidak pernah dalam hidupnya memeluk lelaki selain papa dan abangnya kottt. Situasi mereka agak kalut seketika.

"Oky, aku pergi dulu, kirim salam kat Rifae.. Bye".

"Err thanks ea sebab ann..antaa balik ni", Aireen menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aysen hanya menggaguk dan tersenyum sebelum menuju ke bahagian pemandu. Tanpa disedari Aireen, bibir Aysen mengukir senyum penuh makna sebelum kereta nya laju berlalu dari situ.

Dan tanpa disedari mereka, ada mata yang sedang memerhati tingkah laku mereka.

"Boss, finally we've found that bitch weakness. A girl", nyata seorang. Seorang lagi hanya mampu tersenyum sambil memerhati.

Kedengaran ketawa di sebelah sana, membuatkan mereka juga turut tertawa.

"Just wait and see Syed Aysen Altair, I will make you kneel down in front of me, everything your's will be mine one fine day. Boyss, find out about that girl, I want to know everything without left single thing even, get it?",nyata orang itu lagi.

"Get it boss". Lalu talian diputuskan dan mereka segera beredar dari situ.







Sesempurnanya Akad ItuWhere stories live. Discover now