Arghhhhh!!!!.. Bantal dilepar ke bawah. Tidak tenang sebegitu, lantas dia duduk di birai katil, muka diraup perlahan. Mengapa?? Mengapa hati nya sakit? Perasaan apakah ini? Hasratnya hanya satu, iaitu ingin melupakan wanita yang selalu menghiasi mimpi di malam harinya. Ingin melupakan sepasang wanita yang telah berjaya buat hati lelakinya berbolak-balik. Namun apa yang dilihat nya sebentar tadi amat meruntun jiwa lelakinya yang telah lama menyepi tanpa sebarang perasaan. Kini perasaan yang telah lama kosong itu telah terisi dengan suatu perasaan yang telah lama tidak dirasainya. Ya, cemburu!!
Dia akui, dia akur dengan rasa itu..
Tapi cepat hatinya menidakkan. Takk!!! Perempuan semua sama aje!! Tegas hatinya. Jauh dia menggelamun tanpa sedar pintu bilikya dibuka. Terkejut Arfan melihat bilik bersepah dan Aryan duduk dalam gelap."Aryan, kenapa ni?? Dari tadi abang tengok kau mengamuk macam ni", tanya Arfan tenang. Setelah langsir dibuka menampakkan pemandangan luar yang tenang, punggung dilabuh perlahan di tepi Aryan.
"Aku.... Aa.. Aa.. Aakuuu...... ". Gagap kata Aryan menjawab segala syak wasangka Arfan dua tiga hari ini. Dilihat Aryan banyak menggelamun. Dia kenal adiknya itu. Dia hanya begitu bila dia..
"Kau dah jatuh cinta kan dik??", tebak Arfan tanpa selindung lagi. Dia tahu Aryan hanya begitu bila dia jatuh cinta. Aryan hanya menyepi.
"No", jawab Aryan masih dalam tegasnya. Masih tidak mahu mengakui.
"Come on bro, kau adik aku. Dari kecik kau dengan aku, aku kenal la perangai kau macam mana, kau hanya jadi macam ni bila kau jatuh cinta dik. Kau ego je lebih. Abang tau hal kerja takkan buat kau jadi macam ni", nyata Arfan. Terkedu Aryan. Benar! Dia tidak dapat sembunyikan apa-apa pun daripada Arfan. Firasat seorang abang takkan pernah salah kan. Sudahnya, dia hanya tersenyum sumbing.
"Then tell me who's the lucky girl yang dah berjaya ubah The Most Hot Bachelor ni and how's it start?", tanya nya dalam gurau. Elehh, padahal dia pun tak kawin lagi daa!! Poyo!! Hahaha.
"Everything's start with her eyes", nyata Aryan tenang. Masih diingat pertemuan pertama kali dengan gadis itu sewaktu dia hampir-hampir dilanggar.
"But, she's someone else girl. And you know what my stand kan, I will not took the other's right". Kali ini bunyi nya agak perlahan. Masih ingat dalam setengah jam lalu, dia melihat wanita itu bersama dengan lelaki di lapangan terbang itu. Ya!! Bermesra di tepi Pantai Jumeirah, dengan lelaki itu kelihatan meniup lembut telinga wanita itu. Bahagia sekali jika dilihat pada mereka. Berjalan beriringan di tepi pantai. Entah laa, rasa cemburu kembali menguasai diri.
"Jadi sebab ni la kau mengamuk tak tentu pasal ni??, Aryan, kalau betul kau dah mula sayangkan dia, then you pray. Kalau jodoh tak ke mana Aryan. Ask for Allah, insya-allah, she will be yours jika Allah dah tentukan jodoh korang berdua", nasihat Arfan. Aryan kembali termenung. Sudah lama dia tidak menghadap Maha Pencipta. Dia lalai!. Lalai dengan mainan dunia sehinggakan terlupa dan alpa dengan semua ini. Muka diraup sekali lagi.
"Kau dengar tak ni, hishh kau ni asyik menggelamun aje keje nye, abang keluar dulu lah. Ingat apa abang pesan! Solat and doa. Pray for Istikharah ke. Mintak petunjuk Allah supaya mudahkan jalan kau. And one more thing, make sure kemas balik", tegur Arfan. Bahu Aryan ditepuk perlahan sebelum dia mengangkat punggungnya untuk keluar.
"Bang, thanks sebab dengar. Love u lah abang sayang", canda Aryan dalam suara lembut yang sengaja dibuat. Lalu dia bangun, acah acah mahu mencium pipi Arfan. Apa lagi,cepat sahaja Aryan melangkah keluar.
"Tak senonoh betul kau ni. Bodo la..Cauuu... Abang g dulu yee pak lampir", ujar Aryan dalam suara lembut yang sengaja dibuat buat juga. Badannya sengaja dilenggok-lenggok macam sotong putus urat. Tangan naik menyentuh bahu nya.Heii Arfan. Arfann..Tak habis habis.. Pecah tawa dua beradik itu.
Tengku Hafiy Arman POV
"Reen.. Reen.. Reen kat mane? I need you Reen. Jangan tinggalkan aku laaa Aireen. Kenapa kau tinggalkan aku Aireen". jeritnya seorang diri dalam bilik nya. Habis barang di atas meja kerja nya ditolak jatuh."Tapi ni semua salah kau Hafiy, kau yang curang dengan dia Hafiy!!", jawabnya juga. Kemudian dia ketawa sendirian.
"Yeee!!! Kau bodoh laa Hafiy kan, dia sesempurna wanita untuk kau, tapi kau curangi dia dengan adik dia yang murahan tu", getusnya seorang diri. Bertahun lamanya dia bersama dengan wanita itu, tapi punah rosak semua itu dengan satu godaan pada satu malam. Ya! Masih diingat malam itu, Airisya datang ke rumahnya dalam basah kuyup, dalam keadaan mabuk.
Salahnya juga kerana membiarkan Airisya tidur di rumahnya malam itu. Ya! Malam yang menyaksikan Hafiy tewas pada godaan Airisya. Malam yang merosakkan segalanya.
Airisya yang pandai mengumpan nafsunya telah membuat dia jatuh tersungkur. Airisya hanya lah pelempias nafsunya sahaja. Kata-kata manis ditaburkan saja untuk mengaburi mata Airisya. Langsung dia tidak terfikir untuk serius dengan Airisya kerana Aireen satu-satunya wanita bertakhta di hatinya. Langsung dia tidak terfikir untuk menyentuh Aireen kerana dia betul-betul menyanyangi nya.
Salahnya kerana mencipta ruang antara dia dengan Aireen. Sudahnya sekarang, dia hanya mampu melihat kemusnahan sebuah mahligai yang telah lama diimpikan olehnya ranap dibawa begitu sahaja. Dia hanya mampu ketawa. Ketawa dalam kegelapan harinya.
"Aku janji Aireen, aku akan buat kau kembali pada cinta kita Aireen. Aku tau bukan senang kau nak lupakan tentang kita. Aku hanya nak kau jdi milik aku Reen!!", katanya dalam tawa yang masih bersisa.
Gambar Aireen di hari pertunangan mereka ditenung. Perlahan-lahan jarinya naik mengusap muka Aireen dalam gambar itu. Dia hanya mahu kembalikan senyuman manis di wajah yang dia telah luka kan beberapa hari lalu, seperti dalam gambar ini, Aireen yang tersenyum manis. Wajah putih bersih itu terus terusan ditenung. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum. Dia akan. cari Aireen.Walau apa terjadi sekalipun, dia akan tetap menagih kemaafan daripada Aireen. Dia akan kembalikan senyuman di wajah itu.
Aireen POV
"Terima kasih untk semua ni abang. Terima kasih sebab dah bahagiakan Reen. Reen bersyukur sangat dikurniakan insan sebaik abang. Tak akan ada insan lain yang mampu jadi sekuat abang. Reen sayang abang".Dilihat lelaki yang berbaju jubah putih itu memalingkan diri darinya lalu berjalan perlahan memimpin tangan seorang anak kecil, juga berjubah putih. Tidak sempat dia melihat muka lelaki itu dengan anak kecil itu. Deruan angin di pantai itu memberi ketenangan .Tenang langkah lelaki berjubah putih itu membuai perasaan dan jiwa Aireen. Tidak tahu kenapa, tenang jiwanya berada berhampiran bersama lelaki itu. Aireen hanya mampu tersenyum. Alhamdulillah...
Azan subuh berkumandang mengejutkan Aireen dari mimpi indahnya. Berpeluh seluruh tubuhnya.
"Ya Allah, apakah petanda ini? Astaghfirullah, jika mimpi ini datang dari-Mu, ku bersyukur.. Tetapi, jika ini hanyalah mainan tidur yang hanya mahu melalaikan ku, kau jauhkan lah daripada ku", getus Aireen sendiri.
Bingkas dia bangun, hendak mandi dan solat subuh. Hari ni merupakan hari pertamanya berkerja sebagai Ketua HR ,sebumbung dengan Rifae di bawah naungan syarikat milik Dato' Karl. Disiplin!! Itu yang penting.
Bismillahirrahmanirrahim.. Semoga harinya berjalan lancar. Positive Aireen!! Chaiyyyok!
Alhamdulillah, chapter 12 done!! Sorry la guys sebab tak boleh selalu update yer.. Keep vote and comment guys.. Thanks fr all the support❤💙💛💜
![](https://img.wattpad.com/cover/193993413-288-k860058.jpg)
YOU ARE READING
Sesempurnanya Akad Itu
RomanceAireen Aireena,hidup nya dibesarkan dan dilimpahi kemewahan. Aireen Airisya,adiknya ditatang bagai puteri. Tidak pernah terfikir olehnya angkara dendam yang tidak ada kesudahan, Airisya sanggup menikam belakang nya sendiri. Terluka,menangis? Tuhan s...