Bab 2

172 6 0
                                        

     "Sayangg, bila u nak gi jumpa mama papa cakap pasal kita, i nak u jujur dengan dorang, i don't want to wait anymore, lagi berapa hari u nak kahwin dengan Aireen kan". Cebik Airisya, usai berkata begitu,kepalanya disandarkan pada lengan sasa milik Hafiy. Manakala Hafiy terlihat bahagia tersenyum melayan kerenah wanita ramping di hadapannya ini.

     Tidak sedar diperhatikan,pasangan itu terus menganggap mereka di dunia sendiri. Aireen terus terusan menghamburkan air mata,lantas menekup mulutnya sendiri lagi untuk keberapa kalinya untuk mengelakkan kehadirannya dapat diketahui pasangan itu.

      "Alahh sayang,don't worry.. I akan jumpa your parents untuk cancel majlis ni ,besides I rasa I dah tak boleh hidup dengan perempuan macam dia, like dia tak sedar ke dia tak sempurna macam you? Tak cantik,gemuk,muka berjerawat,ada hati still nak hidup sebelah I, I dah tak ada rasa untuk dia sekarang. Lain la you sayang, cantik,pandai ambik hati I, I suka",ujar Hafiy. Terbit ketawa kecil dari mulut Airisya. Memetir hati Aireen yang dari tadi mendengar bicara dua orang itu. Linangan air mata bak air terjun tiada henti hentinya. Kata kata dari mulut sempurna Hafiy tajam menikam sekeping hati milik Aireen. Inikah lelaki yang dulu pernah mengungkap kata kata cinta, kata kata sayang padanya dulu?

  
    Aireen serasa mahu melayangkan penampar sulungnya ke muka lelaki itu. Tapi sedikit sebanyak kata hinaan Hafiy menyentak tangkai hatinya. Benar!! Dia tak cantik, dia gemuk!! Memang tidak sepadan dengan tokoh korporat sehebat Hafiy. Bagai pipit dengan enggang. Sudahlah, hati terasa sangat kosong dan sakit dengan penghinaan dari lelaki sempurna itu. Air mata dikesat kasar,laju langkahnya menuju ke tempat parkir keretanya. Dia bernasib baik sudah berada di aras G. Butang lif ditekan agresif sebagai mana hatinya berdetak sekarang.

   Tinggg!! Dentingan lif membawa Aireen ke dunia realiti. Lif yang membawanya tiba di tempat parkir. Dengan matanya yang masih berpinar, laju langkah diatur keluar.

"Buuppp".

    "Hey,mata kau letak kat mana?? Adoii laa,rosak habis semua la ni hadiah dengan kek ni",ujar seorang lelaki tidak dikenalinya itu bengis.

     Aireen bagaikan terpaku seketika. Merenung apa salah silapnya sehingga begitu malang nasibnya hari ni. Tanpa disedari,sebuah kereta meluncur laju ke arah Aireen, sebegitu juga lajunya langkah Dean Aryan Akashah mahu menyelamatkan perempuan itu dari dilanggar.

Sekali lagi "buuppp"....

    Seperti baru lepas berkhayal,Aireen merasakan dirinya berada di atas seseorang. Dan mata kebiruan lelaki  itu sedang tepat memanah anak matanya. Cepat cepat Aireen bangun dari lelaki itu.

     Usai bangun,dilihat lelaki itu cedera ringan di lengan demi menyelamatkannya. Muka cerahnya tampak kemerehan berkerut menahan perih. Terlihat sedikit noda darah pada kemeja putih miliknya.

    "Woii kau bodoh ke? Butaa?? Ke memang nak bunuh diri ke apa?? dah la kau dh langgar aku,macam mana nak settle ni? Lepastu boleh pulak kau buat muka tak tau apa apa kan?? Ni habis barang bersepai ni,kau ada duit ke nak ganti semua ni pompuan??? .Sergah lelaki itu lagi, memecahkan keheningan kesunyian tempat parkir yang agak kosong.
Pecah lagi tangisannya diherdik sedemikian rupa, sebab dia hodoh ke?? semua orang membencinya? Tangisannya lagi sekali diseka kasar,Aireen menyeluk tangan dalam beg tangannya. Dikeluarkan beberapa not ungu,dihulur kepada lelaki yang sudah menyelamatkannya sebentar tadi.

     "I'm really sorry cik, saya betul betul tak sengaja",lembut dan ringkas suaranya, masih lagi dalam sedu sedan yang tersisa. Terasa payah untuk mengeluarkan walau sepatah perkataan sekalipun. Huluran duit mulanya dipandang sepi, selepas sekian lama barula duit bertukar tangan. Bukan dia tidak melihat tangisan wanita itu tadi.  Mengapa hati lelakinya turut terusik melihat tangisan wanita itu??

     Dilihat wanita itu laju menapak menuju ke keretanya. Hati lelakinya ingin menyatakan sesuatu,tapi terus dibatalkan, risau tidak kena waktunya, lagipun dia dah minta maaf. Kereta Honda Jazz itu dilihat perlahan meninggalkan parkir. Kek yang terjatuh sebentar tadi dikutip lalu dimasukkan ke dalam tong sampah berdekatan. Langkah kaki mula diatur menuju ke keretanya juga.

     "What happened to her"??,monolog Aryan sendiri, mulai memandu keluar dari parkir, terus terusan mindanya dihantui misteri tangisan wanita bermata hazel muda itu.

Sesempurnanya Akad ItuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang