Bab 5

160 7 0
                                    

"Aireen pasti??",tanya Dato' Karl sekali lagi menyentakkan lamunan panjang Aireen tentang peristiwa semalam.

"Yes paa,Reen dah call Abang Rifae,dia akan sedia sambut Reen kat sana",terang Aireen panjang lebar.

"Bila Reen nak pergi?? How's about flight ticket??",tanya Dato' Karl lagi.

"Reen dah uruskan semua,flight malam nanti pukul 9 lebih inshaAllah pa",putus Aireen.

Tersentak Datin Aryana. Tidak menyangka secepat itu anaknya akan meninggalkannya pergi. Mungkin ke kejadian 3 tahun lepas akan berulang kembali? Kali ini anak perempuannya pula?. Ya Allah.. 3 tahun dulu,anak sulungnya,Rifae Iman yang meninggalkannya setelah dikecewakan pada hari pernikahannya,masih tidak pulang ke Malaysia sampai sekarang. Terasa panas tubir mata Datin Aryana. Bagaimana kalau Aireen tidak pulang sepertimana Rifae. Tidak sanggup dia!!

"Maaa,don't worry,Reen akan balik,kali ni bukan Reen sorang je yang akan balik ke pangkuan mama,but Reen tekad Reen akan pujuk abang balik sini,Reen janji!!",janji Aireen.

Lantas dipeluk tubuh kudus itu. Betapa bersyukurnya dia dikurnai anak seperti Aireen. Terima kasih Ya Allah!..

"Sampai sana jangan lupa mama,jangan lupa solat",tegas Datin Aryana. Memang daripada kecil Datin Aryana mengajar anaknya supaya jangan meninggalkan solat, namun salah seorang dari anaknya mungkin gagal dididik dengan sempurna. Airisya. Termenung lagi seketika Datin Aryana.

Malam itu..

Seperti yang dirancang, Aireen mula membuat persiapan akhir. Sebelum itu,dia mengambil wudhuk dan solat Maghrib. Lama dia berteleku di atas sejadah.Meminta hidayah dan perlindunganNya. Air mata yang berjuraian jatuh diseka perlahan. Biarlah ini menjadi tangisan terakhirnya mengenangkan Hafiy. Cukuplah kata hinaan itu. Cinta yang selama ini disulam akhirnya terlerai jua di kala dia hampir melangsungkan pernikahannya. Dia beruntung kerana Allah telah menunjukkan kebenaran padaNya seawal ini. Jika Allah tidak menemukan Hafiy dengannya pada hari itu,jika tidak sepanjang hidup dia akan bersama dengan penipu seperti Hafiy. Ketukan di pintu biliknya mematikan lamunan panjang Aireen. Tersembul wajah manis milik Datin Aryana menyapa pandangannya.

"Aireen dah siap?".

Aireen hanya mengangguk kecil. Tangan suci milik mamanya digamit perlahan lalu dicium. Air mata yang jatuh tidak dihiraukan lagi. Dia sedih! Dia tak kuat untuk meninggalkan mama dan papanya. Tapi takdir menentukan segalanya. Kepalanya diangkat perlahan. Dilihat Datin Aryana juga menangis. Air mata Datin Aryana diusap perlahan. Serasa tidak ingin melihat air mata berharga milik mama jatuh kerana nya.

"Mama ampunkan segala salah silap Reen,dah jangan nangis dah,tak comel la mama tengok,Reen ingat pesan mama tau,jangan sesekali lupa solat,jangan lupa diri walaupun kita berada di atas",tegur Datin Aryana lembut. Aireen hanya mengangguk perlahan.

"Dah,dah,pukul berapa dah ni,it's getting late Reen",ujarnya lagi sambil tangan mengusap perlahan kepala Aireen. Aireen bangun perlahan lalu menapak menanggalkan telekung yang dipakai tadi. Datin Aryana sudah melangkah keluar. Tidak mampu menahan sebaknya bila berada dengan Aireen.

Beg beroda nya ditarik perlahan. Bilik yang dihuni sepanjang 24 tahun ini akan ditinggalkan. Sebelum melangkah keluar,Aireen menoleh buat kali terakhir,terasa sebak di dada. Usai itu,beg beroda itu dijinjit perlahan menuju ke tingkat bawah. Dilihat Dato' Karl sudah menunggu bersama Datin Aryana.

Perjalanan yang memakan masa selama 15 minit itu terasa sekejap sahaja. Kereta BMW Dato' Karl sudahpun sampai di hadapan Balai Ketibaan KLIA(2). Aireen mula menarik beg berodanya perlahan. Dipandang sekilas wajah sayu Datin Aryana.

15 minit kemudian..

"Ma,paa,dah tiba masa berlepas ni",seraya itu tangan Datin Aryana digenggam erat. Mahu menyalurkan sedikit kekuatannya kepada Datin Aryana.

"Jaga diri,jangan lupa solat,sampai sana call mama or papa okey"?tegas Dato' Karl. Aireen hanya mengangguk kecil.

Dengan tiba-tiba..

"Aireen,pleasee,jangan tinggalkan saya,saya tak boleh kalau takde awak,saya janji takkan buat macam tu lagi lain kali,pliss". Pergelangan tangan Aireen masih erat dipegang Hafiy. Sekuat pegangan Hafiy di tangannya,pantas Aireen menghayun tangannya laju ke muka insan yang amat dibencinya itu.

Pang!!!! Bergema tamparan Aireen di balai perlepasan KLIA 2 itu. Datin Aryana dan Dato' Karl pula hanya membantu menenangkan Aireen yang kelihatan marah itu. Mata-mata yang melihatnya sudah tidak dihiraukan lagi.

"Berani kau sentuh aku Hafiy selepas apa yang dah jadi di antara kita",nyata Aireen dalam turun naik nafasnya.

"Aku takkan terima lelaki macam kau dalam hidup aku,aku tak perlukan orang macam kau untuk aku",tegasnya lagi.

"Dah la tu Hafiy,balik lah,jangan sampai uncle buat tindakan yang lebih tegas,uncle tak suka cara kamu ni",ujar Dato Karl setelah itu.

"Aireen,please,takkan takde langsung ruang hati awak kat saya,saya tau awak marah,but please,jangan sampai tinggalkan saya", rayu Hafiy. Tapi sedikitpun dilihat Aireen tidak memandangnya. Semakin rasa bersalah pada Aireen.

"Ma,paa, I've got to go". Tidak betah berlama lamaan di situ,sedikit sebanyak hatinya terusik dengan kata Hafiy sebentar tadi. Sepatutnya,hari ini hari akad nikahnya,tapi sebaliknya pula yang terjadi.

Luggage nya ditarik perlahan. Tangan Dato Karl dan Datin Aryana disalam sebelum dia terus melangkah,melangkah pergi dari kisah silamnya yang mahu terus dilupakan sampai bila bila. Itu tekadnya.

Hafiy sudah merayu-rayu menahannya daripada terus pergi. Segera Dato' Karl memegang bahunya,menghalang daripada terus terusan menekan Aireen.

"Assalamualaikum ma,pa.. Selamat tinggal".

Terus kakinya melangkah...

"Semoga ini akan menjadi permulaan yang baik. Bismillahhirrahmanirrahim",ucapnya sendiri dalam hati.

Akhirnya,bumi Malaysia ditinggalkan tepat pada pukul 9.45 malam.

"Dubaii,here I come".....

Sesempurnanya Akad ItuWhere stories live. Discover now