Bab 12

129 3 0
                                    

Rifae POV

Laju langkah Rifae mencari susuk tubuh Eryn. Tercungap cungap wajahnya. Dilihat staffnya juga kehairanan, nungkin tidak pernah melihat boss mereka yang garang turun dengan keadaan begitu.

Dicari di tangga tidak ada, diparkir kereta, terlihat kereta Eryn masih disitu. Laju langkah kakinya melangkah naik ke atas semula.

Baru teringat di aras 15, ada sebuah surau yang disediakan bagi staffnya yang beragama Islam. Eryn selalu bercerita yang dia akan menenangkan dirinya disitu.
Punat lif ditekan ke tingkat 15. Usai sampai di depan pintu surau itu, ditolak perlahan lalu menjenguk sedikit ke dalamnya. Dia melihat seraut wajah yang tidak asing baginya dalam kain telekung sedang mengangkat tangan menadah doa, mungkin baru selesai menunaikan solat sunat. Jauh dia mendengar tangisan gadis itu.

"Ya Allah, aku telah berbuat dosa kepadamu hari ini Ya Allah, ampunilah daku dengan kekhilafan nafsu yang tidak mampu daku tepis.  Sesungguhnya hamba tidak mahu kedua orang tua hamba ditarik ke neraka kerana berbuat dosa padamu Ya Allah. Jauhkan lah aku dari segala syaitan yang cuba menjatuhkan iman dan selamatkan lah aku dari orang yang salah. Jika benar dia adalah jodohku kau dekatkan lah hati kami, kau berikan lah ku petunjuk. Dan jika dia bukan untukku, kau bantulah aku melupakannya, sesungguhnya tiada yang dapat melembutkan hati seorang kaum Adam yang bernama Rifae selain mu ya Allah. Ameen".

Terasa mahu menitis air mata Rifae mendengar butir doa Eryn. Namanya juga diselit. Sah! Allah memberikannya petunjuk yang tepat kali ini. Eryn yang masih berteleku di atas sejadah itu masih tidak menyedari kehadiran Rifae di situ.

"Eryn"

"Eh Cik Rifae buat ape kat sini?". Lalu diseka air mata yang masih mahu mengalir itu cepat. Rifae mengambil tempat di hadapan Eryn. Mukanya ditunduk, mungkin malu dengan peristiwa yang berlaku tadi. Rifae juga berteleku sama seperti Eryn. Ditarik nafasnya perlahan. Muka diraup sekilas.

"Eryn, saya tahu saya dah banyak salah kat awak, saya juga tahu kejadian tadi saya yang mulakan. Tapi sumpah demi Allah, niat saya hanya nak usik awak je. Saya tak fikir panjang. Harini bersaksikan Allah, saya nak awak jadi halal di sisi saya. Lalui fasa susah senang berdua dengan saya. Jadi isteri untuk saya and saya nak awak yang jadi ibu kepada anak anak saya nanti. Marry me Eryn, saya nak awak selalu dengan saya. Saya mengaku saya dah mula sayangkan awak. Ikhlas dari hati bersaksi Allah dan surau ini sebagai tempat".

Terkedu Eryn dibuatnya. Pantas wajah didongakkan mencari keikhlasan dalam sepasang mata hazel milik Rifae itu. Bening mata yang mula berair itu menunjukkan Rifae bercakap benar.

Alhamdulillah Allah telah memberinya petunjuk hari ini. Hanya anggukan yang mampu diberikan Eryn. Tidak tahu apa yang dirasanya sekarang, terlalu sedih, gembira semua bercampur.

Melihat anggukan gadis di hadapannya membuatkan Rifae mengalirkan air mata gembiranya di situ juga. Lalu ditekup wajahnya dan segera dia sujud syukur.

"Terima kasih Ya Allah, I know it Eryn, thank you so much Eryn, I can't wait to tell the world that you finally become's mine". Riak teruja dipamer Rifae menunjukkan dia benar benar gembira tika ini. Manakala Eryn hanya tersenyum syukur.

End Rifae POV

Sebaik sahaja Rifae dan Eryn melangkah keluar dari lif dengan senyum terukir di kedua muka mereka, tiba tiba mereka dikejutkan dengan derapan langkah yang agak laju mengahala ke arah mereka.

"Boss, we have some big problem in Financial Department, please follow me in 5th floor, can you?".

Tanpa berfikir panjang, segera Rifae melangkah laju ke tingkat 5. Eryn yag melihat hanya mampu menggeleng perlahan. Rifae kalau dalam bab bab kerja memang tak boleh kompromi!
Sudahnya Eryn hanya mampu berjalan perlahan ke mejanya.

Sesempurnanya Akad ItuWhere stories live. Discover now