"Aryan, kau dah kenapa ni??, kau okey ke tak ni?? , kenapa muka macam ayam kapur je abang tengok kau ni", matanya dilirik pada satu satunya adik bongsunya.
Asyik termenung sejak tadi, orang tanya sepatah, sepatah juga yang dijawabnya. Aryan pula jauh menggelamun melihat pemandangan indah Burj Khaleefa yang terbentang indah di hadapannya. Entahlah saat itu, hatinya merasa sakit sangat!
Sakit pabila melihat perempuan bermata hazel itu bermesraan dengan lelaki lain. Cemburu ke dia?? Cepat cepat dia menggelengkan kepalanya. Takk!! Semua perempuan sama aje!! Itu yang ditegaskan dalam kepalanya.Terasa bahunya ditepuk perlahan.
"Kau ada masalah ke Aryan, kalau ada , abang sedia mendengar. Abang tak suka tengok kau menggelamun macam ni". Lalu coffee latte dalam cawan itu disisipnya perlahan. Tunak mata memandang abangnya, Dean Arfan Mikhael. Setelah menguruskan salah satu syarikat keluarganya di sini, dia sudah jarang pulang ke Malaysia. Umur Arfan yang hanya 3 tahun tahun lebih tua dengannya, membuatkan dia lebih rapat dengan Arfan."Kau menggelamun lagi kan, abang tengah cakap dengan kau ni, apa la budak ni, aku piat telinga kau baru tauu",desis Arfan.
"Takde pape lah, aku okay je bang", katanya lalu menepuk perlahan bahu abangnya.
"Nak gi tandas jap, tunggu eah". Lalu dibawa diri menuju ke tandas berhampirannya. Dilihat mata-mata wanita yang ada di situ semua memandangnya.
"Dah kenapa dengan dorang ni"?.
Malas mahu memikirkan tentang itu, Aryan hanya mampu mengukir senyumnya yang mampu mencairkan hati mana-mana wanita yang memandangnya. Tepat sangkaannya, wanita di kafe itu semua menjerit kecil. Aryan hanya mampu menggeleng perlahan lalu terus menghilangkan diri di sebalik pintu tandas itu...Aireen POV
"Auchhh!!!"... Dengus Aireen perlahan. Tangan naik memegang perut yang memulas.
"Dah kenapa ni Reen??",tegur Rifae bimbang.
"Saaa.. saakit... perut la bang.., tandas kat mane haa?", tanya Aireen sambil memegang perutnya. Rifae hanya mampu ukir senyum menggeleng melihat telatah adiknya itu.
"Reen jalan je lurus, tu nampak pintu tu??, tu tandas", jelas Rifae panjang lebar sambil menunjukkan pintu kayu berukir cantik itu. Tidak sempat menghabiskan kata, kelibat Aireen berlari kecil sudah tidak kelihatan di mata hazelnya. Sudahnya, dia hanya menepuk dahi sendiri.
Aryan POV
"Fuhhh,legaaa"....
Baru aje hendak membuka pintu tandas untuk keluar, dia dilanggar laju oleh seorang wanita....
Auchhh... sakit bahunya dilanggar...
Matanya tunduk melihat gerangan orang yang melanggarnya. Sebaik melihat mata itu, dada berdegup laju. Jantung berdetak hebat!!! Wanita itu lagii!! Kenapa diaa???... Kenapa mesti dia selalu bertemu wanita itu dalam insiden perlanggaran?...
"Mr, I'm sorry for my careless attitude!! I'm sorry again"... Kepalanya terus ditunduk. Mata dipejam serapatnya.
"Kenapa lah aku ni sesuke je langgar orang haa"? getus hati Aireen sendirian.
"Kau lagi yee!!, kau ni memang tak habis-habis menyusahkan aku kan!! kadang-kadang aku terfikir jugak kenapa la aku selamatkan kau daripada kena langgar hari tu, kalau aku tak selamatkan kau, takde la kau asyik menyusahkan aku je kan"!!!. Lancar Aryan mengungkap kata membuat Aireen mengangkat kepalanya. Mata dikelipkan.
"Ya Allah, mamat ni lagii??", tanya nya sendiri. Kenapa lah dia selalu melanggar lelaki biadap macam ni?
"Awakk, kan saya dah mintak maaf.. Kenapa awak selalu membangkitkan hal tu lagi?? Pasal ganti rugi pun saya dah bagi,mintak maaf pun dah.. Apa lagi??", dengus Aireen geram.
Serasa ingin sahaja dia mencubit- cubit mulut wanita di hadapannya ini. Comel aje pot-pet macam tuu!!
Namun, riak wajah diseriuskan sehabis mungkin.
"Kau hutang satu benda dengan aku, lagi satu, kau salah masuk tandas, sayang, ni tandas lelaki!", bisiknya betul betul di cuping telinga Aireen.
Matanya dipejam luas.
"Ya Allah, aku salah masuk tandas?? malunya Ya Tuhankuu,kenapa la kau suai sangat ni Reen", desisnya sendiri.Bisikan lelaki itu di cuping telinga nya membuatkan dia seram sejukk!!
"Saa.. saayaa hutang apa hahh?",tanya Aireen gugup menutupi hati nya yang sedang risau itu. Tag nama lelaki memakai uniform pilot itu dikerling sekilas.
"Aryan".
Nama itu meniti halus di bibir munggilnya. Tanpa dia sedar juga, hati pemilik nama sedang berdegup laju mendengar nama disebut perlahan wanita di hadapannya ini.
Buat kedua kalii!! Buat kedua kali dia merasakan perasaan gugup sebegini di hadapan perempuan. Kali pertamanya, dengan.... arghhh...
Dia menjauhkan diri daripada wanita itu. Tidak mahu terus melayan perasaannya sendiri. Tidak!!! Ini tak sepatutnya wujud dalam kamus hidup Dean Aryan Akasyah!!
"Sesuatu yang tak mungkin kau lupa sampai bila-bila",sambung Aryan. Dia sendiri tidak tahu mengapa ayat itu meniti di bibirnya.
"Aduuuiii, seriau lain macam pulak aku dengan mamat psiko nii, sampai hilang sakit perut aku tadi",monolog Aireen sendiri.
"Reen,kenapa ni?", tanya satu suara. Oh penyelamat sudah sampaii... Abang Rifae mendekati mereka. Setajam itu juga pandangan Aryan diberikan kepada Rifae. Lelaki ituu!! Lelaki yang bersama dengan wanita itu tadi di lapangan terbang. Laju kakinya melangkah meninggalkan mereka terpinga-pinga sendirian. Beberapa tapak melangkah, dia kembali berpusing menghadap dua makhluk yang sedang bermesra di belakangnya.
Yaa!! Hati nya sakitt!! Sakit melihat setiap perlakuan lembut lelaki itu terhadap wanita yang mula..... disukainya????
Entah, dia tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu. Kakinya kembali melangkah.
"Ade jodoh,ade lah tu". Ujarnya sendiri sambil membawa seribu satu persoalan yang tak pernah terungkai tentang wanita misteri bermata hazel itu...
Rifae POV
"Dah kenapa dengan Reen ni, lama sangat kat tandas, tengok tengok salah masuk tandas". Kakinya laju melangkah mencari adiknya.
"Ya Allah, kan dah kata.. Aii budakk nii, ni mesti salah masuk tandas ni", ujar Rifae.
Kakinya terus melangkah laju pabila melihat seorang lelaki memakai uniform... pilot???
"Dah kenapa dengan dorang ni? Gaduh ke apa?"..
Sesampainya di situ, tunak mata memandang lelaki itu. Tajam anak mata lelaki itu memandangnya.
Tanpa menghiraukan pandangan tajam lelaki itu, dia terus menegur adiknya. Takut diapa-apakan di negara asing yang baru pertama kali dijejak oleh adiknya ini.
"Reen,kenapa ni??", tanya nya prihatin. Gelengan kecil diberi adiknya menenangkan hati yang berdetak bimbang sebentar tadi.
Derap kaki yang melangkah pergi menimbulkan seribu satu persoalan di benak mereka. Wajah Aireen yang mendung itu dikerling sekilas.
"Reen kenapa ni, Reen oky ke tak ni??".
"Reen okey, Reen cuma terfikir, memang malang nasib Reen kan?, selalu je buat orang marah dengan Reen.. Reen.. Reen tak kuat abangg".
Bahu Aireen dipaut perlahan didekatkan kepada dirinya.
"Apa pun yang jadi, Reen tetap kena sabar, Abang tau Reen mampu.. Allah takkan uji hamba-hambanya melainkan hambanya mampu".
Esak tangis Aireen jelas kedengaran di cuping telinganya. Dia tahu adiknya itu tidak kuat. Laju jarinya naik mengelap perlahan air mata adiknya itu.
"Dah, dah.. ,jom balik,stop crying Reen, dah nak malam ni", ujar Rifae lalu menarik tangan Aireen. Dari jauh, dia melihat lelaki yang memakai uniform pilot itu masih lagi melihat ke arah mereka.
"Apa yang dah jadi sebenarnya ni?". Soalan itu hanya mampu terluah di hati nya sahaja. Tidak sampai hati menanyakan soalan itu kepada Aireen jika dilihat keadaannya sekarang ini.
Dia hanya mampu mendoakan adiknya kuat dalam menempuh dugaan sebesar ini.. Kedua-dua adik beradik itu berjalan beriringan keluar dari kafe itu menjelang hari sudah malam.
YOU ARE READING
Sesempurnanya Akad Itu
RomanceAireen Aireena,hidup nya dibesarkan dan dilimpahi kemewahan. Aireen Airisya,adiknya ditatang bagai puteri. Tidak pernah terfikir olehnya angkara dendam yang tidak ada kesudahan, Airisya sanggup menikam belakang nya sendiri. Terluka,menangis? Tuhan s...