Bab 13

121 2 0
                                    

"Hey you, come up, come on". Mendayu sayu sahaja suara yang didengarinya. Sebaik sahaja membuka mata, terasa berpinar matanya. Automatik kejadian semalam terlayar di depan mata. Bilik yang asing baginya ditatap perlahan.

"Ini bukan bilik aku", getusnya sendiri. Laju dia bangun, melihat bajunya. Sudah tertukar dengan baju lain.

"Astaghfirullah, apa yang dorang dah buat kat aku?". Laju tangisan jatuh ke pipi mulus milik Aireen. Muka ditekup ke lututnya, menghamburkan segala tangis di situ. Terdengar pintu bilik dipulas, segera Aireen mengkalih pandangannya kesitu. Selimut ditutup menutupi seluruh badannya. Takut!

Apa yang dilihatnya hanyalah seorang lelaki yang segaris senyuman pun tidak diukirkan pada wajah berkumis nipis itu berjalan menuju ke arahnya menatang sebuah dulang. Rasa takut mula menguasai Aireen menyebabkan dia mengundurkan diri pada kepala katil itu.

"Who are you?", tanya Aireen takut.

"Kau tak payah takut la, aku tak buat apa apa pun kat kau tu. You are even not my taste", bongkak lelaki itu menjawab membuat Aireen terpana.

He speaks in Malay?

"Apa yang dah jadi, awak buat apa kat saya?", soalnya masih dalam nada takut. Lelaki itu dilihatnya meletakkan dulang di atas meja di sisi katil itu. Sambil itu dia melabuhkan punggung di sofa di hadapan Aireen.

"Firstly kau tak payah persoalkan apa yang aku dah buat. Aku yang selamatkan kau semalam. Yang kau bodoh pergi jalan sensorang tu kenapa? Kau tak reti beza ke dah pukul berapa semalam? It's dangerous time for lady like you to walk alone at 10 o clock especially kawasan tu", hambur lelaki itu membuat Aireen hampir menjatuhkan rahangnya. Kurang ajar punya mamat Dubai. Mana dia tahu aku orang Malaysia?

"Macam mana awak boleh tahu saya orang Malaysia? Did you just stalk on me?", polos Aireen bertanya hanya membuatkan lelaki itu hanya tersenyum sungging.

"When kau bergelut dengan tiga orang lahanat tu, IC kau ada jatuh, so aku tengok la, and you're Malaysian. So aku tak tau nak bawak kau pulang ke mana, aku bawak la balik rumah aku. And one more thing, habiskan breakfast kau and aku hantar kau pulang kejap lagi", terang lelaki itu panjang. Tetapi mata lelaki itu tidak melihatnya, sebaliknya hanya melihat ke sisi katil. Kenapa?

Lelaki itu mula bangkit dari duduknya, ingin keluar dari bilik itu. Soalan yang masih berlegar di kepala Aireen hanya tergantung. Nak tanya ke tak, nak ke tak?

"Awak ke yang tukar baju saya semalam?", soalan itu membuat lelaki itu berpaling semula ke arah Aireen lalu berjalan perlahan ke arahnya. Lalu mengambil tempat di sisi Aireen di atas katil.

"And what if I said that I have changed your's?".

Gulpp!! Dengan wajah sedekat ini, dia dapat melihat dengan jelas wajah pemuda yang telah menyelamatkannya semalam. Berwajah cerah, hidung mancung, sepasang mata yang memang cantik dengan warna hijau lembut seperti sutera, bibir merah terletak memang membuatkan dia ralit merenung keindahan seraut wajah itu.

"Done check mine out?", soal lelaki itu mengejutkan Aireen dari renungannya.

"Ya Allah, jadi awak dah tengok semua la?", soal Aireen kembali. Pipinya mula merona merah.

"Kau gurau ke apa, aku tak mungkin la buat semua tu. I've told my friend's to changed your's", nyata lelaki itu membuat Aireen menarik nafas lega.

Lalu lelaki itu bangun kembali, ingin keluar. Satu lagi soalan yang masih berlegar di kepala Aireen.

"Awak boleh tolong hantar saya balik?, saya takut abang saya risaukan saya jika saya tak balik nanti".
Perlahan Aireen bersuara membuat lelaki itu hanya mengangguk perlahan.

"Eat your breakfast first, have a shower.. I give you 10 minutes, then show me your home, I will drive you home".

"Err awakk, awak nama sapa ea?". Lelaki itu hanya mengeluh perlahan. Tombol pintu dipegangnya kemas.

"Aysen".

Aireen hanya mengangguk. Susuk lelaki itu kembali berpaling padanya.

"One more thing my dear, tolong betulkan tali kau punya ehem tu, terkeluar dari tadi, red in colour, huh?". Kenyataan yang keluar dari bibir lelaki itu membuatkan dia segera menunduk melihat apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"Ya Allahhh"!!!!

Lelaki itu hanya dilihat tersenyum sungging sambil keluar. Terasa pipinya mula pijar. Patut la lelaki itu asyik tengok ke arah lain bila bercakap dengannya.

Kenapa Aireen!! kenapa!!. Pipinya merona kembali sebelum sarapan di sisi katilnya dikuis perlahan.

"Where are you abang?, Reen tak tau Reen kat mana ni?", tanya Aireen sendiri sambil menguis nasi goreng di hadapannya itu. Apabila teringatkan kejadian semalam, air mata mula menitik setitik demi setitik, Sesungguhnya dia takut! Takut dengan nafsu serakah buas kaum Adam.

Tengahari itu

Langsir yang menutupi tingkap kamar miliknya dibuka perlahan. Letih! Itu yang dirasakannya sekarang. Terlalu letih! Kaki diatur ke ruang tamu. Kelibat Aireen dicari. Dipanggil nama adiknya itu, juga tidak menyahut. Langkahnya menapak ke bilik Aireen, lalu pintu diketuk perlahan. Setelah agak lama juga berdiri di hadapan bilik Aireen, tombol pintu bilik itu dipulas. Senyap.

Dia mencari kelibat Aireen dalam bilik itu, dalam bilik air juga tiada!.
Ya Allah, semalam dia terus pulang ke rumah tanpa patah balik ke pejabatnya. Kerana terlalu letih, dia lupa, dia alpa dengan kehadiran Aireen di sini.

"Ya Allah, Reen mana Reen ni". Langkah laju menapak semula ke biliknya. Dicari handphone miliknya. Setelah menjumpai handphone nya, butang on segera ditekan, tapi hampa bila skrin itu tetap gelap. Setelah beberapa minit menunggu handphone nya dicas, terlihat skrin itu mula cerah.

Dentingan beberapa notification membuat Rifae kembali mengahadap handphone.

50 missed call from Aireen!

Tanpa menunggu, dia mendail nombor telefon milik Aireen. Tetap sama! Mail box!!

Laju jantung berdegup, selaju itu juga dia mengambil kunci keretanya lalu bolos masuk ke dalam Audi miliknya itu.

Usai sampai di hadapan pejabatnya, dituju ke pos pengawal utama terlebih dahulu. Seorang pengawal keselamatan dituju.

"Abdullah, awak ada nampak saya punya adik tak? Girl's in white skirt and red shirt, she's been here yesterday".

Pengawal keselamatan yang digelar Ahmad itu segera menunduk, terkejut untuk pertama kalinya CEO syarikat ini turun padang.

"Ada Encik Rifae, ada seorang perempuan tinggalkan pesanan dekat saya sebelum dia keluar berjalan kaki ke depan sana", ujar Ahmad lancar.

"Dia pesan jumpa kat rumah je, dia balik jalan kaki kat sana, saya dah tawarkan untuk tumpang Cik Aireen pulang, tapi dia tetap berkeras tak nak atas alasan rumah Cik Rifae dekat je".

Rifae meraup mukanya perlahan.
Kenapa dia boleh lupa? Kenapa dia boleh alpa dalam menjaga adik perempuannya sendiri. Dah la ini pertama kali untuk adiknya. Hati mula dipagut rasa bersalah kerana telah lupa akan keberadaanya adiknya di sini.

Setelah mengucapkan terima kasih pada Ahmad, dia segera membolos masuk ke dalam kereta dan keluar dari perkarangan pejabatnya. Dia tekad dia akan mencari Aireen sampai jumpa, sambil itu handphone nya sedari tadi lagi ditekap ke telinga, cuba mendail nombor milik Aireen.

Nombor Eryn didail, Iphone nya ditekap ke telinga.

"Hello Eryn, please cancel all my appointment and meeting for today, I have some matter to do, anything I will call you back, bye",sambungnya sepintas lalu setelah panggilan itu bersambung. Secepat itu juga panggilan itu dimatikan. Terkedu Eryn di ruangan miliknya, cuba menghadam kata kata Rifae yang sebentar tadi kedengaran dingin.

"Everything will be fine Eryn, believe him!", pujuknya sendiri.

Sesempurnanya Akad ItuWhere stories live. Discover now