Bab 9

142 4 0
                                    

Pagi itu, Aireen bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan untuk abang kesayangannya, Rifae. Dentang-dentung kedengaran di dapur menandakan Aireen sedang berperang untuk menyediakan sarapan.

Sebaik sahaja Rifae melangkah ke dapurnya, aroma masakan Melayu menusuk ke rongga hidungnya. Wangii!! Sudah tentu Aireen yang memasak, Aireen memang pakar dalam masakan hasil didikan Datin Aryana.Tergeleng kecil Rifae melihat teletah adiknya yang sudah macam Mak Lampir itu, Rifae tertawa sendiri. Kalau Aireen tau ni, memang masak aku, desis Rifae sendirian. Masih ingat sewaktu dulu-dulu, Aireen jugak lah yang akan menyediakan sarapan untuknya. Berbeza jauh dengan Airisya, sejak kecil lagi, ada sahaja yang ingin digaduhkan dengannya mahupun Aireen. Dia juga tidak tahu apa masalah adiknya seorang lagi itu. Bukan dia tidak cuba berbaik, namun Airisya yang menutup ruang itu. Ruang untuk mencipta memori mereka adik beradik. Sampai la sekarang, Airisya masih tidak mahu membuka ruang itu.

'Abangggg!!',sergah Aireen.
Terkejut Rifae, baru dia menyedari dia jauh menggelamun tentang masa silamnya.

"Haishh, terkejut abang !! Ape la Renn ni, kalau ada heart attack, dah lama abang arwah tau!!"nyata Rifae, masih dalam kagetnya. Tawa terlepas jua di bibir munggil milik Aireen.

"Tuu la anak teruna, tak baik menggelamun kat dapur, dapat bini tua nanti baru tau abang",kata Aireen masih dalam sisa tawanya.

"Haishhh, mengarut punya anak daraa!!", sergah Rifae mematikan tawa Aireen yang masih bersisa.

"Masak apa ni??",tanya Rifae. Kepala dijengukkan sedikit ke arah kuali yang masih cantik terletak di atas dapur gas itu.

"Nasi lemak sambal sotong special for Cik Rifae Iman, jeng jeng jengg", kedua-dua tangannya dikuak luas. Matanya dikerdip-kerdipkan. Aireen, Aireen, memang tak pernah berubah.

"Iyeke??, tak sabar dah ni haa. Dah lama tak merasa ni haa. Rindu pulakk",kata Rifae. Telapak tangannya digosok gosok.

"Tak menyempat la pulak kanda ni, duduk dulu, dinda mahu hidang dulu ye kanda". Pecah tawa Rifae dan Aireen.

Selesai bersarapan, Rifae duduk seketika, hendak menanyakan sesuatu kepada Aireen. Seribu satu persoalan sudah berlegar-legar di kepalanya ketika ini. Mujur la hari ni hari cuti.

"Reen, duduk jap, abang nak tanya sesuatu ni". Aireen yang sedang mengemas itu menghentikan kerjanya, lalu duduk di hadapan Rifae.

"Ape dia?".

"Lusa kan Reen dah nak start masuk office. Firstly, Reen dah sedia ke? Semua keperluan dah ada?", tanya Rifae.

"Yes, I'm 100% ready. Soal baju ke apa semua, memang Reen dah pack awal lagi",nyata Airee.

"Bagus la macam tu, abang harap Reen dah seratus peratus sedia untuk hadap situasi kerja kat sini. They obviously different from Malaysian. They are so discpline in work matter",tegas Rifae.

"Okey abang, Reen akan start practise budaya kerja kat sini. Insya-allah Reen akan biasa kan diri dengan semua ni",sambung Aireen lagi.

"Good girll",tangannya diangkat lalu digosok perlahan mengusap rambut Aireen.

"Abangg, jomm", keningnya diangkat angkat. Bibir mula disengih senget. Seakan mengerti permintaan Aireen, Rifae menepuk dahi. Baru teringat yang dia telah berjanji untuk membawanya berjalan-jalan.

"Hahh sudahhh, alamakkk!!",ujar Rifae menepuk dahi sendiri.

"Dah okey jom",kata akhir itu cukup membuatkan Aireen melonjak kegirangan.

Sudahnya Rifae hanya menggeleng, terhibur dengan teletah Aireen.

"Wauu, it's amazing here abang!!",ucap Aireen.  Matanya tidak langsung dipusing ke arah Rifae yang sedang memandu itu, sebaliknya, terus menerus ditala ke arah destinasinya kini, iaitu Pantai Jumeirah, pantai tercantik di Dubai.

Sesempurnanya Akad ItuWhere stories live. Discover now