Bab 15

223 4 1
                                    

"Fuhhh Ya Allahh, rapat nyaa, how can that be?". Usai masuk ke biliknya, Aireen menekup mukanya sendiri.

"Oh shoess,malu nyaaa". Entah mengapa jantungnya mengepam laju darah ketika ini. Perasaan yang mula dirasainya saat ini sama waktu pertama kali dia bertemu Tengku Hafiy Arman sewaktu dulu. Perasaan dimana menyaksikan hatinya berdebar laju bilamana rapat dengan Aysen.

"Kenapa Allah uji aku dengan perasaan ini? Ya Allah, jika benar dia tercipta untukku maka permudahkanlah jalan kami". Setelah menyedari lama dirinya merenung nasib sendiri di atas katil, langkah ditapak ke bilik air. Dia sedar dia datang ke sini untuk melupakan sebaris nama itu. Untuk mengejar kejayaan, untuk membanggakan Dato' Karl dan Datin Aryana. Dan bukannya membuka peluang untuk hatinya terluka lagi.

Aireen menghela nafas perlahan. Balkoni ditujunya. Pemandangan tengahari dari atas sini masih lagi cantik. Inikan pula malam. Bertambah cantik dengan kerlipan dan limpahan lampu yang menerangi bandar Dubai itu. Dia perlu bangkit. Dia perlu melawan rasa itu. Ya! Rasa cinta dan kasih kepada lelaki yang baru dikenalinya itu, Ya! kepada Aysen. Dia sedar tidak sepatutnya dia menyimpan rasa kepada lelaki itu. Bagai pipit dengan enggang dunia lelaki itu dengannya.

Lihat saja Aysen, lelaki itu punya segalanya, tapi dia? tidak punyai apa apa. Aysen? Berharta, berupa. Manakala dia? tidak ada rupa pun dengan tubuhnya yang agak comel itu membuat dia betul betul rasa tidak layak untuk bersama dengan sebaris nama itu. Ya! Aysen.

Rambut perang miliknya diselit ke tepi telinga. Nafas kembali ditarik perlahan. Dia perlu bangkit! Itulah yang sering dititipkan ke dalam dirinya. Dia tekad dia akan berubah!

Lamunannya terhenti apabila Rifae memanggilnya untuk makam tengahari. Laju langkah meninggalkan ruang biliknya untuk ke ruang dapur.

Di Dapur
"Adik, I'm really sorry bout what just happen, abang betul betul lupa tentang adik. Too much problem in company right now".

Dilihat Rifae menguis nguis perlahan nasi yang masih berbaki dalam pinggannya. Itulah Rifae. Mesti kuis nasi dalam pinggan kalau buat salah. Abangnya. Mestilah dia tahu.

Aireen juga mula meletakkan sudu di tepi pinggannya. Nafas dihela perlahan.

"Abang, takpe Reen faham, besides bende dah lepas, don't worry Reen maafkan abang, come on men! Be gentle la, jangan la monyok monyok depan Reen lah, tak machioo naa".

Ditepuk perlahan bahu abangnya itu. Barulah raut wajah itu kelihatan sedikit tersenyum memandangnya.
Lalu mereka berdua menyambung makan.

Aryan POV

Beg beroda miliknya ditarik perlahan melepasi pintu utama KLIA (2) itu.
Dituju ke arah sebuah kereta Audi R8 yang sedang menunggunya.

Mata mata wanita yang memandangnya sedari tadi tidak dipedulikan. Entah apa yang ditengokkan pun tak tau aku, desis Aryan sendiri. Entahlah, sekarang dia tidak ada mood untuk melayan mana mana perempuan pun, nak tengok apatah lagi. Biar lantak la diorang!

Pintu kereta dibuka perlahan lalu dibolos masuk ke sebelah penumpang.

"Yowww bro, what's up?", tanya Adrian. Kawan sehidup sematinya dari dulu sampai sekarang. Jantan ni masih bujang, tak laku! HAHAHAH sempat dia mengutuk Adrian tidak laku. Padahal diri sendiri pun sama.

Woiii!! Sergahan yang kuat itu membuat Aryan terperanjat kembali ke alam nyata. Adrian di sebelahnya hanya menahan tawa. Mungkin lucu melihat reaksi Aryan yang terkejut itu .

"Woii jantan, tak lucu la, macam mana aku ada sakit jantung mati kat sini kang, aii ada jugak mintak tapak kasut aku ni haa". Terus tergelak besar Adrian melihat pandangan Aryan itu. Aryan hanya membuat muka serius. Serasa tidak ada mood untuk diajak bergurau. Adrian yang sudahnya tergamam hanya mampu mengangkat tangan tanda mintak maaf.

Adrian mula memulas stereng kereta keluar dari perkarangan KLIA (2) itu.
Aryan yang di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Nampak seperti menggelamun. Aih kenapa dengan kawannya yang sorang ni? Selalunya bila baru balik dari fly, dialah yang selalu gelak sakan cerita tentang wanita wanita yang berjaya dipikat olehnya ketika berada di luar negara.

Kebisuan Aryan menimbulkan banyak persoalan. Sudahnya dia hanya mampu memfokus kembali pada pemanduannya. Dia sendiri akan bertanya kepada Aryan usai sampai di rumah nanti. Manakala Aryan pula jauh menggelamun terfikirkan orang di Dubai sana yang berjaya buat hari harinya serba tak kena! Serabut! Kepalanya disandarkan pada seat kereta itu. Ingin menenangkan dirinya. Tie dilonggarkan sedikit. Sedikit demi sedikit mata cuba dipejam. Penat!

Aireen POV

Draped blazer yang tersarung kemas di badannya diperbetulkan sedikit. Rambut keperangan miliknya pula diikat tocang. Lama dia menilik imej diri sendiri di dalam cermin itu.

"Be confident Aireen, hwaitingg you can do it! Chaiyyokk!".

Usai menyarung high heels hitam dari Spiffy itu,kakinya mula melangkah menuju ke parkir kereta. Rifae sudah dipesan awal awal supaya menunggu di sana. Dari jauh, sudah kelihatan Rifae.

"Abang, I'm done. Let's go". Seatbelt nya diperkemas oleh Rifae. Haii la macam mana la orang luar tak fikir bukan-bukan? Rifae was so sweet. Sekali tengok perlakuan dia dengan Rifae, memang tak ubah seperti pasangan kekasih. Untung la ada abang macamni kan? Cuma abangnya sudah banyak berubah, lebih pendiam setelah peristiwa tunangnya lari semasa hari akad nikah mereka. Sejak itu Rifae serik untuk bercinta sampai la bertemu dengan Katherine. Thanks to Katherine.

Bahunya ditepuk perlahan. Terkejut seorang manusia yang bernama Aireen. Sesungguhnya seketul manusia yang bernama Rifae ni memang suka buat orang terkejut, memang nak makan heels gamaknya si Rifae ni. Kecik besar aje Rifae ditengoknya.

"Haii Reen ni dah sampai planet mana dah ea, sampai abang panggil pun tak dengar. Macam mak nenek suka menggelamun. Lain kali orang cakap ni dengar la". Seketul Rifae yang sedang galak mentertawakannya dikerling.

"Abang ni kan, suka potong Reen menggelamun kan, Reen baru nak sampai kat ada anak buah Reen yang comel comel tadi".

Rifae yang sedari tadi ketawakan adiknya itu berhenti serta merta.

"aik anak sape? Reen nak harapkan si Airisya tu? lambat lagi laa gamaknya budak sorang tu nak kawin", tukas Rifae.

Enjin kereta dihidupkan lalu Rifae mula memandu perlahan keluar dari perkarangan kondominium itu.

"Apa pulakk anak Airisya, anak abang laa dengan Kak Katherine tu, abang hensem, akak comel and of course I will have many cutie pies meh". Amboii bersungguh nau la bila bercakap tentang Katherine.

Bercakap tentang Katherine, dia rasa dia telah mengabaikan wanita itu selama beberapa hari. Ya Allah kesian Katherine. Dia tekad! Dia akan jumpa Katherine di pejabat nanti.

Usai sampai di perkarangan Karl's Empire, Rifae dan Aireen keluar serentak dari kereta. Lalu anak kunci kereta diserah kepada salah satu guard di situ untuk diparkir di ruang parkir khas untuk Rifae.

"Fuhhh, Aireen boleh laa, sikit je ni ha",saja Aireen meyakinkan dirinya sendiri. Lalu dia berjalan penuh yakin di sisi Rifae dan mengukir senyuman kepada semua staf yang beratur menunggu kedatangan mereka.

Fuhh you make your day mehh. Calm down and you can do it.

Sesempurnanya Akad ItuWhere stories live. Discover now