Bab 3

168 6 0
                                    

    "Ya Allah,tabah la sayang, beratnya ujian Aireen ni, mama ada dengan Aireen,mama tahu Aireen kuat hadap semua ni, Allah uji sebab Allah sayang kita Reen",tenang Datin Aryana. Kepala Aireen yang masih dalam pelukannya di usap perlahan. Mengapa Allah menurunkan ujian seberat ini untuk anaknya,namun Datin Aryana tahu anaknya mampu menanggung ujian ini di kala hampir melangsungkan perkahwinannya dengan Hafiy.

     "Dah,sepatutnya Aireen bersyukur sebab Allah dah tunjukkan perangai sebenar Hafiy kat Aireen sebelum kawin,kalau dah kawin baru Allah tunjukkan perangai dia, macam mana sayang??". Dilihat Aireen sudah sedikit bertenang,tidak lagi meronta histeris seperti tadi.

     Dari kejauha, kelihatan Dato' Karl menapak ke arah mereka. Senyuman yang terbit dari bibir Dato' Karl menandakan yang dia belum mengetahui apa apa tentang anaknya dan Hafiy. Perlahan Datin Aryana tunduk mencium tangan suaminya yang baru tiba.

     "Hey,what's happen?? Reen? Mama?? Kenapa ni anak papa"?,tanya Dato' Karl tertanya tanya setelah melihat Aireena dalam keadaan kusut tidak terurus. Clutch bag miliknya diletak di atas kerusi rotan berhampiran.
  
       Tangan Dato' Karl ditarik perlahan oleh Datin Aryana ke suatu sudut lalu dengan tenang dia menceritakan satu persatu yang telah terjadi. Riak terkejut dipamerkan Dato' Karl. Tidak disangka olehnya Hafiy Arman yang sudah lama dikenali berperangai menjijikkan sedemikian rupa. Paling tidak disangka anak perempuannya, Airisya sanggup mengkhianati kakak sendiri demi nafsu dan kepentingan diri sendiri. Tidak kira apa yang terjadi, dia sendiri akan membuat perhitungan dengan Airisya dan Hafiy hari ini juga.

      Telinga Aireen menangkap deruman kereta yang dipandu Airisya di halaman rumah. Mahu bercakap dengan Airisya pun serasa tiada dayanya. Dengan kadar segera Dato' Karl menapak ke ruang tamu rumah agam mewahnya.Airisya yang baru menapak ke ruang tamu itu terkejut dengan langkah laju Dato' Karl. Datin Aryana laju membuntuti suaminya dan...

Dengan tidak semena-mena....

Pangggg!!!! Bergema tamparan itu di ruang besar milik keluarga Dato' Karl itu, menghentikan semua pergerakan di situ. Hanya dentingan jam yang terdengar. Serasa mahu pitam Datin Aryana melihat semua yang terjadi di luar kawalannya saat ini.

    "Paa,what have you done,papa tak pernah angkat tangan dengan Risy,why so sudden, papa kenapaaa?? I hate you", ujar Airisya dengan linangan air mata menyentuh pipinya yang pijar dan dadanya yang turun naik menandakan kemarahan memuncak pada Dato' Karl.

    Dengan tamparan yang maha hebat itu,Datin Aryana cepat cepat melangkah,semestinya untuk menenangkan Dato' Karl yang berombak menahan kemarahan. Kelibat Aireen juga turut sama memegang papanya daripada terus mengapa-apakan Airisya lagi.

    "Risy tanya apa yang Risy dah buat??,tu...itu, nampak kakak Risy?? tergamaknya Risy khianati dia semata-mata nak puaskan hati Risy yang dah lama penuh dendam tu, what is happening in your little head  Aireen Airisya??",ujar Dato' Karl lagi kali ini dengan tempikan kuat bergema satu ruangan itu.

      Airisya mengherotkan bibirnya "woww hebat...hebatt, so everyone already knows, takdela aku penat nak rahsiakan lagi, kan? Eh perempuan,kau dah pandai mengadu sekarang nii kan?".
Tangannya ditepuk tepuk perlahan tanda kemenangan dalam memiliki hati Hafiy telah menjadi milik mutlaknya dan bukan milik Aireen. Serasa penat merahsiakan hubungan haramnya bersama Hafiy. Inilah hari yang ditunggu tunggunya selama ini. Hari Aireen akhirnya tahu dia telah menang!! Puas hatinya tersenyum lebar.

    "Selama ni,papa senyapkan diri bila ada orang memburuk burukkan nama Risy dekat papa bila ramai cakap yang Risy ni kaki club,kaki lelaki,papa cuba tutup sebelah mata,but it's so wrong this time Risy,you dah hancurkan kebahagiaan kakak you sendiri Risy,Risy sedar tak ni??",tempik Dato' Karl. Dadanya yang berombak kencang cuba ditenangkan sendiri.

    "Allahhuakbar Yanaa,abang dah gagal didik anak kita sendiri Yanaa, sampai dia dah tak tahu bezakan mana haram mana benar, ya Allah",ujar Dato' Karl seraya terduduk di atas sofa mewah itu. Sangkanya pengorbanannya selama ini akan membuat keluarganya senang lenang,namun dia tersilap dalam mendidik salah seorang anak gadisnya itu. Hatinya dipagut seribu satu rasa yang tidak dapat terungkap.

    "Sudahlah bang, abang dah buat semampu dan sekuat abang dalam menyara keluarga kita selama ni,Yana tak salahkan abang,abang hanya nak senangkan keluarga kita saja ,Yana tak salahkan abang,mungkin sebab Yana pun lalai hingga Risy jadi macam ni",pujuk Datin Aryana sebak mengusap lembut belakang suaminya itu. Bibit bibit mutiara jernih mulai keluar dari sepasang mata cantik milik Datin Aryana.

    "Hahaha oh my god,drama sangat la family " kita" ni.. By the way,aku terharu sangat sangat". Lalu Airisya mula mendaki tangga untuk ke biliknya, berhenti seketika ketika lalu di depan wanita yang dulunya milik Hafiy itu, memberi senyum puas pada Aireen lalu kembali meneruskan langkahnya mendaki tangga. Pintu biliknya dihempas kuat tanda protes. Yang penting hatinya puas!!.

     Terduduk Aireen mengenangkan kisah cintanya. Selepas 5 tahun menyulam cinta bersama lelaki itu,ini yang dia dapat sebagai balasannya??
Sampai hati dia. "Ya Allah, sakitnya ya Allah, kuatkanla hatiku ya Allah".

     " KAU kuatkanlah aku Ya Allah,bantulah aku untuk bangkit kembali,sesungguhnya hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini",monolog hati Aireen sendirian. Pandangannya semakin lama semakin kabur dengan air mata. Air mata penyesalan kerana pernah mengenali insan sekejam Hafiy!.Dia tekad untuk melupakan segalanya, akan dibuang jauh perasaan cinta dan sayangnya ini.

   Perlahan Datin Aryana menapak ke arahnya,mengusap lembut belakang Aireen untuk menyalurkan sebanyak mungkin kekuatan untuk anaknya terus bangkit. Terus bangkit daripada orang yang terus terusan menyakiti dirinya. Kepala kembali disandar ke batang tubuh ibunya, sesungguhnya merasa sangat tenang dalam pelukan insan bernama ibu. Tangisan kembali dihambur ke situ tanpa segan silu lagi.

     Dato' Karl juga bangun dan memeluk erat dua wanita kesayangannya itu, jatuh juga air mata jantannya melihat pengkhianatan hebat diberikan pada anak gadisnya itu. Dalam memberi pelukan erat pada dua wanita itu, matanya jatuh pada pelamin indah anaknya yang baru sahaja siap dipasang sehari lalu. Berbaki 2 hari sahaja lagi akad nikah akan dilakukan di situ, namun pengkhiantan Hafiy Arman akhirnya meletakkan noktah akhir pada mereka.

    Sayu hatinya mendengar esakan Aireen, serasa gagal menjadi seorang bapa, gagal mendidik anak anaknya. Mengapa anak-anaknya diuji dengan ujian sebegini, sedangkan berbaki beberapa hari lagi mereka bakal melayari bahtera perkahwinan. Ingatannya terus tertuju pada anak lelaki sulungnya.

    "Rifae, maafkan papa juga".

Sesempurnanya Akad ItuWhere stories live. Discover now