ENTAH mengapa hati Della terasa tidak sedap dan seringkali merasa takut apabila mendengar bunyi siren. Walaupun dia bertugas sebagai Anggota Polis, dia tetap merasa tidak selesa mendengar bunyi Siren lalu berhampiran tempat tinggalnya.
Della merenung dinding lama, kenangan pahit dimasa lalu itu tiba-tiba berlari-lari di dalam ingatan. Della berkali-kali menghela nafas berat, penyesalan itu telah membuat jiwanya tergadai.
Dengan malas Della bangkit berdiri, mengorak langkah ke penyidai tuala. Di dalam bilik mandi, kenangan itu terimbas lagi buatkan Della hilang keyakinan diri.
Della keluar bilik sesudah bersiap, wajah ibunya menyapa pandangan di waktu pagi dan Della sangat bersyukur masih memiliki seorang ibu yang penyayang.
" Della dah nak pergi kerja ke? " Tanya Puan Darina pada anak gadisnya.
" Haah mama. Mama masak apa hari ni? "
Della mengucup pipi Puan Darina seraya duduk disebuah kerusi. Dia menghidu aroma masakan ibunya yang lazat.
" Mama masak makanan kegemaran Della. Hari ni Della balik awal tak? "
" Tak pasti. Kenapa mama? "
Della menyuakan sesudu makanan masuk ke dalam mulut. Dia sangat menikmati sarapan pagi itu. Puan Darina menguntum senyum, begitu bahagia melihat anaknya berselera makan.
" Mama ingat nak minta teman dengan Della, mama nak ke pasar. Belanja dapur banyak dah habis " Della berfikir seketika.
" Nanti kalau Della dapat, Della call mama ya? "
" Yela. Makan lah "
" Emm "
Ketika selesai bersarapan berdua, Della dan Puan Darina menuju ke pintu utama. Mereka langsung dikejutkan dengan kehadiran Delisha yang baru pulang dalam keadaan mabuk.
" Hai Della, kau dah nak pergi kerja ke? Take care ya? "
Delisha menyapa mesra kakaknya, Della. Puan Darina sangat kecewa dengan sikap Delisha yang tak pernah mahu berubah. Tanpa sebarang suara, Della memakai kasut pantas. Pada saat dia hendak keluar pergi bekerja, Delisha menahan lengan jacketnya.
" Della, aku nak pinjam duit kau boleh? " Ujar Delisha, memperdengarkan nada lembut.
" Kalau nak duit, pergi kerja! Bukan susahkan aku! "
Bidas Della, mengorak langkah. Delisha sudah bengang dengan jawapan yang diberikan Della, langsung Delisha menarik bahu Della buatkan tubuh itu terpusing memandang dia.
" Aku minta baik-baik! Tak nak bagi, tak payah banyak cakap! "
Tengking Delisha. Puan Darina sudah terbiasa dengan pertengkaran itu, malas mahu menenangkan mereka, Puan Darina kembali menuju ke ruang dapur.
" Kau ni memang tak guna! Better kau tanam diri kau sendiri dalam kubur! Tak payah hidup kalau nak menyusahkan aku lah bodoh! "
Geram Della akan sikap biadab adiknya. Lantas, dia tolak-tolak tubuh Delisha dengan kasar dan langsung berlalu pergi. Della sangat sedih dan kecewa, berharap bahawa suatu hari nanti Delisha mahu berubah.
Jika dilihat, Delisha sepertinya tidak menghormati kakaknya Della tetapi, jauh di dasar hati Delisha sangat sayangkan Della. Ada suatu kejadian ngeri yang telah menjadi penyebab, renggangnya hubungan antara adik dan kakak itu.
Dipertengahan jalan menuju ke balai polis, tempat Della bertugas. Dia dikejutkan dengan suara radio yang sangat kuat dari kereta sebelah. Pada saat Della berpaling, hendak memarahi pemandu itu. Niatnya langsung terbatal bila pemandu itu adalah seorang lelaki kacak.
YOU ARE READING
SURI HATI MR.MAFIA(COMPLETE)
Mystery / ThrillerDella Elayna seorang gadis yang berwajah comel dan amat peramah . Dia merupakan seorang Anggota Polis yang ditugaskan di Jabatan Siasatan Jenayah | Detective . Satu hari , sepasukan Anggota Polis membuat Roadblock secara besar-besaran mengenai satu...