TERAKHIR - SEMI FINAL

750 21 5
                                    

DIA pergi membawa luka yang Zia ciptakan untuk menghancurkan hubungan itu. Tidak rela kehilangan insan yang di sayang pergi begitu saja bersama orang lain, memaksa Zia untuk menuruti semua kemahuan Nick.

Della menangis di dalam kereta, di jalan yang sunyi. Dia menangis dengan begitu kuat sambil menyentuh dada sendiri. Sudah berapa kali air matanya jatuh disebabkan lelaki itu, namun hatinya masih berdegil mengatakan dia sayang.

Tiba-tiba saja, tangisannya berhenti bila dia terlihat beberapa buah kereta berwarna hitam lalu di jalan tempat dia berhentikan kenderaan. Della kenali salah satu kenderaan yang lalu, itu adalah kereta yang selalu Marwan pandu.

Dia memutuskan pergi ke rumah lelaki itu semula. Terpekik dia memanggil nama Marwan apabila lelaki dan gadis itu tidak lagi kelihatan di dalam rumah itu. Della teringat tentang beberapa buah kereta sebentar tadi itu.

" Hello Riz, ni saya Detektif Della. " Cemas, segera dia menghubungi rakan setugasnya.

" Hah tahu. Awak kat mana? "

" Tolong siapkan pasukan penyiasat kita sekarang. Aku dapat laporan, Marwan di culik oleh penculik adik dia. " Ucap Della, ragu kerana dia hanya berbohong.

" Baik, laporan diterima. Kami akan segera mengesan lokasi Marwan sekarang. "

Della memutuskan panggilan, langsung bergegas kembali memandu dengan memecut. Dia tahu kemana Marwan akan dibawa pergi. Della mencari sesuatu di bawah tempat duduknya.

" Jumpa pun. "

Ucap Della, ternyata dia sembunyikan senjatanya di bawah tempat duduk itu. Segera dia bergerak pantas menuju ke lokasi Marwan. Berharap, agar lelaki itu baik-baik saja walaupun hatinya masih terluka dan kecewa.

Dia cuba memujuk hati, Marwan tak bersalah. Itu hanya tipu daya yang dibuat untuk mengalihkan pandangannya. Della bertindak untuk jadi bijak saat ini. Dia mencapai paper bag di tempat duduk belakang, melilau kiri kanan lalu berganti pakaian di situ.

///

Marwan membuka mata, dia dapati seluruh tubuhnya terasa begitu sakit. Dia pandang diri sendiri, dia sedang di ikat dan itu membuatkan dia tak berdaya untuk bergerak. Lebih menyakitkan hatinya bila dia dalam keadaan melutut di hadapan musuh terbesarnya.

" White Moon... Trigel... Red Evil... Hah, lu semua! "

Marwan terkejut apabila melihat ketiga-tiga ketua mafia dalam kelompok yang berbeza berdiri di hadapannya dengan masing-masing mengacukan senjata tepat di kepala Marwan. Di dalam tangan Achai, ada sebilah parang yang tajam dan panjang.

" Apa khabar Marwan? Lu ada baik kah? Wa sudah lama tidak bertentang mata sama lu. Wa jadi rindu. "

Ujar Trigel, ketawa besar bersama ketua mafia yang lain. Marwan tergelak sinis, masih mampu dia bertenang walhal saat ini nyawanya sudah bagai telur di hujung tanduk.

" Lu ketawa dulu lah, wa mau kasih lihat lu ini persembahan. "

Ketua mafia dalam kumpulan Red Evil bersuara, dia bersiul tanda isyarat. Lalu kedua bebola mata Marwan terbuka luas. Terkejut dan berang apabila melihat keadaan Marwah yang diperlakukan seperti bukan seorang manusia.

" Sial!!! Lu sudah buat apa sama adik gua? Lu sudah buat apa!!!! "

Pekikan Marwan menggema alam. Di saat dia terpekik, menangis dan bertanya, manusia-manusia itu hanya mentertawakan dia. Marwan tertunduk seketika, menyebut nama Della Elayna.

Marwah kelihatan sudah redha dengan apa yang telah menimpanya. Achai buatkan dia melutut seperti yang Marwan lakukan saat ini. Wajah Marwah kelihatan begitu pucat, tiada daya dalam keadaan telanjang bulat itu. Marwan menangis dan menjerit.

SURI HATI MR.MAFIA(COMPLETE)Where stories live. Discover now