GADIS HILANG AKAL - BAB 3

723 26 0
                                    

MARWAN sudah menyimpan niat tak baik terhadap Detektif wanita itu kerana beranggapan bahawa Della sengaja mendekatinya untuk menangkap dia. Sebagai langkah berjaga-jaga, Marwan mula mencipta satu agenda dan berniat mahu menculik Della.

Della dan tim unit 1 berasa sangat tertekan mengenai dua kes pembunuhan yang belum selesai itu. Pihak mereka masih menjalankan siasatan. Della mengingat keterangan yang pernah Syafika berikan pada mereka.

FLASHBACK
///

" Tapi, hari tu Murni tak masuk sekolah " Riza dan Della berkerut kening disitu.

" Masa Cikgu Lindu mengajar di depan, tiba-tiba loceng sekolah berbunyi lama dan itu menandakan bahawa ada kebakaran. Kami begitu panik dan berkumpul di dewan sekolah selama setengah jam. Pengetua mengumumkan, bahawa tiada kebakaran yang berlaku dan kami di minta kembali ke kelas masing-masing. Dan, pada saat itulah kami terlihat tubuh Murni yang tak bernyawa kerana menggantung diri di dalam kelas, di tepi tingkap "

Della sangat tertekan dan simpati terhadap mangsa. Andai benar itu adalah kes bunuh diri, pasti ada sebab mengapa Murni mengambil keputusan sebegitu. Andai itu adalah kes pembunuhan, siapa pelakunya? Dan mengapa dia bertindak kejam pada pelajar perempuan berusia 17 tahun itu?.

" Murni tak masuk sekolah hari tu tapi, mayat dia ditemukan menggantung diri di dalam kelas! Sudah jelas ini adalah kes pembunuhan. Apa jangan-jangan, Murni dibunuh di tempat lain dan bunyi loceng itu hanya untuk mengalihkan perhatian kerana? Oh my god! "

Pantas Della bingkas berdiri, mencapai nota tugasannya dan terus berlari hendak meninggalkan unit 1 itu untuk menuju ke suatu tempat.

" Detektif Della? Kamu nak ke mana? "

Tanya Tuan Azrul. Begitu cepat Della berlari hingga tak mendengar pertanyaan Ketua Unit mereka. Della tiba di perkarangan rumah mangsa, berulang kali menekan loceng dan tiada pun yang datang membukakan pintu.

Fikiran menjadi celaru, Della tersangat buntu dan mengetuk pagar depan berulang kali. Pada saat Della sudah berputus asa dan masuk kembali ke dalam kereta, seseorang membukakan pagar dan itu adalah pembantu rumah.

" Bik Kiah, saya Detektif Della. Bibik kenal kan dengan saya? "

Pembantu rumah itu kelihatan sangat gelisah, berkali-kali memandang ke rumah itu. Della juga tidak mahu membuang masa, langsung bertanya.

" Saya takkan lama, saya cuma nak tahu. Ke mana Murni pergi pada minggu lepas? Dia tak sekolah kan? Bik tahu tak dia pergi ke mana? Tolong jawab "

Sangat cepat Della menuturkan ayatnya, seperti peluru yang dilepaskan berdas-das tanpa henti.

" Murni memang tak pergi sekolah hari tu "

" Rokiah! "

Baru saja dia mahu bercerita serba sedikit, suara Datin Maznina sudah kedengaran, memanggil Bik Rokiah. Bik Rokiah cepat menutup pagar semula tetapi, pantas juga Della menahan lengan bajunya.

" Tolong bagitau saya, ke mana Murni pergi hari tu? "

Tanya Della, tersangat ingin tahu. Datin Maznina sudah berdiri dibelakang Bik Rokiah, jadi kalut bibik itu langsung masuk ke dalam rumah. Datin Maznina menatap tajam ke wajah Della sambil dia bercekak pinggang, marah.

" Jangan terlalu bersikap gelojoh Detektif Della, saya boleh failkan saman ke atas awak sebab dah mengganggu ketenteram pembantu rumah saya "

Ugut Datin Maznina, menayangkan wajah bengang. Tidak sempat Della bersuara, pintu pagar itu dia tutup kuat. Sama sekali tidak memberi kesempatan kepada Della untuk bersuara.

SURI HATI MR.MAFIA(COMPLETE)Where stories live. Discover now