KEENAM Detektif itu sedang berehat di Jabatan Unit 1 dengan pelbagai gaya. Della sedang memeriksa beberapa fail laporan yang berkaitan dengan kes pelajar sekolah itu. Detektif Marsha sedang menjamah makan tengah hari di meja bekerjanya. Manakala Detektif yang lain sedang tidur di atas sebuah sofa panjang.
" Amboi! " Suara Tuan Azrul yang lantang itu mengejutkan mereka. Sepantas kilat keenam Detektif itu berdiri.
" Tuan " Tabik mereka, menyapa ketua unit itu.
" Puas tidur? " Tuan Azrul menumbuk manja perut Detektif Hanafi, Fairuz, Riza dan Kamarul.
" Detektif Marsha? Dah kenyang ke? Ke belum? Kalau belum... "
" Sudah Tuan... Saya dah kenyang " Jawab Marsha langsung, memintas ucapan Tuan Azrul. Dia mengetap bibir.
" Apa nak jadi dengan team ni? Kes dah berlambak! Korang semua masih dengan perangai lama! Kalau korang semua tak nak berubah, kita terpaksa meletak jawatan! Kamu semua mahu ke kerja kilang? Mahu? Ada kerja tak bersyukur, asyik nak membuta aje! " Bebel Tuan Azrul.
" Della, Riza " Panggil Tuan Azrul.
" Ya Tuan? " Jawab Riza dan Della secara bersamaan.
" Korang berdua pergi ke rumah mangsa, dapatkan keterangan dari ibu mangsa "
Ujar Tuan Azrul, memberi arahan. Segera
Riza dan Della bergerak pantas, melaksanakan tugas untuk kes bunuh diri yang belum selesai itu." Marsha dan Hanafi, kamu pergi dapatkan keterangan Cikgu Linda. Keterangan dia bercanggah dengan keterangan pelajar tu. Pergi dapatkan keterangan yang sahih kali ini dan jangan terlepas pandang "
" Baik Tuan "
" Fairuz dan Kamarul, kamu berdua pergi ke Tim Forensik, dapatkan laporan bedah siasat dan... Takde tu saja "
" Baik Tuan "
///
Della dan Riza tiba diperkarangan tempat tinggal pelajar mati bunuh diri itu. Mereka terpegun melihat kawasan perumahan itu yang tampak sangat mewah.
" Anak orang kaya ke mangsa tu? "
Tanya Della pada rakan setugasnya Riza. Riza menatap nota tugasannya, mencari data peribadi mengenai pelajar bunuh diri itu yang pernah dituliskan ke atas kertas.
" Haah. Ayah dia ahli perniagaan "
Jawab Riza, menutup nota tugasannya. Riza menekan bell, seminit dari itu datang seorang pembantu rumah membuka pagar. Mereka dibenarkan masuk selepas menunjukkan ID Polis mereka.
Riza memulakan soal siasat pada ibu mangsa, sementara Della cuba meninjau disekeliling luar rumah itu dengan ditemani oleh pembantu rumah.
" Arwah Murni tu, dia anak kandung ke? " Pertanyaan Della mengundang kehairanan diwajah pembantu rumah itu.
" Saya pun disoal siasat ke Puan? "
" Eh saya bukan Puan. Saya Cik sebab saya belum kahwin " Kata Della pantas, menghayunkan sepuluh jari.
" Maaf. Cik Murni anak kandung Dato dan Datin " Pembantu rumah itu menjawab pertanyaan Della.
" Arwah ramai kawan tak? "
" Tak. Cik Murni hanya ada seorang kawan " Della berkerut kening, serta merta pena ditangan terhenti dari mencatat.
" Siapa kawan dia? "
" Syafika. Dia kawan baik Cik Murni. Diorang berdua selalu sama-sama. Tetapi, pada saat kejadian tu, Syafika tak tahu ke mana "
" Kejadian? Maksud kamu, pada saat Murni menggantung diri di dalam kelas? "
YOU ARE READING
SURI HATI MR.MAFIA(COMPLETE)
Misteri / ThrillerDella Elayna seorang gadis yang berwajah comel dan amat peramah . Dia merupakan seorang Anggota Polis yang ditugaskan di Jabatan Siasatan Jenayah | Detective . Satu hari , sepasukan Anggota Polis membuat Roadblock secara besar-besaran mengenai satu...