JODOH BUAT DELLA - BAB 11

557 20 0
                                    

BILA dia masuk ke dalam bilik gelap itu, sudah tentu dia akan melakukan sesuatu di dalam sana. Jika di lihat dari air muka, Marwan kelihatan begitu tenang walhal hatinya setiap saat meronta kerana rindukan adiknya, Marwah.

Di satu sisi, Marwan tiba-tiba teringat akan pertemuan sekejap itu dengan Della Elayna. Serta merta tangan berhenti bergerak dari membersihkan senjata-senjata api itu.

" Kenapa tiba-tiba aku rindu dia? "

Tanya Marwan, menyentuh dadanya yang berdebar laju. Tiba-tiba hatinya terusik kerinduan pada gadis itu, membuatkan dia bingung sendiri.

" Wan, kau buat apa? "

Jerkahan Nick dan Mark mengejutkan Marwan yang tengah membayangkan wajah Della di dalam benak. Spontan dia teracukan senjata itu ke arah rakannya, lekas Nick dan Mark mengangkat tangan ke udara.

" Wan, kau masih marahkan aku ke? "

Soal Nick, Marwan menghela nafas berat. Senjata itu kembali diletak ditempat asal, dia melangkah keluar dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek. Marwan melabuhkan punggung di atas sofa, duduk bersimpuh dengan air muka yang tegang dipamerkan.

" Korang nak apa? " Tanya Marwan.

" Kitorang dapat maklumat sedikit dari kita punya informs " Ucap Mark.

" Maklumat apa? " Lanjut Marwan bertanya.

" Perempuan yang kena tembak tu, kau jumpa dia kan pada malam tu? "

Nick bersuara, Marwan tertarik untuk mendengar kata-kata lanjut dari Nick. Marwan menganggukkan kepala tanpa suara, malas bertanya kerana malam itu, Nick juga tahu dia dan gadis itu berjumpa pada malam kejadian dia ditembak.

" Aku tak rasa perempuan tu orang dalam Achai. Sebab, Roy ada informkan aku. Dia kata, video kau pada tahun lepas tu dihantar dengan seseorang. Ternyata, Achai yang hantar video tu dengan Detektif Della "

Ucap Nick, meragui tuduhan sendiri terhadap Della. Semua berlaku bagai terlalu pantas hinggakan mereka sendiri tak mampu berfikir dengan waras dan oleh sebab itu, banyak perkara penting yang mereka sudah terlepas pandang.

" Haah. Malam tu, aku rasa sebab tu Detektif Della datang ke sini. Dia nak pastikan tentang keadaan kau. Mungkin dia ada terima panggilan dari Achai, kan? " Spekulasi Mark itu sungguh benar, dan Marwan mula berasa susah hati.

" Tak rasa ke yang Achai sedang permainkan kita dengan pergunakan Detektif tu? Yela, mula-mula diorang nak bunuh Detektif tu tapi gagal. Bila Marwan leka dengan Detektif tu, diorang mula sasarkan Marwah "

Lanjut Nick membuat spekulasi. Mereka bertiga saling berpandangan silih berganti. Dahi Marwan berkerut, amarah mula menggelegak di dada. Spekulasi Mark dan Nick mencetus kemarahan Marwan.

" Tapi aku pelik, macammana Achai boleh tahu tentang Detektif tu? Macammana diorng boleh dapat tangkap gambar korang? Tak pelik ke? " Ucap Mark.

" Semua ini bermula dengan kebodohan Achai yang mengira, kita dah menipu dia. Mungkin sebab itu Achai mula memberi arahan pada budak-budaknya untuk mengintip setiap pergerakan aku "

Jawab Marwan, akhirnya bersuara juga. Pantas Marwan mengangkat punggung dan berdiri.

" Kau nak ke mana Wan? " Jerkah Mark dengan pertanyaan laju.

" Aku ada plan " Ucap Marwan.

" Plan apa? " Serentak Nick dan Mark bertanya seraya bangkit berdiri.

///

" Tumpang tanya, Della Elayna tinggal kat tingkat berapa ya? " Tanya Marwan pada pengawal keselamatan itu.

SURI HATI MR.MAFIA(COMPLETE)Where stories live. Discover now