DETEKTIF Della sedang mengintai Rokiah, seorang diri di luar perkarangan tempat tinggal mangsa bunuh diri itu, sementara rakan sepasukannya tengah berhadapan dengan kebengangan terhadap Mafia-mafia itu.
" Mana Bik Kiah ni? Asal tak keluar lagi "
Della menggumam perlahan sambil menjamah sebungkus roti bersama sekotak susu dutchlady. Ketika itu, Marwan baru pulang dari rumah rahsianya dan terlihat sejenis kenderaan yang dia kenali. Marwan lekas naik meluat bila gadis hilang akal itu sudah terpacak di kawasan itu.
Marwan datang menghampiri, Della jadi terkejut dengan kemunculan lelaki itu yang datang tiba-tiba. Secara spontan, Della tersembur minumannya ke wajah Marwan lalu terbatuk-batuk.
" I... Am... So... Sorry "
Jadi gagap Della tiba-tiba kerana takut. Marwan gelak sinis seraya mengusap wajah sendiri menggunakan telapak tangan. Della menelan liur, sebungkus roti dan sekotak susu itu ia lempar masuk ke dalam plastik dan disembunyi laju, di bawah tempat duduknya.
" Betul ke awak ni Detektif? Saya selalu nampak awak berkeliaran di sini, awak takde kerja ke? "
Dengan riak bengang, Marwan menyoal kejam. Della mahu menunjukkan ID polisnya tetapi, cepat Marwan bersuara.
" Tak payah. Dengan menunjukkan ID awak, awak fikir saya nak percaya? Saya selalu tertanya, awak perempuan hilang akal yang dekat pasar tu kan? Awak perempuan yang selalu tengok saya, kan? "
Della terkedu dengan kata-kata Marwan, mula naik panas bila Marwan menyebut dia perempuan hilang akal.
" Bila masa saya tengok awak? Saya tertengok! Faham? Awak lah lelaki hilang akal bukan saya! Saya akan saman awak sebab memperlekehkan kerja saya! Saya ada tugas rahsia, awak tahu apa? "
Suara Della memecahkan telinga Marwan yang tersentak mendengar kata-kata hilang akalnya. Baru saja Marwan hendak membalas ucapan gadis itu, tiba-tiba Della menyeru nama 'Bik Rokiah' bila terpandang pembantu rumah itu baru keluar dari rumah Datin Maznina.
Pantas Della keluar kereta, dan pada saat dia hendak berlari menuju ke pembantu rumah itu, Marwan cepat menahan lengannya yang tidak berlapik itu.
" Awak ni kenapa? Lepas lah! "
Pinta Della dengan riak marah. Bila Marwan melihat pembantu rumah itu sudah menaiki sebuah kenderaan, barulah Marwan melepaskan pegangan tangannya. Anak mata Della leka seketika bila pandangan mata tertumpu ke mata lelaki tampan itu.
" Kenapa awak cuba kejar Bik Kiah? "
Tanya dia, nadanya kedengaran lembut. Della cuba melarikan tumpuan, kalut sendiri. Della melopong dengan mata yang membulat besar, nada lembut Marwan menawan hatinya seketika.
" Saya nak tanya tentang ke mana Murni pergi pada hari kejadian "
Balas Della, lemah. Sendiri merasa bingung, mengapa tiba-tiba nadanya bertukar aneh. Marwan sembunyi senyum melihat riak comel Detektif itu.
" Kan saya dah kata pada awak, Murni ke rumah pakwe dia "
Riak wajah yang Della pamerkan kembali curiga. Perasaan jatuh cinta itu, dia tepis seketika. Mereka bercerita mengenai kes itu di dalam kenderaan Della. Tiba-tiba, keadaan mereka tampak akrab.
" Mana awak tahu Murni ke rumah pakwe dia? Awak kenal ke pakwe Murni? "
Marwan mengukir senyum sekilas pabila melihat Della gigih menulis ke dalam nota tugasannya.
" Saya terserempak dengan Murni "
Balas Marwan, halus nadanya. Mata tak lepas dari melihat jemari-jemari Della, menulis setiap jawapan yang Marwan berikan.
YOU ARE READING
SURI HATI MR.MAFIA(COMPLETE)
Mystery / ThrillerDella Elayna seorang gadis yang berwajah comel dan amat peramah . Dia merupakan seorang Anggota Polis yang ditugaskan di Jabatan Siasatan Jenayah | Detective . Satu hari , sepasukan Anggota Polis membuat Roadblock secara besar-besaran mengenai satu...