KALAU CINTA, TOLONG BERTAHAN - BAB 7

545 21 0
                                    

DALAM kekalutan Della berlari kerana bimbang terhadap lelaki Mafia itu, tiba-tiba dia berhentikan kenderaan dan cuba berfikir dengan tenang terlebih dahulu.

" Aku seorang penyiasat, kes seperti ini rasanya sudah banyak aku lalui. Pengalaman mengajar aku banyak hal dan aku tiba-tiba rasa, ini hanya satu tipu muslihat "

Della menarik nafas kemudian dihelakan bersamaan sebelum melihat video itu semula. Di dalam rakaman itu, rambut Marwan tampak panjang. Della mula rasa ada yang tak kena.

" Kalau betul Marwan adalah pemimpin Black Legacy, tentu takkan semudah itu dia disakiti. Adakah, aku sedang masuk ke dalam perangkap? "

Lalu Della memutuskan untuk tidak percaya dengan lelaki yang menghubungi dan menghantar rakaman video itu pada dia. Della meneruskan pemanduan dengan memecut menuju ke tempat tinggal Marwan.

Marwan kelihatan tidak begitu tenang bila mengetahui ada seseorang yang meminta rakaman videonya pada tahun lepas. Mark akhirnya berjaya menemukan jawapan tetapi, dia sedikit hairan.

" Wan, Roy kata dia ada maklumat tentang orang yang meminta rakaman kau pada tahun lepas. Tapi, " Beritahu Mark, mematikan ucapan dihujung percakapan.

" Tapi apa? " Soal Marwan, tidak senang duduk. Seperti cacing kepanasan.

" Macam biasa Wan, dia nak duit " Sambil Mark mengusap dua jari sendiri.

" Kau bagi je berapa yang dia nak, asalkan aku dapat tahu siapa orang yang cuba cari pasal dengan aku "

" Okey Wan "

Marwan bingkas berdiri, menuju masuk ke ruang dapur lalu membuka peti ais. Setin bir sejuk dia teguk perlahan, bengang bila memikirkan siapa gerangan yang cuba membuat onar dengannya.

" Wan, aku dah dapat. Tapi, " Marwan melangkah cepat menghampiri Mark.

" Tapi apa? Cakap lah " Kedengaran nada marah Marwan.

" Roy kirim sekeping gambar. Kau, ada jumpa sesiapa ke baru-baru ni? "

Mereka sama-sama berkerut kening, Marwan merentap langsung HP Mark dan melihat sendiri gambar yang dikatakan Mark padanya. Marwan sangat terkejut pabila melihat gambar tersebut. Bir sejuk itu, dia teguk sampai habis lalu ia genggam kuat tin bir yang sudah kosong itu.

" Della " Mark berkerut kening bila nama seorang gadis tak dikenali, meniti dibibir Marwan.

" Siapa Della? Perempuan dalam gambar ni ke? "

Marwan mengangguk dengan riak bengang. Bara kemarahan sudah menggelegak. Hanya menunggu masa untuk meledak saja.

" Siapa yang minta video tu? Kau dapat ke? " Soal Marwan, riak risau di wajahnya jelas kelihatan.

" Dah. Dia orang yang sama yang mengambil gambar kau ni "

" Siapa? "

Kedua-dua kening Marwan terangkat, sudah hampir meletup api kemarahan di dada. Mark risau melihat air muka yang Marwan pamerkan.

" Red Evil "

" Hah? Red Evil? "

" Aku yakin, ini tentu kerja Achai "

" Kau call Nick, suruh dia kumpulkan budak-budak kita. Malam ni, aku nak sembelih lelaki sial tu "

" Baik Wan "

Marwah sedih melihat haluan hidup yang Marwan pilih. Air matanya seringkali gugur bila melihat abangnya menyelitkan beberapa pucuk pistol ke bahagian belakang seluar.

" Marwah harap, satu hari nanti akan ada bidadari yang datang dalam hidup abang. Yang akan menyinari kegelapan itu. Yang mampu mengubah haluan hidup abang sebelum semuanya terlambat "

SURI HATI MR.MAFIA(COMPLETE)Where stories live. Discover now