CARAMU MEMBUATKU TAKUT - BAB 13

516 21 0
                                    

MEREKA masih berada di tempat itu, masing-masing menggaru kepala sendiri kerana bingung dan terkejut tentang perkara tadi.

Tiba-tiba, Della berkerut kening, sesuatu membuatnya kembali serabut. Dia menyengetkan kepala sedikit, melihat wajah lelaki itu.

" Kau, minum ke? " Soal Della, lambat.

" Emm. " Hanya itu saja yang keluar dari celahan bibir Marwan.

" Kenapa? " Lanjut Della bertanya.

" Apa yang kenapa? " Dan Marwan bertanya kembali.

" Maksud aku, kenapa kau minum? "

" Takde sebab. Kalau aku nak minum, aku akan minum. Kenapa kau tanya? Dan, apa yang kau buat kat sini? Dah pukul 11.00pm "

Ujar Marwan, menatap jam ditangan. Della menghela nafas kecil lalu berganjak dan duduk di sebelah Marwan.

" Aku ambik angin, panas kat balai " Ucap Della.

" Ambik lah angin, aku pergi dulu "

Tukas Marwan, pantas bingkas berdiri. Dia mahu mengelak dari Della selamanya. Tetapi, pantas Della menangkap jemarinya, ditarik semula ke arahnya buatkan Marwan terduduk semula.

" Kenapa? "

Tanya Marwan, terkejut dengan sikap Della. Bukan dia sahaja yang terkejut di situ, gadis itu juga terkejut kerana bergegas Marwan melepaskan tangannya dari disentuh oleh gadis itu.

" Maaf. Tapi, kau tak boleh pergi dulu. Kau kena tolong aku " Ucap Della, buat memek muka sedih sambil mengetap bibir.

" Tolong apa? "

Lain kedengaran nada Marwan malam ini. Apakah kerana dia berada di bawah pengaruh alkohol. Sedikit Della merasa kecil hati, bertanya sendiri. Adakah lelaki itu mula membenci dirinya setelah apa yang berlaku di atap itu.

" Tu, tayar belakang kereta aku pancit "

Ucap Della sambil menggerakkan satu jari, menunjukkan ke arah kenderaannya yang terlihat jauh di hujung sana. Lama Marwan menatap wajah gadis itu bersama senyuman yang hampir saja tidak kelihatan.

" Kenapa kau tengok aku macam tu? " Bingung Della apabila di pandang dengan tatapan yang menjengkelkan baginya.

" Kenapa tetiba boleh pancit? "

" Mana lah aku tahu. Kau... Kau tuduh aku pancitkan tayar kereta sendiri ke? "

Laju Della menuturkan ayatnya seraya melekapkan telapak tangan ke bibir dengan mata yang membulat. Ada kerlingan kecil yang kelihatan dari anak mata lelaki itu saat Della berkelakuan seperti itu.

" Kau ada tayar spare? "

Soal Marwan, bingkas berdiri dan berjalan. Terkejar-kejar Della berjalan kerana langkahnya yang cepat itu.

" Rasanya ada kut " Jawab Della, tak yakin.

Apabila tiba di tempat kereta Della tersadai, Marwan tenung lama tayar pancit itu. Matanya sedikit layu, mungkin kerana dia sedang berusaha mengawal keadaan diri.

" Sorry... Aku tak tahu macam mana nak ganti tayar. Biasalah kan? Orang perempuan, ramai yang tak tahu pasal kereta. " Ujar Della, mengetap bibir dan tersenyum.

" Kalau tak tahu, kenapa beli kereta? " Selamba saja Marwan berkata. Della mendengus.

" Selama tu, kau tukar minyak hitam macam mana? " Masih juga Marwan ingin bertanya.

" Aku hantar ke bengkel, biar bengkel aje yang settle kan. " Jawab Della, buat muka masam.

" Aku... Tercengang. " Ucap Marwan, mengejek Della.

SURI HATI MR.MAFIA(COMPLETE)Where stories live. Discover now