TERSENGIH Della Elayna apabila menatap ke dalam cermin bersama beberapa helai pakaian yang akan digunakan pada hari bahagia itu. Sesekali dia tersipu malu dan menghentak-hentak kakinya, bersikap manja.
" Aku masih belum percaya, mr.mafia itu adalah kekasih aku dan aku tak percaya dengan diri aku sendiri. Aku tak pernah sangka, aku akan jadi gila seperti ini kerana terlalu sayangkan dia, Marwan. "
Ucap Della, tak hilang senyum itu dari wajahnya. Dia merebahkan badan ke atas tilam bersama kedua tangan dia rentangkan di atas tilam empuk itu.
" I love you, mr.mafia. "
Ucapnya, sembunyi tawa tetapi, tak dapat tertahan rasa gembira yang kian membuatnya gila. Berulangkali mengatakan cinta sambil menari-nari di dalam ruangan itu.
" OMG, aku dah lambat!!! "
Pekik Della, baru tersedar bahawa waktu sudah berlalu dengan pantas. Lekas dia berlari, masuk ke dalam bilik mandi. Masih kedengaran suara ketawanya.
Della tiba di groundfloor, langsung pandangan tersapa oleh wajah kacak lelaki itu. Della berhenti melangkah, dia menyentuh dada sendiri. Ada debaran yang begitu kuat setelah menatap wajah lelaki itu. Dia menelan liur, sebelum meneruskan langkah itu. Bersama senyuman itu, dia mula menghampiri.
" Hai, "
Ucap Della, menyentuh bahu Marwan dengan satu jari. Lelaki itu sedang bersandar ke kereta, tidak memandang ke arah dia. Lalu, pantas dia menoleh setelah merasakan sentuhan dan mendengar suara itu.
" Hai. " Lelaki itu tersenyum kacak.
" Boleh kita gerak? "
Seketika Marwan terpaku, terpesona akan kecomelan Della Elayna. Tatapan itu buatkan jantung Della semakin berdebar laju, dia malu dan dia tersenyum.
" Wan?, " Panggil Della apabila lelaki itu hanya diam. Sejak tadi tersenyum memandang dia.
" Hah? Sorry... Kau kata apa tadi? " Della menghela nafas, geram. Dan Marwan tahu reaksi itu. Della sedang marah.
" Sorry. Aku jadi terdiam pula bila kau ada di sini. Della, kau nampak comel hari ni. "
" Boleh tak, cakap benda yang aku tak tahu? "
Marwan kehilangan kata-kata dengan ucapan lancang gadis itu. Serta merta dia melekapkan telapak tangan ke bibir sendiri tatkala Della tersenyum nakal memandang dia yang bungkam.
" Aku gurau... Gurau, sorry. " Ucap Della, tersengih dihujung kata.
" Tak. Della Elayna memang gadis yang comel. " Ucap Marwan, tersenyum. Dia membelai lembut kedua belah pipi gadis itu.
" Okey. Terima kasih. " Ucap Della, pipinya sudah merah padam kerana malu dan tersentuh juga ada.
" Sama-sama. "
Balas Marwan, melepaskan tangan dari menyentuh pipi gadis itu. Dan mereka tertawa bersama. Sesekali Marwan menggaru kening, juga tak percaya bahawa hatinya tertawan oleh gadis itu.
~~~~~~
" So, kita nak ke mana? "
Tanya Della, mereka dalam perjalanan menuju ke tempat yang dia belum tahu. Marwan hanya tersenyum tanpa sebab buatkan gadis itu berkerut kening.
" Wan, cakaplah kita nak ke mana? "
Tanya Della lagi kerana Marwan tidak memberikan jawapan pada saat dia bertanya sebentar tadi. Marwan mengetap bibir, tak sampai hati buatkan Della tertanya.
" Kejap lagi kita sampai, sabar ye. "
Della buat muka geram dan Marwan sempat tersenyum nakal. Nampaknya, dia gembira buatkan gadis itu tertanya. Della berkerut kening apabila Marwan berhentikan kereta di suatu tempat yang tampak lain.
YOU ARE READING
SURI HATI MR.MAFIA(COMPLETE)
Mystery / ThrillerDella Elayna seorang gadis yang berwajah comel dan amat peramah . Dia merupakan seorang Anggota Polis yang ditugaskan di Jabatan Siasatan Jenayah | Detective . Satu hari , sepasukan Anggota Polis membuat Roadblock secara besar-besaran mengenai satu...